BAB 17❤️

2.2K 280 25
                                    



TIARA senyum tatkala jurugambar mengarahnya untuk melorekkan senyuman lebar ketika ini. Tiara dan Mustaqin baru sahaja selesai diijabkabulkan sebentar tadi dan sekarang mereka sedang menikmati makanan di meja pengantin.

"Err Taqin~" panggil Tiara meleret. Mustaqin yang sedang 'melahap' makanan itu hanya mengumam sahaja. Kisah pula majlis kahwin dia? Baginya dia tak kenyang jika makan beradab.

Jadi, dia lebih memilih makan seperti dirumahnya.

Iaitu melahap seumpama tidak makan seminggu.

Tiara berdehem. "Boleh tak awak suruh jurugambar tu stop tangkap gambar saya kejap? Saya tak selesa la makan waktu ada orang tangkap gambar saya.."

Terhenti kunyahan Mustaqin ketika ini. Dia berpaling ke arah isterinya yang sedang senyum kekok padanya. Mustaqin mengangguk.

Dia menoleh ke arah jurugambar yang masih menangkap gambar mereka berdua.

"Bro, kau pergi la makan dulu. Mesti kau penat asyik tangkap gambar je dari tadi."

Jurugambar itu senyum tipis. "Takpe encik, memang tugas saya menangkap gambar pengantin sepanjang masa hari ni."

Mustaqin berdecit. Kau tak faham ke isteri aku tak selesa?!

"Maaf bro, isteri aku tak selesa nak makan sekarang. Kau pergilah rehat kejap. Petang nanti kau tangkap la gambar kami puas-puas dekat tempat yang ditetapkan. Sekarang, bagi bini aku makan dulu, boleh?"

Tersenyum Tiara mendengar itu. Terharu juga apabila Mustaqin mendengar apa yang dikatanya tadi.

Jurugambar itu senyum lalu mengangguk. "Baik encik.." lelaki itu terus melangkah ke ruang makan.

Mustaqin menggeleng. "Orang suruh makan pun taknak.. perut dia tak lapar ke apa?"

Tiara senyum mendengar bebelan suaminya. Disentuh lengan Mustaqin dengan tangan kirinya. Tersentak kejap Mustaqin tatkala tangan lembut menyentuh lengannya.

"Terima kasih awak.." ucap Tiara dengan senyuman. Mustaqin senyum. "Awak? Kenapa tak 'sayang'? Kita dah bincang kan?"

Tiara menjeling mendengar itu. Diperbetulkan kedudukan untuk menghadap meja makan.

"Saya makan dulu.." Mustaqin menjeling isterinya yang sedang buat tak endah padanya. Bibir melorek senyuman nakal.

Tangan kiri mula merayap ke paha si isteri. Berkerut dahi Tiara. Dia menunduk melihat gerangan yang gatal menyentuhnya ketika ini.

"Mustaqin.." panggil Tiara meleret. Mustaqin senyum senget.

"Apa? Tangan aku lenguh. Terpaksa landing dekat paha gebu kau." Tiara berdecit. Dia hanya hiraukan sahaja Mustaqin.

Dia meneruskan semula menikmati hidangannya tadi. Dibiarkan sahaja tangan Mustaqin meramas pahanya ketika ini.

Tangan tu aihh.. nakal betul.. macam tuan dia juga.. fikirnya selepas jurugambar tu sudah pergi, dia akan selesa untuk menikmati hidangannya.

Namun tangan gatal itu telah membuatnya tidak selesa pula sekarang.

Aihh la encik suami.. kenapa nakal sangat ni?

*:・゚✧*:・゚✧

BERMACAM gaya Mustaqin dan Tiara gayakan setelah jurugambar mengarah mereka untuk melakukan itu.

Sekarang mereka berdua berada di Astaka Morocco, Putrajaya. Disini adalah tempat yang sesuai untuk pengantin baru menangkap gambar outdoor.

Mustaqin meregangkan sedikit otot setelah jurugambar berehat seketika dari bergambar. Dia melepaskan rangkulan di pinggang Tiara lalu memukul-mukul bahunya yang sedikit lenguh.

MUSTAQIN : CHASING LOVE [OG]Where stories live. Discover now