BAB 16❤️

3.2K 309 28
                                    



DATO LAATIF senyum melihat Mustaqin yang sedang duduk di sofa dihadapannya. Dia sudah agak bahawa anak bongsunya itu pasti akan pulang semula ke rumah selepas bertemu Aariz.

Datin Mariana senyum melihat Mustaqin yang sedang menunjukkan riak selamba dihadapan mereka.

Seumpama.. pergaduhan besar mereka dahulu langsung tidak berlaku pada mereka.

Mustaqin berdehem. "Kenapa tak beritahu Taqin soal ni?"

Dato Laatif senyum. "Macam mana abi nak beritahu? Taqin off telefon.. abi mesej pun tak reply.. Taqin tak balik ke rumah. Macam mana abi nak inform Taqin soal ni?"

Mustaqin mendengus. Yelah! Taqin salah! Jeritnya dalam hati.

"Kenapa tiba-tiba terima Tiara? Bukan selama ini abi larang ke Taqin berkawan dengan dia?"

Dato Laatif mengeluh. "Maafkan abi.. selepas Taqin tegur sikap keluarga kita tu, baru lah abi sedar bahawa abi keterlaluan dalam mengawal kehidupan anak-anak abi...

...untuk apa abi mengawal kehidupan Taqin jika Taqin tidak bahagia dengan cara itu? Jadi.. abi hanya serahkan pada Taqin sahaja. Taqin pilih la apa yang Taqin mahu. Asalkan perkara itu tidak membebankan diri Taqin.."

Mustaqin senyum mendengar itu. Dia mengangguk pada Dato Laatif.

"Terima kasih abi.. abi faham Taqin pun dah cukup bagi Taqin.." Mustaqin bangun dari duduknya lalu melangkah menghampiri Dato Laatif.

Dia terus memeluk tubuh tua lelaki itu lalu mula menangis terhinjut-hinjut di ceruk leher Dato Laatif.

Tergelak Dato Laatif dibuatnya. Dibalas pelukan anak lelakinya itu. Datin Mariana hanya senyum. Aih.. manja betul Mustaqin ni..

Harap Tiara tabah la melayan perangai mengada budak ni..

"Taqin nak Tiara.. tolong.. jangan putuskan hubungan kami lagi.." rayu Mustaqin dengan suara seraknya. Dato Laatif senyum. Diangguk kepalanya. Diusap badan si anak.

"Ya.. abi janji abi takkan masuk campur lagi urusan cinta Taqin.. abi pun sayang Tiara seperti seorang anak.. dia baik.. dia sesuai dengan Taqin. Cuma abi sahaja yang silap mentafsir Tiara.."

Mustaqin mengangguk. Dipeluk erat tubuh bapanya. Dihamburkan tangisannya dalam dakapan si bapa.

Datin Mariana menghampiri anaknya lalu mengusap kepala Mustaqin.

"Tiara penting ya bagi Taqin?"

Mustaqin mengangguk. Dipanggung kepala memandang Datin Mariana. Datin Mariana senyum. Diseka air mata di pipi Mustaqin.

Aih. Teringat pula Mustaqin waktu kecil dulu.. sentiasa dibuli Laith. Asyik menangis sahaja kerjanya. Reaksi menangis sebiji seperti sekarang!

"Penting.. Tiara penting sangat bagi Taqin.. sebab tu Taqin cinta mati pada dia."

Datin Mariana senyum. "Umi tahu.. umi pernah muda.. umi pernah ada perasaan seperti Taqin sekarang.. pasti kita bimbang jika kita kehilangan orang yang kita sayang.. apatah lagi kalau orang itu adalah orang yang paling penting dalam hidup kita."

Dato Laatif senyum mendengar itu. Lega.. selama Mustaqin tiada, dia berasa amat bersalah pada anaknya itu kerana tidak memahami perasaan si anak..

Padahal permintaan Mustaqin hanya satu..

Ingin miliki Tiara sahaja.. inginkan gadis itu menjadi miliknya.. ingin genggam gadis itu dalam genggamannya agar gadis itu tidak terlepas dari cengkamannya..

*:・゚✧*:・゚✧

TIARA sengih dihadapan Mustaqin yang sedang menjeling manja kepadanya. Sekarang ini mereka sedang berada di kafe Tiara. Selepas sahaja sesi meluah perasaan tadi, Mustaqin terus datang ke kafe Tiara.

