CUACA dimalam hari menggamit dirinya untuk meluangkan waktu sendirian diatas bukit. Ditongkat kedua tangan di belakang badannya. Mata setia memandang kesibukan jalan raya dibawah sana walaupun waktu sudah berganjak pukul 11 malam.Rokok di bibir dihembus perlahan. Kadang-kadang dia menggaru kejap lengan sasanya. Takda guna ini nyamuk. Takde orang lain ke dia nak gigit? Darah aku mahal lah!
Kring kring!
Tersentak dirinya apabila telefonnya yang berada didalam poketnya berbunyi. Dia mengeluh kasar. Sempat bibirnya berdecit sebelum tangannya diseluk kedalam poketnya.
Diambil telefonnya. Diperhatikan skrin di telefonnya. Dia mengeluh perlahan. Dijawab panggilan itu dengan mata masih memandang ke hadapan.
'Hello anak umi..'
"Hmm.."
'Ada kat mana tu? Umi risau la Taqin tak balik-balik lagi.. abi pun tertanya-tanya mana Taqin tadi..'
Mustaqin gelak sinis. "Yeke? Bukan ke abi halau Taqin ke tadi?" Itulah sebab dia datang kesini. Itu semua kerana dia bergaduh mulut dengan Dato Laatif tadi.
Umurnya sudah berinjak 26 tahun pada tahun ini. Jadi, dia tidak suka jika kehidupannya dikawal oleh bapanya lagi. Dulu boleh la Dato Laatif mengawalnya kerana dia masih belajar. Tapi sekarang, dia tidak mahu lagi..
Dia ingin mengikut kata hatinya sahaja.
'Taqin.. balik la nak. Abi tak sengaja tertengking Taqin tadi.. macam la Taqin tak kenal abi tu kan? Dia risaukan masa depan Taqin sebab tu abi halang Taqin.."
Mustaqin mendengus. "Nak risau apanya umi? Bukannya Taqin buat benda tak betul pun. Abi tak habis-habis paksa Taqin untuk mendirikan syarikat sendiri macam Laith. Tapi abi lupa ke yang Taqin tak minat semua benda tu?"
'Taqin..'
"No. Kalini umi yang kena dengar Taqin. Taqin akan tetap bekerja dibawah orang. Taqin nak belajar dari bawah. Taqin taknak paksa diri Taqin untuk lakukan apa yang Taqin taknak. Taqin akan tetap bekerja di syarikat orang lain. Titik."
Ujar Mustaqin lalu menutup telefonnya. Diraup kasar wajahnya. Bukan niatnya untuk menyakiti hati ibu tercinta namun otaknya penuh dengan masalah saat ini.
Dato Laatif mendesaknya untuk berusaha bersungguh-sungguh membangunkan syarikat seperti Laith, abangnya. Tapi lupakah Dato Laatif bahawa Mustaqin bukanlah seseorang yang bersungguh-sungguh seperti Laith?
Laith bekerja habis-habisan untuk mendirikan syarikat sehingga lelaki itu langsung tidak melalui zaman remajanya. Asyik bekerja keras sahaja sehingga tidak keluar berjalan-jalan atau lepak.
Tapi Mustaqin lain. Dia masih berperangai remaja. Dia nak berfoya-foya dulu. Dia tidak mahu bekerja terlalu keras sehingga tertekan. Dia hanya inginkan ketenangan sahaja..
Just enjoy the flow katanya..
Kring kring!
"Urgh! Siapa yang ganggu aku lagi ni?!" Marah Mustaqin seraya mencerlung skrin telefonnya. Dia mendengus melihat nama yang tertera disitu. Dia menjawab panggilan tersebut dengan keluhan.
'Hello Taqin..'
"Ya. Kau pula ke nak marah aku kali ni? Belum cukup lagi abi marah aku, sekarang kau pula nak marah aku?"
'Bukan macam tu Taqin.. aku taknak la kau bergaduh dengan abi sebab perkara ni. Kau kenal abi macam mana kan? Apa salahnya kalau kau follow je arahan abi?'
Mustaqin gelak sinis. 'What? Follow? Maksud kau, kau nak suruh aku jadi gila kerja macam kau ke Laith? Huh?"
'Bukan macam tu.. ak--'
"Dah la Laith. Semua tak kena dimata abi. Semua yang aku buat semua tak okey di mata dia. Aku pun tertekan juga bila diasak macam ni Laith.. kau abang aku.. sepatutnya kau faham aku Laith.."
