PIN PIN!TERSENTAK Tiara apabila Mustaqin menekan hon dihadapan rumahnya. Tiara berdecit. Dia membuka lampu di pintu lalu membuka pintu rumahnya.
Berkerut dahinya melihat Mustaqin yang turun dari motornya sambil menyebak rambut basah ke belakang.
"Taqin? Awak buat apa dekat sini?"
Berkerut dahi Mustaqin. "HAH? KAU CAKAP APA? AKU TAK DENGAR! HUJAN!" Jerit Mustaqin. Tiara berdecit.
Tangannya menunjuk ke arah Mustaqin. "AWAKKKK! BUAT! APA! DEKAT SINI?!!" Jerit Tiara sehabis-habisan.
"HAH?!"
Tiara berdecit. Dia menarik tangan basah Mustaqin lalu dibawa Mustaqin ke kerusi dihadapan rumahnya. Mustaqin hanya mengikuti langkah Tiara.
Dia menghenyak punggung disebelah Tiara. Tiara yang perasan betapa rapatnya kedudukan mereka itu, terus berganjak menjauhi Mustaqin.
Jangan macam-macam abe.. sudahlah hanya mereka berdua sahaja yang ada disini sekarang.. malam-malam buta pula tu.
Mustaqin menyebak rambut ke belakang. Dia memerah kejap bajunya yang basah. Ditanggalkan jaket kulitnya lalu diletakkan ditepi kerusi. Tinggallah dia hanya memakai tshirt kelabu berserta seluar jeans hitam.
Mustaqin menoleh ke arah Tiara yang masih mengerdip mata padanya. "Kau tanya apa tadi?"
"Awak buat apa dekat sini? Kenapa datang rumah saya lewat-lewat macam ni?" Mustaqin senyum senget mendengar itu. Badan dirapatkan ke arah Tiara.
Tersentak Tiara apabila wajah Mustaqin menghampirinya. "Kau rasa aku nak buat apa? Hm?" Tanya Mustaqin dengan riak gatal.
Tiara mendengus. Ditolak perlahan pipi Mustaqin. "Betul-betul la Taqin.. awak buat apa dirumah saya ni? Dengan basah-basahnya lagi.. awak main hujan ea?" Tanya Tiara sambil mengecilkan matanya pada Mustaqin.
Mustaqin senyum senget. "Aku main kau je lah. Nak?"
"Ish! Apa awak ni!" Marah Tiara seraya memukul dada Mustaqin. Mustaqin gelak kuat melihat reaksi Tiara.
"Takde ah.. aku baru balik dari bukit tadi. Lepas tu hujan pulak.. itu yang aku singgah rumah kau. Sebab rumah kau paling dekat.."
Tiara mengangguk faham. "Tapi tetap tak elok la kita berdua macam ni.. kalau orang nampak macam mana?" Tanya Tiara yang sedang memeluk tubuhnya sendiri. Grrr sejukkk.. menyempat pula si Mustaqin ni ajak dia bersembang..
"Asal? Ada kita beromen dekat sini ke? Ada kita berduaan dalam rumah ke? Takde kan?"
Tiara menjeling. Ini yang dia malas ni..
Mustaqin tergelak melihat reaksi Tiara. Diperhatikan sahaja Tiara yang sedang memeluk tubuh sambil menggosok lengan.
"Kau sejuk?"
Tiara mengangguk.
"Nak aku peluk?"
"Saya tumbuk awak nanti."
Mustaqin tergelak. Dia suka menyakat Tiara. Bukan bersungguh pun soalan dia tadi. Tapi jika Tiara nak dia peluk, dia boleh je bagi heheheheheh.
Mustaqin mengambil jaket kulitnya lalu dia menghampiri Tiara. Tiara mengerdip mata laju apabila bauan maskulin Mustaqin menerjah rongga hidungnya.
Mustaqin memakaikan jaket kulitnya di bahu Tiara. "Dah.. tak sejuk dah.. dah hangat."
Tiara menjeling Mustaqin. Kerana apa? Bukan kerana blushing. Tapi kerana...
"Ish Taqin! Jaket awak basah lah! Makin sejuk la saya!" Jerit Tiara lalu melempar jaket itu ke atas paha Mustaqin. Mustaqin gelak terbahak-bahak sehingga badannya hampir kebelakang.
YOU ARE READING
MUSTAQIN : CHASING LOVE [OG]
Romans🦋2ND SWEET SERIES🦋 He fell first and he fell harder. Itulah Lutfan Mustaqin. Selama 3 tahun memendam rasa cinta kepada Tiara. Namun Tiara seolah-olah menjauh darinya. Gadis itu hanya menganggap Mustaqin sebagai kawan manakala Mustaqin menganggap T...