-- BAHAGIAN 2 --
Zaleha tersenyum sinis melihat kerutan dan wajah terkedu di wajah jelita Edorra.
Dan matanya terkalih pada Sara yang masih dengan wajah kelirunya.
" Biar saya perkenalkan diri saya sekali lagi, I'm Lilian Meayline Gevena. I'm the older sister of Edorra Emelyana Gevena. I have two children. And the plot twist is my child is Muhammad." Dia tersenyum sinis.
Sara yang mendengar nama Muhammad itu terkedu seketika. Muhammad? Anak Zaleha?
Apa semua ni? Dia keliru.
" Kakak.. mengapa kakak tak cakap yang kakak masih hidup?" Tanya Edorra dengan wajah yang sudah penuh dengan air mata. Dia rindu.
" Aku nak tengok sejauh mana kebodohan kau." Jawab Zaleha selamba.
Mendengar akan hal itu membuatkan Edorra terkedu.
" Bukan Edorra yang bodoh akak! Tapi jantan tak guna yang dah rogol akak tu yang bodoh! Dan Edorra takkan benarkan keturunan jantan bodoh tu hidup!" Dia menjeling tajam ke arah Sara.
" Haih.. itu lagi? Kau tak tahu ke siapa sebenarnya orang kepercayaan kau tu?" Zaleha melepaskan keluhan berat. Yang dia maksudkan adalah Dhia Zara.
" Apa kena dengan Dhia?" Tanya Edorra.
" Dia lah yang upah perogol tu suruh rogol aku!!" Tempik Zaleha.
Mata Zaleha terkalih pada dron atau alat pepijat yang melekat di siling itu. Dia tahu itu kepunyaan Nazmeen. Dan dia tahu Nazmeen dengar semua yang mereka cakapkan Nazmeen dengarlah..
Dengarlah fakta yang menyakitkan ini.. dengarlah takdir yang malang ini..
Edorra terduduk lemah.
Mereka tidak perasan bahawa masih ada lagi telinga yang mendengar dari jauh.
" Lilian Meayline Gevena. Stop it." Zulkiflee muncul di sebalik kegelapan dengan wajah yang bengis dan raut wajahnya penuh dengan keletihan. Matanya juga agak sembab.
" Stop play with the game. It's over." Dia berjalan ke arah Sara. Dan dia membuka ikatan pada tangan dan kaki wanita itu.
Semuanya dah berakhir sayang..
Edorra menghamburkan tangisan sekuat-kuatnya. Dia bodoh.
Nazrul yang melihat itu hanya mengetap giginya kuat.
" Come with me." Dia menarik lembut pergelangan tangan Edorra. Menyuruh wanita itu supaya membuntutinya keluar daripada ruang yang gelap ini.
" Sayang.. it's over.. dah berakhir sayang.." Dia menyambut tubuh Sara yang sudah lemang longlai itu ke dalam pelukannya.
Sebelum..
BANGG!!
Zulkiflee terkedu apabila satu das tembakan dilepaskan tepat ke perutnya. Dia terduduk bersama Sara di dalam pelukannya.
Akibat daripada itu mata Sara mula membuka matanya perlahan-lahan. Dia terkejut apabila melihat wajah menahan sakit Zulkiflee.
Dia melihat ke arah perut Zulkiflee yang sudah membuak-buak dengan darah. Dan bajunya turut terkena sama akibat daripada dirinya yang dipeluk kemas oleh Zulkiflee.
" Ciss.. stop the game Dhia Zara." Zaleha mula mengacukan pistol milik Edorra yang tadinya terjatuh di atas lantai.
" Opss sorry.. aku tertembak. Sorry." Dhia Zara muncul di sebalik gelapnya ruangan ini bersama anak kecil di dalam dukungannya.
Dan..
Pisau!
Mata Zaleha terbeliak apabila melihat anak itu di dalam dukungan Dhia.
YOU ARE READING
A TRUE LOVE [COMPLETED]
Romance"Berkorban apa sahaja demi cinta yang membara." ZULKIFLEE X SARA SOFEA " Jangan hanya awak yang berkorban, ingatlah bukan awak seorang sahaja yang ada dalam hubungan itu." - Sara Sofea " Your love makes me blind Mi Amore.." - Zulkiflee Benarkah ji...