Ujar Mustaqin dengan dahi berkerut. Dia sedang menahan sebaknya sekarang. Dia tidak mahu menjatuhkan setitis air mata saat ini
Kedengaran Laith mengeluh dalam panggilan. 'Ok-ok.. aku takkan paksa kau.. apa kata esok kau datang rumah aku, kita bincang hal ni. Okay?'
Mustaqin mendengus. "Tengok la dulu. Aku tak janji." Jawab Mustaqin lalu meletak telefonnya menjauh. Dia berdecit. Direnung bulan diatas langit sana.
"Susah ke ahli keluarga sendiri nak faham tentang aku? Aku dah kata.. aku nak belajar dari bawah.. itu tak bermaksud aku nak bangunkan syarikat aku sendiri.. aku cuma nak bekerja dibawah orang.. aku taknak jadi CEO.."
Gumamnya perlahan. Dia mendengus. Diraup kasar wajahnya. Serasa ingin tidur disini sahaja. Pening kepala jika pulang ke rumah!
Baru sahaja Mustaqin ingin berbaring, namun titisan air hujan telah mencelikkan matanya. Dia mendengus.
"Hujan pulak.." keluhnya lalu bangun dari baringnya. Dia cepat-cepat mengambil barangannya lalu menaiki motor sportnya. Dia mula beredar dari situ. Kena cepat! Nanti basah kuyup pulakk..
*:・゚✧*:・゚✧
TIK. TIK. TIK.
BUNYIAN air hujan itu telah mencelikkan matanya dari lenanya. Dia bangun dari baringnya lalu mengeluh. Kakinya melangkah ke dapur lalu dia mencekak pinggang dan mendongak ke atas.
"Tch.. bocor lagi.. berapa kali nak bocor ni? Dahlah abang dah takde dekat rumah ni.. terpaksa la aku kena buat semua ni.." keluh Tiara seorang diri.
Sudah 3 tahun dia duduk keseorangan dirumahnya selepas abangnya, Aariz berkahwin dengan Syakila. Ada kalanya Aariz dan Syakila datang melawatnya. Aariz ada memberikan duit kepadanya.. Aariz tanggung segala makan pakainya..
Aariz ada memberi cadangan supaya Tiara menetap bersamanya. Tapi Tiara menolak sekerasnya. Dia tidak selesa duduk bersama abang serta kakak iparnya.
Dia tidak mahu mengganggu rumahtangga mereka. Baginya biarlah dia hidup seorang diri. Asalkan tidak menyusahkan orang lain.
Tiara mengikat rambutnya. Dia menarik kerusi meja lalu diletakkan di bawah atap yang bocor. Dia mengambil beberapa peralatan untuk menutup kebocoran itu.
Dia dah biasa melakukan semuanya seorang diri. Jadi tidak hairan la jika dia boleh melakukan kerja lelaki sekalipun.
"Siap!" Ujar Tiara teruja seraya menepuk tangannya. Dia turun dari kerusi lalu diletakkan semula kerusi di meja makan.
Tiara meneguk air seketika sebelum menutup peti sejuknya. Baru sahaja dia ingin kembali ke biliknya, namun cahaya lampu diluar rumahnya telah membantutkan langkahnya.
Berkerut dahi Tiara melihat lampu itu. Dia berjalan menghampiri pintu. Dia mengecilkan mata di tingkap sebelah pintu untuk melihat siapakah gerangan yang datang kerumahnya malam-malam buta begini.
Terjungkit keningnya apabila dia dapat mengenalpasti siapakah jejaka yang sedang duduk diatas motor itu.
"Mustaqin?" Bisiknya perlahan..
TBC🤍
Adik Laith in the house! By the way, cerita ni akan di update selepas tamat 3 cerita ongoing tu.Sesiapa yang belum kenal mereka ni, boleh la intai cerita Laith. Ada kisah diantara mereka berdua disana.
VOTE AND COMMENT❤️
YOU ARE READING
MUSTAQIN : CHASING LOVE [OG]
Romance🦋2ND SWEET SERIES🦋 He fell first and he fell harder. Itulah Lutfan Mustaqin. Selama 3 tahun memendam rasa cinta kepada Tiara. Namun Tiara seolah-olah menjauh darinya. Gadis itu hanya menganggap Mustaqin sebagai kawan manakala Mustaqin menganggap T...