BAHAGIAN PERTAMA
" Hacker!! Lily!! Where are you now?!!" Zulkiflee menekankan suaranya. Telefon yang dipegang sudah berketar-ketar apabila tangannya juga turut bergetar sama.
Dia takut.
Bukan takut untuk dirinya, tapi takut jika selepas ini telinga dan matanya akan melihat serta mendengar berita yang buruk. Berita yang dia tak nak ianya berlaku. Yang dia nak elakkan.
Ya Allah tamakkah diriku pada rezeki dan anugerah mu Ya Allah. Aku bukan sesiapa.. tapi aku pinta jagakanlah jasmani dan rohani anugerahmu ini Ya Allah. Dia hanya nak Sara dan Ameera. Kedua-duanya anugerah Allah untuknya. Untuk dijaga dan untuk ditatang bagai minyak yang penuh.
Monolog di dalam hatinya terhenti seketika apabila suara daripada dalam panggilan menjengah ruang telinga.
" I have found her location, and Lily is going to that place now. But.." Suara Nazmeen dari dalam telefon mengeras. Dia menekan setiap butir ayatnya. Namun pada perkataan akhirnya dia leretkan. Baginya dia tidak sanggup untuk menuturkan ini. Dia risau.
" But what? NAZMEEN LUTFAN!!" Zulkiflee sudah naik berang. Dia sudah kehabisan kata dan air mata untuk diratapinya lagi. Sudah hampir sehari masa berlalu. Dan dalam sehari itu jugalah dia tidak tidur, tidak makan dan dia terus cuba cari dan cari keberadaan isteri dan anaknya. Dia tidak kisah.
" Dia.. aku terputus panggilan dengannya, aku syak yang dia dah tertangkap." Suara Nazmeen mengendur seiring perasaan risaunya. Di mana awak sekarang ni Zaleha.
Mata coklat Hazel Zulkiflee semakin menggelap. Dia menggenggam erat penumbuknya. Kereta yang dibawanya sedikit tidak tentu arah. Dia celaru.
Apa yang kau nak Edorra Emelyana?
Dan.. siapa kau?
Mengapa kau buat aku macam ni?
Persoalan demi persoalan mencucuk fikirannya. Dia buntu.
Sayang.. tunggu abang..
Qayra menyerabutkan rambutnya yang kusut. Dia sekarang ini berada di dalam biliknya sendiri. Di rumah keluarga Sara.
Dia sedaya upaya mencari bukti. Itu tugasnya. Kerana dia berpengalaman sebagai peguam.
Tapi.. laluan pun ada penghujungnya kan?
Dia bermain dengan pensil sendiri. Otak masih ligat berfikir.
Tidak dihiraukan dengan matanya yang sembab dan tidak cukup tidur itu.
Yang penting dia harus selamatkan Sara!
Sara berjalan sambil bersiul nakal, dia memandang dengan senyuman penuh makna ke arah Zulkiflee yang sedang berteleku di atas sejadah.
Dia menapak setapak demi setapak mendekati suaminya yang mungkin tengah khusyuk berzikir itu.
" ABANGG!!!" Jeritnya seraya dia menyentuh bahu Zulkiflee dari arah belakang secara mengejut.
" Astaghfirullahalazim.. what the hell are you doing Mi Amore." Zulkiflee sudah mengurut dadanya yang sudah berombak kencang akibat daripada tindakan mengejut Sara.
Senyuman Sara terukir di bibir elok. Bibir mungilnya yang merah melepak itu mendarat di tangan Zulkiflee. Diciumnya dengan penuh kasih.
Zulkiflee terkedu seketika. Dia tidak sangka Sara berbuat begitu. Namun dia juga turut mengukir senyuman lebar. Bahagia.
YOU ARE READING
A TRUE LOVE [COMPLETED]
Romance"Berkorban apa sahaja demi cinta yang membara." ZULKIFLEE X SARA SOFEA " Jangan hanya awak yang berkorban, ingatlah bukan awak seorang sahaja yang ada dalam hubungan itu." - Sara Sofea " Your love makes me blind Mi Amore.." - Zulkiflee Benarkah ji...