Muhammad mula merengek apabila merasakan kedudukannya tidak selesa. Adreanna yang sedang meriba anak kecil itu terus menukarkan posisi anak kecil itu kepada kedudukan yang lebih menyelesakan.
Sudah satu jam mereka menunggu di situ, dan satu jam jugalah Nazmeen Lutfan sedang bertarung nyawa dalam bilik pembedahan itu.
Adreanna merenung Ameera Sofea yang sudah terlentok di atas bahu Qayra itu. Ingin sahaja dia pulang, namun Sara tidak mengizinkan mereka untuk pergi dari situ.
Zaleha sudah menekupkan mukanya, jiwa dan raga dia tidak senang selagi masih belum mendapat keputusannya lagi. Dia rela kehilangan segalanya tapi bukan Nazmeen Lutfan.
Sara mula tidak senang duduk sekejap duduk sekejap bangun ke hulu ke hilir. Dia bangun semula dari duduknya.
" Sara sit, kau penat." Adreanna tahu kawannya itu penat, mental dan fizikal.
" How do I sit? How do I want to calm down? Everyone close to me had an accident after I received the box!!" Sara mula meninggikan suara, emosinya sekarang sungguh berkecamuk.
" Sara, kita bincang kat rumah. Ni hospital kawal emosi kau." Adreanna cuba menenangkan kawannya walaupun dia tahu tidak akan membuahkan hasil.
Pintu dewan mula dibuka, Sara terus meluru ke arah doktor yang keluar bersama dengan beberapa orang jururawat itu.
Zaleha hanya mengejungkan diri. Dia takut jika berita buruk yang akan diterimanya lepas ni.
" How is he now doctor? " Sara cepat mengajukan soalan itu kepada doktor lelaki di hadapannya.
" You're Malaysian right?" Soalan dibalas dengan soalan. Doktor lelaki itu membuka pelitup muka yang tersangkut di telinga.
Sara hanya mengangguk.
" In short, he is critical." Doktor lelaki itu menjenguk ke dalam cermin yang di dalamnya terdapat tubuh Nazmeen Lutfan yang sedang terlantar di atas katil wad.
" Any further explanation I will tell you later. I just want to know now, does the patient have any close family?"
Sara mula berfikir sejenak, dia merasakan dirinya tiada guna sekarang ini. Bos apa dirinya sampaikan keluarga terdekat pekerjanya dia tidak tahu.
" I am his immediate family, I am his brother." Nazrul Luthfie berjalan mendekati doktor lelaki itu.
Zulkiflee hanya bersandar di dinding tempat menunggu. Namun pandangannya tepat ke arah dua anak kecil yang berada di atas ribaan Qayra dan Adreanna. Dia tersenyum kecil.
" I want to visit my brother."
" Alone. " Sengaja Nazrul menekan perkataan alone supaya bos adiknya itu tahu bahawa dia mahukan privasi bila berada dengan adiknya.
" Yes, but only one person can visit him." Doktor itu berlalu meninggalkan Sara Sofea dan Nazrul.
Nazrul sudah pun meninggalkan mereka untuk mengikuti seorang jururawat untuk menukar pakaian terlebih dahulu.
" Papa? " Ameera yang terpisat-pisat bangun daripada tidurnya itu, terus menghulurkan tangannya. Tanda ingin didukung.
Qayra yang tersedar dek suara Ameera itu terus mendukung Ameera lalu dibawanya ke luar daripada tempat menunggu.
" Qayra jangan pergi jauh." Sara seolah-olah trauma dengan segala-galanya. Dia takut dia akan kehilangan lebih ramai orang lagi selepas ini.
Qayra hanya mengangguk kecil.
" She's dreaming of his father again, isn't she?" Adreanna menanyakan soalan dengan wajah serius ke arah Sara yang sudah kembali duduk di atas kerusi.
Sara hanya tersenyum kelat mendengarkan pertanyaan sahabatnya itu. Sejak kebelakangan ini, dia akui bahawa Ameera kerap bermimpi ayahnya. Bangun sahaja mesti perkataan pertama yang disebut olehnya adalah ' papa '.
" Ermmm.. Encik Zulkiflee ikut abang Nazmeen ke? " Sara mula menciptakan ruang antara ruang janggal sekarang ni. Dikerlingnya Adreanna yang buat muka tak bersalah dia tu.
" Haah saya pun risau jugak dekat Nazmeen tu." Senyuman plastik terukir di bibirnya.
Adreanna merenung tajam wajah Zulkiflee. Baginya Zulkiflee adalah lelaki yang penuh dengan misteri.
" Saya ada datang majlis perkahwinan Hariz tahun lepas. Cantik isterinya. Sama padanlah dengan Hariz yang kacak lagi bergaya tu kan? Orang kata sama cantik sama padan." Sengaja Zulkiflee menimbulkan topik ini. Sedaya upaya dia menahan bibir daripada mengukir senyuman sinis.
Berubah riak wajah Adreanna, hilang jelingan tajamnya hilang wajah mengantuknya yang hanya ada sekarang ni adalah wajah orang yang sedang terpana.
" Encik.."
" Akak, saya nak minta diri ke tandas sekejap." Zaleha bangun daripada duduknya. Dia sudah tidak mahu lagi berada di dalam situasi yang sedang hangat ini.
Pintu dewan bedah terbuka apabila dikuak dari arah dalam. Dan terpampanglah wajah Nazrul yang hanya mempamerkan wajah suram tanpa sebentuk senyuman sekalipun.
" Saya nak masuk pulak." Sara mula meluru ingin masuk ke dalam.
" Saya nak minta izin Cik Sara Sofea, saya nak Cik Sara Sofea pecat Nazmeen Lutfan dari jawatan dia sebagai cef tu."
Mengeras tubuh Sara Sofea apabila mendengar sebaris ayat itu terpacul keluar daripada mulut Nazrul. Menitis air matanya. Ya Allah.. sampai begitu sekali ke dia gagal jadi seorang majikan yang baik?
" Tolong beri saya masa." Sara berlalu mengikuti jururawat. Air matanya diseka perlahan.
" Your plans always work, DZ." Zulkiflee hanya mampu memandang kosong pemergian Sara itu.
POV: AUTHOR ✌🏻❤️
1 bab sahaja lagi yang tinggal untuk ke plot twist dia 😌. Tak sabarnya!!
YOU ARE READING
A TRUE LOVE [COMPLETED]
Romans"Berkorban apa sahaja demi cinta yang membara." ZULKIFLEE X SARA SOFEA " Jangan hanya awak yang berkorban, ingatlah bukan awak seorang sahaja yang ada dalam hubungan itu." - Sara Sofea " Your love makes me blind Mi Amore.." - Zulkiflee Benarkah ji...