ATL | BAB 25

36 2 1
                                    

" Apa yang Adreanna nak tanya dekat mama?" Tanya Puan Fatma lembut. Dia melabuhkan duduk di atas sofa. Masih lagi membahasakan dirinya sebagai mama kepada gadis di hadapannya ini. Biarlah dulu hanya menjadi dulu.

Adreanna melihat satu per satu sudut ruangan bilik ini yang berupa seperti perpustakaan. Ruangannya tidak besar malah tidak juga kecil. Dia tersenyum kelat. Dia kenal ruangan ini, ruangan yang wajib dikunjunginya apabila bertandang di rumah keluarga Hariz.

Setelah menyedari bahawa Puan Fatma memandangnya dengan pandangan sayu dia cepat-cepat melenyapkan segala memori yang hampir diimbau kembali.

Adreanna labuhkan duduk di atas sofa yang berhadapan dengan Puan Fatma. Jujur dia katakan dia tidak selesa. Dua tahun tidak berjumpa, siapa yang tidak selesa?

" Adreanna nak tanya mam.. tak-tak Puan.. tentang.. keluarga Anggun Jelita boleh kan?" Hampir sahaja dia memanggil gelaran yang selalu digunakannya sewaktu ketika dahulu kepada Puan Fatma.. Mama.. mama.. tapi sekarang?

Dia menundukkan pandangan, memandang kakinya.

Dia nampak riak wajah Puan Fatma tampak agak terkejut dengan soalannya. Dia adalah sejenis orang yang tidak suka cakap berkias-kias, dia lebih suka bercakap straight to the point.

" B-boleh.. Adreanna nak tahu apa pasal dia?" Jawab Puan Fatma. Dia agak hairan sebenarnya dengan soalan yang keluar tiba-tiba daripada mulut gadis itu. Namun hendak ditolaknya dia takut gadis itu akan terluka sekali lagi. Cukuplah gadis itu sudah menderita banyak kali sebelum ini.

" Siapa Dhia Zara? Ataupun DZ? Dalam hidup seorang Anggun Jelita?" Tanya Adreanna bertalu-talu.

" Dhia Zara? Mama pun kurang pasti sebenarnya pasal dia. Tapi mama ada tahu sedikit sebanyak juga pasal dia." Jawab Puan Fatma sambil otaknya menerawang ke waktu dahulu dan cuba untuk mengorek memori-memori lama itu untuk keluar.

Adreanna diam. Masih menanti jawapan seterusnya yang bakal keluar daripada mulut Puan Fatma.

" Nur Dhia Zara Binti Dato' Rahman merupakan sepupu kepada Nur Anggun Jelita Binti Dato' Azizy. Dulu Dhia ni seorang yang kebudak-budakan dan manja dengan ibu-bapa dia. Dia selalu senyum. Dia paling rapat dengan Anggun dulu. Jadi selepas Anggun masuk penjara dia berubah.. jadi lain.. mama pun tak tahu macam mana keadaan dia sekarang." Jawab Puan Fatma dengan nada yang kendur.

Tiada apa yang membuatkan Adreanna tergamam. Seolah-olah dia sudah dapat meneka apa yang bakal diucapkan oleh wanita berusia di hadapannya ini.

" Terima kasih puan." Adreanna bangun daripada duduknya dan menunduk hormat ke arah Puan Fatma. Bukan ingin mengejek tapi..

" Tak payah berpuan-puan lah Adreanna panggil mama je macam dulu." Kata Puan Fatma. Apabila perkataan dulu disebut dia mengendurkan sedikit suaranya.

" Mama? Ena dah siapkan sarapan pagi untuk mama dengan abang. Marilah makan." Adreanna melihat ke arah gadis yang menggelarkan dirinya sebagai Ena. Dia muncul dari sebalik pintu yang dikuaknya.

Jadi inilah Puan Ena tu?

" Puan.. itu dulu puan.. tapi sekarang.. puan dah tahu kan siapa yang layak untuk memanggil puan dengan gelaran tu?" Mata Adreanna terkalih kepada Puan Ena yang terpegun di depan pintu.














Kereta BMW M5 milik Zulkiflee memasuki perkarangan rumah banglo mewah milik keluarganya.

Zulkiflee memberhentikan keretanya di hadapan pintu besar rumah banglo itu.

Dia melepaskan handbrake menandakan keretanya sudah betul-betul berhenti.

Dia membuka tali pinggang keledarnya lalu dilepaskan perlahan-lahan.

A TRUE LOVE  [COMPLETED]Where stories live. Discover now