Sara mula melangkah perlahan memasuki pintu pagar yang dibuka luas itu. Ameera yang terkedek-kedek berjalan sambil tangan dipimpin olehnya itu dipandang dengan senyuman.
Walaupun tangan agak lenguh mendukung Muhammad yang semakin membesar.
Sekarang mereka bertiga berada di Rumah Yayasan Anak Yatim, tempat di mana Sara bertemu buat kali pertama dengan Ameera dan Muhammad.
Dia tersenyum sekali lagi mengenangkan saat kali pertama dia dipertemukan oleh kedua anak angkatnya.
Dia mendekati tubuh tua yang sedang berdiri di hujung pondok, dia sempat memerhati kemeriahan malam di bawah pondok yang sederhana besar itu. Ini mesti buat makan-makan ni kan?
" Tok Umi!! " Baru sahaja dia ingin menegur tubuh tua itu, Ameera terlebih dahulu menerpa ke arah tubuh tua itu.
Tok Nah yang sedang sibuk menyediakan makan malam kepada anak yatim itu berpaling ke belakang apabila mendengar suara yang cukup dirinduinya.
" Ya Allah, Ameera!! Rindunya cucu Tok Umi yang seorang ni." Tok Nah terus merangkul tubuh kecil Ameera yang sudah dianggap seperti cucunya sendiri.
Terasa seperti ada kelibat lain yang berada di situ, Tok Nah terus mendongak ke hadapan. Wajah Sara Sofea memenuhi kornea mata.
" Sara bila kamu balik ni? Tak bagitahu Tok Umi pun.." Tok Nah terus memeluk tubuh Sara.
Sebelum Sara menyalami tangan Tok Nah.
Muhammad di dalam dukungannya terus lesap diambil oleh Tok Nah.
" Tok Umi ada buat makan-makan ke? " Sara memerhatikan ramai anak yatim yang sedang sibuk makan. Ada yang sedang bermain di belakang. Ada beberapa orang kanak-kanak yang menghadiahkan senyuman apabila dia lalu di tepi mereka.
" Haah sambut hari jadi pekerja kat sini." Tok Nah meletakkan Muhammad di baby chair yang berada bersebelahan dengannya.
" Sara boleh tak kamu tolong ambil periuk dekat dalam stor belakang tu, periuk tu Tok Umi nak guna untuk buat sos bbq." Tok Nah perasan bahawa periuk yang mahu digunakan olehnya tiada di sini. Jadi tak salah kalau mahu menyuruh Sara pergi mengambilnya. Lagipun Sara ni sudah cukup tahu tentang kawasan Rumah Yayasan ni.
" Boleh Jerr Tok Umi.. Tok Umi tunggu kejap ek." Sejurus itu tubuh Sara mula lesap masuk ke laluan yang dilalui untuk ke stor.
Pemandangan malam yang diterangi cahaya bulan itu dipandang kagum.
Setelah beberapa minit berjalan dari pondok ke bilik stor, dia berada tepat-tepat di hadapan pintu bilik stor. Pintu bilik stor terkuak luas apabila dia memulas tombol lalu menolak perlahan pintu itu.
Matanya melilau ke kiri ke kanan mencari periuk yang dimaksudkan oleh Tok Umi. Matanya tertancap pada periuk yang berada di atas rak.
Dia menjengket-jengketkan sedikit kakinya bagi mencapai periuk yang berada di atas rak yang sudah melebihi ketinggian dia.
Akhirnya dia berja menggapai periuk itu, namun selepas menarik keluar periuk itu beberapa fail jatuh mengenai lengannya.
Sara mengaduh kesakitan. Pedih juga rasanya.
Dia meletakkan periuk yang digapainya sebentar tadi ditepi.
Dia lantas mengambil beberapa fail yang berterabur itu. Namun matanya lebih tertarik kepada fail yang berlabel sijil lahir Ameera dan Muhammad. Dia membukanya perlahan, dibeleknya mencari sijil lahir itu.
Sijil lahir Ameera yang mula-mula memenuhi kornea mata. Dia berhasrat ingin meminjam sijil lahir kedua anaknya ini kerana sijil lahir mereka tertinggal di rumah banglonya di Italy. Dia takut jikalau ada situasi kecemasan yang memerlukan sijil lahir tersebut.
Matanya menangkap sebaris nama panjang Ameera. Namun mengapa nama anaknya berbinti kan ayah yang lain?
' Nur Ameera Sofea Binti Zulkiflee '
Zulkiflee? Bukan ke nama anaknya itu berbinti kan Aiman?
Mukanya sudah berkerut seribu, dia keliru.
Dia melihat beberapa tulisan yang menempatkan nama ayah si anak.
' Zulkiflee Bin Tan Sri Jaafar '
Matanya terbeliak luas apabila melihat sebaris nama itu, macam kenal.
Satu rasa mula mencucuk bahagian kepalanya.
' Mi Amore, wake up.'
Dia kuatkan dirinya juga untuk melihat nama sang ibu pula.
PAPPP!!!
Fail yang dipegangnya terjatuh mencium lantai, beriringan dengan melorotnya tubuhnya menyembah bumi.
' Sara Sofea Binti Fahmi '
Nama penuh dia, terletak di bahagian nama sang ibu.
Jadi selama ni.. dia.. merupakan ibu kandung anak yang dianggapnya sebagai anak angkat.
Matanya sudah mula gelap, pandangannya sudah mula kabur. Dan matanya tertutup perlahan. Dan dengan itu dunia dengan automatik nya menjadi gelap.
Bunyi deringan telefon mula bermain di telinga, Zulkiflee bangun daripada lelapnya. Mata ditenyeh perlahan.
Dia menggapai telefon tersebut lalu mengangkat panggilan tanpa melihat siapa pemanggilnya.
" She's already know about her daughter, boss." Suara Nazrul mula kedengaran di halwa telinga.
" I knew it." Dalam mamainya dia tidak bodoh mendengarkan hal itu. Dia sudah dapat menangkapnya. Dan dia tahu bahawa Sara pergi ke rumah yayasan itu.
' I know it's all about you, and I'll make the most of the opportunity to destroy you no matter what happens.'
POV: AUTHOR ✌🏻❤️
So.. inilah plot twist saya yang tidak seberapa ini..
Dengan itu saya ingin berehat dua tiga hari bagi menyiapkan draf yang sudah habis di publish so... Selamat membaca..
YOU ARE READING
A TRUE LOVE [COMPLETED]
Romance"Berkorban apa sahaja demi cinta yang membara." ZULKIFLEE X SARA SOFEA " Jangan hanya awak yang berkorban, ingatlah bukan awak seorang sahaja yang ada dalam hubungan itu." - Sara Sofea " Your love makes me blind Mi Amore.." - Zulkiflee Benarkah ji...