ATL | BAB 1

143 4 0
                                    

~ SETAHUN KEMUDIAN ~
Sara menutup bekas bekal yang sudah terisi dengan makanan di dalamnya. Bekal untuk anak-anak angkatnya yang telah dia anggap macam anak sendiri.

Hidup ni kadangkala sunyi kalau tiada peneman kan?

" Mama!! " Ameera berjalan terkedek-kedek ke arah Sara yang sudah mendepakan tangan bagi menyambut anak perempuannya itu.

" Mana Muhammad? " Sara mendukung perlahan tubuh anak kecil yang sudah berusia 6 tahun itu. Cepat membesar betul..

Ameera Sophia dan Muhammad adalah anak angkatnya yang dia sangat sayangi.. Mereka berdua adalah anak yang boleh dikira sudah kehilangan ibu bapa sejak kecil. Walaupun masih belum disahkan lagi. Siapalah yang sanggup buang anak kecil yang comel ni?

Sara mencuit perlahan hidung kecil milik Ameera. Geram!

" Mama jangan kuat sangat sakitlah.." Hidung kecil Ameera mula merona merah apabila Sara melepaskan cubitannya yang tadi telah hinggap disitu.

" Yalah.. mama minta maaf." Sara menjulingkan mata ke atas. Anak perempuannya yang seorang ni memang cepat sangat matangnya. Baru 7 tahun tapi perangai dah macam orang dewasa. Sebab tulah selalu bergaduh dengan adik lelakinya tu.

" Ameera.. answer my question! Where's Muhammad?" Mata Sara mula melilau melihat sekeliling ruang tamu rumah kecil mereka. Mana tahu anak kecil itu sedang menyorok?

" Mama!! "

PINN!! PINN!!

Bunyi hon kereta mula kedengaran dari arah luar rumah. Sara menjenguk melihat siapa gerangan yang telah membunyikan hon kereta itu.

QAYRA!!

" Faster.. Auntie Qayra dah sampai.. " Sara mula menyauk kan beg galas kecil pada bahu kedua-dua anaknya.

Dia sudah menelefon Qayra untuk meminta tolong kawannya itu supaya menghantar kedua anaknya ini ke sekolah kerana dia mempunyai beberapa hal mustahak yang perlu diselesaikan segera.

" My cutie cutie.. Auntie dah sampai!!" Qayra duduk bersandar pada tepi pintu sambil melambai-lambaikan tangan. Sejak bila pula Qayra tercongok dekat sini ni?

" Auntie!! " Serentak Ameera dan Muhammad berkata dengan riang.

Happy lah tu, dapat jumpa Auntie yang satu geng dengan mereka.

Qayra memang suka kanak-kanak sejak dulu. Qayra ni boleh dikatakan segala perkara dia handal. Bak kata orang Eropah ' talented person '

" Salam mama, first! "

Ameera dan Muhammad mula menyalami tangan ibu angkat mereka.

Sara mencium dahi Ameera dan Muhammad dengan penuh kasih sayang.. Sayang anak-anak Mama!

Sejurus itu pemergian Qayra dan dua anak kecilnya dihantar dengan senyuman yang terukir manis di bibir. Tapi mengapa dia rasa tak sedap hati?

Sara menutup perlahan pintu rumahnya. Langkahnya mula diatur menuju ke arah bilik tidurnya yang berada di tingkat atas. Dia perlu mandi dan bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerja. Lagipun banyak hal yang perlu diselesaikannya di tempat kerja.

Baru sahaja dia ingin menjejakkan kaki di atas tangga, tiba-tiba loceng rumah berbunyi.

Dia mula mematah balik ke arah pintu rumah bagi melihat siapa pula yang datang bertandang ke rumahnya ini.

Pintu rumah dibuka cermat. Kosong. Tiada langsung susuk manusia di hadapannya.

Sara mula melilaukan matanya ke sekeliling perkarangan rumahnya. Tiada siapa-siapa juga. Pelik..

Namun matanya tertancap pada sebuah kotak sederhana kecil yang berada betul-betul di hadapan pintu rumahnya.

Sara mengangkat perlahan kotak tersebut.

Pintu rumah yang sudah beberapa kali dibukanya tadi ditutup kembali.

Sara mula bergerak ke arah meja yang berada bersebelahan dengan televisyen yang berjenama LG.

Dia meletakkan kotak yang dijumpainya tadi di atas meja itu.

Sara membuka perlahan kotak itu bagi melihat apa isinya.

Matanya terbeliak luas apabila melihat sebuah anak patung kecil yang dilumuri dengan darah menjadi isi kotak tersebut. Dia mula menjauhi kotak tersebut. Bau yang hanyir menyebabkan tangannya pantas menutup bahagian hidung. Busuk!

Tapi siapa pula yang menghantar benda jijik ini ke rumahnya? Adakah ada sesiapa yang tersilap hantar? Tapi ini bukan benda main-main yang boleh diserahkan begitu saja kepada orang lain.

Segala persoalan mula muncul di benar fikirannya. Satu demi satu persoalan yang tidak terjawab hadir memenuhi ruang fikiran.

Sara melangkah ke arah kotak tersebut dengan kaki yang sudah sedikit bergetar. Sejujurnya dia takut! Sudahlah tiada sesiapa lagi di rumah ini selainkan dia!

Baru sahaja dia ingin menutup kotak tersebut, dia terperasan akan sekeping surat yang terselit di sebalik anak patung jijik itu.

Sara mengambil perlahan-lahan surat itu supaya tangannya tidak tersentuh darah yang berlumuran di tubuh anak patung itu.

Surat itu dibuka lalu dibacanya setiap isi surat itu.

' You'll die '

KRINGG!! KRINGG!!

Telefonnya berbunyi dari dalam kocek seluarnya. Dia mengangkat panggilan telefon tersebut tanpa melihat siapa pemanggilnya.

" Sara!! Go to the hospital now!! Anak-anak kau dah tenat!! " Suara pemanggil yang dia cukup kenali, Adreanna!!

PAPPP!!!

Telefonnya jatuh menyembah bumi.

POV: AUTHOR 🤞🏻❤️
Selamat membacalah yerr.. awal-awal dah Gini apatah lagi pengakhirannya kan? Jangan risau saya ni Author yang baik 😏.

A TRUE LOVE  [COMPLETED]Where stories live. Discover now