💍"AKAK ni masakan paling sedap kat restoran ni. Sekali cuba mesti nak lagi." Kemunculan Hawa bersama hindangan menyentak Ainul dalam khayalan.
Ainul lemparkan senyuman kecil.
"Bau pun dah sedap." Puji Ainul. Bihun sup yang masih beruap itu dihirup perlahan kuahnya.
Teranguk-angguk kepala Ainul. Menikmati masakan.
"Betul ka cakap Hawa. Sekali tray mesti nak lagi. Rasa nak order lagi.Sedap betul, sebab tu ramai pelanggan. Makana sedap lain macam."
Hawa menggeleng kepala perlahan. Tutup riak suka.
"Panjang puji ye kak. Sebab akak puji masakan Hawa, makanan akak biar Hawa belanja."
"La tak apa la Hawa. Susah-susah je.Akak puji benda betul la. Eihh tak selesa akak nya." Ainul menolak. Segan pulak hatinya. Sudahlah ini kali pertama dia datang, terus dipelawa nak dibelanja.
"Tak apa kak. Bukan mahal pun. Bukan selalu Hawa nak belanja akak. Nanti akak datang lagi tau dengan semeone special ke." Terangkat-angkat kening aku berkali-kali. Saja nak mengusik gadis ayu dihadapan dia ni.
Sudahlah cantik, bertutup litup pulak tu. Sapa la yang beruntung dapat Siti Ainul ni ye.
Kalau nak bandingkan aku memang jauh beza la. Perangai punya tak semenggah, pakaian lagi la.
"In sya Allah nanti kalau semeone special akak tu free akak datang dengan dia. Tapi yang pasti akak nak Hawa yang masak ye. Tak nak chef yang lain."
"Mesti kak. Akak rojer je dekat Hawa nanti."
Hawa dan Ainul saling-saling berbalas senyum. Namun, senyuman terhias di bibir Ainul mula memudar sendiri.
🤍🦋🤍🦋🤍🦋🤍
SAMPAI saja di rumah, lekas aku menonong ke dapur.
Hari ini genap setahun perkahwinan kami yang pertama. Teruja? Mestilah.
Kerna itu aku ingat nak masak special untuk Fateh sempena hari anniversary kami yang pertama.
Aku ingat nak masak masakan kegemaran dia. Ayam kari, ikan talapia belado dan sayur campur. Tak lupa sambal belacan. Tanpa sambal memang tak boleh masuk nak makan dengan ayam kari.
Mesti dia suka punya la.
Aku kerling jam, tinggal dua jam lagi sebelum Fateh pulang. Sempat ke aku nak siapkan ni, nak buat kek lagi.
Rasa sesak nafas kejap.
Aku nafas dan hembus dengan kasar.
"You can do it Hawa!"
Barang-barang basah dikeluarkan terlebih dahulu. Ayam, sayur dan lain -lain lagi diletak luar terlebih dahulu.
Ayam di basuh terlebih dahulu, siap saja basuhnya aku mengambil berapa ulas bawang merah dan putih untuk ditumisnya.
Siap saja bahan-bahan untuk dimasak, aku simpan tempat terutup terlebih dahulu. Aku ingat nak mandi dulu baru masak. Badan pun bukan main berlengas, tak selesa la saya.
🤍🦋🤍🦋🤍🦋
KEK beperisa coklat berada di hadapannya mejadi tatapan lama. Lama dia menunggu di meja makan dapur, menunggu kepulangan Fateh.
Kali pertama cuba buat kek, mujur la menjadi. Aku bukan suka baking ni. Nak bagi suami cuba air tangan isteri, aku rela buatkan untuk suami tersayang.
Jam menginjak pukul 10 malam. Batang hidung Fateh langsung aku tak nampak. Aku dah siap-siap ingat kan kepada Fateh suruh balik awal hari ini, ada suprise aku nak bagi.
Apa sekarang aku yang tersuprise ni.
Mulala macam- macam andain muncul. Aku menggeleng kepala, menolak segala andain negatif muncul di fikiran aku.
Aku berpaling pada makanan dimasak oleh aku. Sekali lagi aku mengeluh. Makanan pun dah sejuk.
Makanan di atas meja nampak sungguh menyelerakan cuma selera aku mula mati. Macam perasaan sekarang. Mula mati dengan sikap Fateh yang mungkiri janji.
Telefon yang digengaman itu ditatap penuh geram. Sakit hati betul. Berpuluh kali dia call langsung tidak dijawabnya.
Kalau sibuk bekerja apa salahnya call aku terlebih dahulu. Tidak la aku menunggu macam ni. Dah berjam-jam tunggu.
Hawa hela nafas sebelum sekali lagi mendail nombor Fateh.
Dan masih sama.
Kerusi makan ditolak dengan kasar. Kek coklat itu dimasuk dalam peti semula. Makanan yang dimasak sikit pun tak disentuh.
Ulang tahun perkahwinan pertama yang sangat teruk.
Ingatkan boleh la menjadi memori yang indah apa memori buruk adala. Kurang asam punya suami.
Selesai saja aku simpan makanan. Lampu luar tamu aku tutup lalu aku naik atas ke bilik.
Lebih bilik aku tidur daripada tunggu manusia yang tak pasti nak balik bila.
Selawat dk agiih tuu 🤨
✨❤️ *۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
30 | 4 | 24🦋

ANDA SEDANG MEMBACA
CO | HAWA ✅
Romance2 BOOK : HAWA AL FATEH UTHMAN |HAWA HUMAIRA sinopsisi dalam yee hehehehhe no plagiat❌ START : 5/1/24 END : 4/5/25