"TAQIN ada call awak tak?" Datin Mariana berpaling ke arah suaminya yang melangkah menghampirinya di sofa rumah."Tak ada la pula.. kenapa?" Dato Laatif mengangguk. "Tak ada apa lah.. cuma abang tertanya-tanya, boleh ke Taqin tu hidup berdikari dekat sana? Selama ni dia bergantung dengan kita.."
Datin Mariana tergelak. Faham sangat sikap suaminya yang overprotective pada anak-anaknya. Apatah lagi jika anaknya itu merupakan anak bongsu.
"Abang ni pun.. risaukan sangat anak dia tu.. pandai-pandai la Tiara jaga anak kita tu, abang."
"Tahu.. entahlah.. abang masih rasa yang Taqin tu budak lagi.. masih mentah.. boleh ke dia jadi suami? Boleh ke dia galas tanggungjawab dia sebagai suami?" Tanya Dato Laatif seraya menghenyak punggung di sofa. Tangan naik memicit kepalanya dengan mata terpejam.
Datin Mariana senyum. "Abang.. saya faham perasaan abang.. abang risaukan Taqin sebab selama ini Taqin dibawah tanggungjawab kita. Tapi, abang kena percayakan Taqin.. senakal-nakal seorang lelaki, jika dia faham ilmu perkahwinan, automatik dia akan pandai tangani rumahtangga mereka. Abang pun pernah muda kan? Mesti abang faham maksud saya.."
Pujuk Datin Mariana sambil mengusap tangan suaminya. Dato Laatif mengeluh lalu mengangguk.
"Abang harap dia dapat jaga anak orang baik-baik.. abang kenal Aariz tu.. kalau la Taqin buat hal dekat Tiara, mahunya Aariz tu serang Taqin pula nanti.."
Tercetus tawa Datin Mariana. "Abang.. alahai.. kesitu pula fikirnya. Nampak sangat abang tak percayakan Taqin.."
"Memang.. memang abang tak percayakan dia. Esok dia datang sini kan? Abang nak tanya dia esok.. risau abang dengan budak Taqin ni.."
Datin Mariana menggeleng dengan senyuman. Patutlah Dato Laatif tu monyok je dari tadi. Rupanya duk terfikir tentang anak bongsu dia.
Kalau Mustaqin ada depan mata, tahu pula dia tunjuk sikap harimau dia pada si anak tu. Tapi bila Mustaqin tak ada ni, lain pula Dato Laatif.
Nampak benar kegusaran di wajah tua itu..
"Haih boleh ke budak tu jaga anak orang.. jaga diri sendiri pun tak boleh, gatal nak berkahwin awal.."
Datin Mariana menggeleng sahaja mendengar leteran suaminya. Entah celah mana kahwin awalnya..
Mustaqin pun dah berumur 26 tahun. Mungkin Dato Laatif masih menganggap Mustaqin budak bawah umur kot..
*:・゚✧*:・゚✧
MUSTAQIN mengibas tshirt yang dipakainya ketika ini. Agak panas rumah Tiara ni walaupun rumah diperbuat dari kayu. Mungkin Mustaqin dah terbiasa dengan penghawa dingin, jadi tubuhnya dah sebati dengan alat elektronik itu.
Dan sekarang.. dia kena belajar untuk tidur di bilik yang tiada penghawa dingin..
"Okey tak?" Tanya Tiara sambil mengemaskan katil mereka berdua. Dah nak tidur.. raja sehari mengantuk ni..
Orang lain balik rumah, terus rehat dan tidur. Diorang ni gatal pergi pasaraya tadi. Dah lemau dah badan pun.
"Kau tak rasa panas ke bilik kau ni?" Tanya Mustaqin lalu dia terus menanggalkan baju dari tubuhnya. Tiara meneguk liur melihat tubuh suaminya yang berkeringat.
Wuuu macho.. tubuh Mustaqin ni tidak la terlalu tegap, biasa-biasa je.. tapi bila lelaki tak berbaju depan mata ni, rasa berdebar la juga.. sudahlah berduaan dalam bilik.
Rasa macam ada bisikan menyuruh Tiara menyentuh dada suaminya itu.
Aishhh! Jangan rakus! Jangan!
"Aku tanya ni.." Mustaqin menjentik jari dihadapan isterinya. Tersentak kejap Tiara. Sabar Tiara sabar!
"Tak.. saya dah biasa macam ni.." Mustaqin mengangguk. Dikesat kejap peluh di lehernya. Mata melilau melihat sekeliling. Dia mengeluh perlahan melihat bilik ini banyak kesan lubang.
"Nanti aku decorate semula rumah kau ni.. dah berlubang-lubang.." Tiara mengemam bibir.
"Nak decorate tu boleh..tapi nanti duit pula la yang melayang.. sebab tu la saya tangguh dulu.."
Mustaqin menjeling isterinya. "Masalahnya selesa ke kau hidup macam ni? Banyak lubang.. kalau hujan ni, aku yakin air masuk rumah. Atap kau pun dah banyak bocor kan?"
Tiara mengangguk perlahan. Mustaqin menggeleng. Dilempar bajunya ke dalam bakul pakaian.
Dia melangkah ke katil lalu naik ke atas katil. Ditepuk katil itu menggamit sang isteri duduk di tepinya.
Tiara menggigit bibir. Tangan dimainkan sesama sendiri. Gulp. Ajak naik katil je pun. Dia punya berdebar dah macam Tiara ni buat salah pula.
"Mari la sini baby.. meh.." ajak Mustaqin dengan senyuman senget. Sengaja nak sakat. Nampak sangat isterinya malu sekarang. Dengan menunduknya, dengan main jemarinya..
Comel la pula Tiara ni.. selama ni nampak gangster je..
Tiara menarik nafas dan hembus perlahan. "Saya nak tutup lampu jap. Awak tolong on kan suis lampu atas meja tu.. saya tak boleh tidur kalau suasana gelap gelita tanpa cahaya.."
Tiara terus melangkah ke suis lampu selepas mengatakan itu. Seram! Mata Mustaqin tu seram. Nampak sangat bahawa Tiara bakal menjadi makanan Mustaqin malam ini.
Mustaqin tu.. tak beragak.. pandangan dia amat tajam sehingga Tiara mula terketar.
Mustaqin tergelak lalu memanjangkan tangan membuka suis lampu berjaga. Dia meregangkan sedikit ototnya lalu menunduk melihat seluar slacknya.
"Hmm panas ni. Tanggalkan juga la seluar. Apadahal, bini juga. Tak salah pun nak bogel sekalipun."
Perlahan-lahan Mustaqin melorotkan seluar hitamnya lalu dilempar seluar itu ke atas lantai. Tiara memusingkan tubuh ke katil setelah selesai menutup suis lampu.
"Arghhh!" Jerit Tiara tatkala melihat suaminya hampir bogel diatas katil. Mustaqin hanya memakai boxer!
"Taqin! Pakai balik seluar awak!" Jerit Tiara yang sudah menutup matanya dengan tangan. Mustaqin mengerutkan dahi.
"Apa? Aku panas la Tiara.. bukannya aku bogel pun. Alah.. kita suami isteri yang sah dah pun.. tak ada aurat antara kita. Yang nak malu sangat tu kenapa?"
Tiara berdecit. "Malu la.. saya tak pernah tengok tubuh awak separa bogel macam ni.. pakai la seluar balik.. malu la Taqin.."
Mustaqin menggeleng. Jari telunjuk digoyangkan dihadapan Tiara.
"No no no.. aku betul-betul panas ni.. dah berpeluh dah paha aku. Lebih baik kau pilih, nak aku pakai macam ni atau nak aku tidur seorang diri dalam bilik air?"
Tiara memuncungkan bibirnya. Aduh.. macam derhaka la pula kalau dia membiarkan Mustaqin tidur dalam bilik air.. Mustaqin ni mengada betul la..
"Cepat la Nur Tiara.. mari sini.."
Tiara memejam mata kejap mendengar suara garau suaminya. Kaki perlahan-lahan melangkah ke katil. Tangan masih menutup mata.
Tak keruan lah tengok Mustaqin pakai macam ni depan dia..
Mustaqin senyum sahaja. Dia terus menarik lengan Tiara apabila Tiara sudah menghampirinya.
"Urgh!" Jerit Tiara tatkala tubuhnya masuk ke dalam dakapan Mustaqin. Mustaqin merangkul bahu Tiara dari tepi lalu diusap lembut bahu itu.
"Celik la mata kau tu.." bisik Mustaqin di tepi telinga Tiara. Nafas Tiara mula tidak teratur. Walaupun Mustaqin tak menggodanya, namun suara Mustaqin yang garau telah membuatkan dadanya berdegup hebat.
Perlahan-lahan Tiara mencelik matanya. Mustaqin senyum. Disandarkan tubuhnya ke kepala katil. Tiara hanya akur mengikut pergerakan suaminya. Sesekali dia memperbetulkan sedikit kain batik yang dipakainya.
Nanti kan melorot kan niaya!
TBC🤍
Tutup matamu bestie. Next chapter tahun depan. Muahhhhhh 😙VOTE AND COMMENT❤️
YOU ARE READING
MUSTAQIN : CHASING LOVE [OG]
Romans🦋2ND SWEET SERIES🦋 He fell first and he fell harder. Itulah Lutfan Mustaqin. Selama 3 tahun memendam rasa cinta kepada Tiara. Namun Tiara seolah-olah menjauh darinya. Gadis itu hanya menganggap Mustaqin sebagai kawan manakala Mustaqin menganggap T...