Ada sesuatu nak diselesaikan dengan gadis nakal ni..

"Pandai eh kau menipu aku?"

Tiara menjungkit kening. "Menipu apa?" Mustaqin berdecit. "Jangan buat-buat tak tahu la mutiara. Kau tipu aku kan? Kau kata kau dah bertunang dengan orang lain?"

Tiara menjungkit bahu. "Saya hanya beritahu yang saya dah bertunang.. tapi saya tak beritahu dengan siapa saya bertunang kan? Saya hanya beritahu ciri-ciri tunang saya tu je. Dan ciri-ciri dia adalah awak.. awak je yang tak sedar."

Mustaqin mendengus. Diraup kasar wajahnya. "Ye lahh. Aku salah. Puas hati kau?"

Tiara terkekeh ketawa. "Nak air tak?"

Mustaqin senyum senget. Mata meneliti badan Tiara dari atas ke bawah. Tiara mengecilkan mata melihat riak gatal Mustaqin.

"Mata tu encik Lutfan.. jangan mengada ya. Saya tunang awak, bukannya isteri lagi. Jangan pandang macam tu."

Tercetus tawa Mustaqin. Dia terus menatap mata Tiara.

"Kenapa? Lepas kahwin, boleh pandang macam tu ke? Apa yang kau fikir tadi? Hm? Air apa?"

Tiara berdecit. "Malas la layan. Saya bancuh air awak kejap." Tiara mengorak langkah ke dapur. Malu! Mustaqin tu tak beragak..

Mustaqin tergelak. Digeleng kepalanya. Mata hanya memerhati tunangnya yang sedang membancuh air untuknya. Lebar senyumannya.

Tunang.. ia bermakna, Tiara sudah menjadi haknya.. dan selepas mereka akad nanti, Tiara akan menjadi hak mutlaknya..

Sudah 3 tahun dia mencuba.. 3 tahun sudah menanti akan keajaiban seperti ini. Tak sangka pula tahun ini dia telah berjaya mengambil hati Tiara..

Tiara terima dirinya.. bukan dengan keterpaksaan. Namun.. dengan keikhlasan..

Walaupun dia tidak yakin sama ada Tiara cintakan dia atau tidak, namun dia akan pastikan Tiara akan jatuh cinta padanya selepas mereka berkahwin nanti..

Tiara mengerutkan dahi melihat Mustaqin yang sedang mengelamun. "Taqin.. awak fikir apa?" Tanyanya seraya punggung dilabuhkan dihadapan Mustaqin. Air dihulur kepada jejaka itu.

Tersentak Mustaqin dari lamunan. Dia berdehem. Digeleng kepalanya. "Tak ada apa.. cuma aku terfikir, apa eh nama panggilan kita lepas kahwin nanti?"

Tiara menjeling manja. "Awal sangat la berfikirnya.."

"Awal la bagus. Awal tak kalut."

"Panggil nama dah la.."

"Tak romantik la kau ni Tiara. Sekejap aku fikir panggilan kita." Mustaqin menongkat dagu sambil merenung wajah Tiara.

Memerah pipi Tiara tatkala tunangnya merenungnya tidak lepas begini. Mustaqin senyum senget.

"Muka kau.. manja.. macam baby.. aku panggil kau baby je la." Terlopong mulut Tiara. "Baby?"

Mustaqin mengangguk. Diambil gelasnya lalu disua ke bibirnya. Diteguk kejap air yang dibancuh Tiara tadi.

"Ya baby.. kau panggil aku sayang. That's it."

Tiara gelak buat-buat. "Taknak lahh. Ish malu la saya kalau panggil macam tu."

"Malu kejadahnya? Biasa la tu panggilan manja dan harmoni suami isteri. Aku tak kira, aku nak kau panggil aku macam tu. Kalau tak, aku mengadu pada Aariz yang kau degil dengan suami kau."

Tiara tergelak mendengar itu. "Awak ni nakal la Taqin.. comel je perangai tu.." Mustaqin menjeling.

"Comel? Muka aku kacak macam ni tapi kau panggil comel? The heck?"

Tiara tergelak lagi. Kelakar sahaja reaksi Mustaqin ketika ini. Lelaki itu selalu membuat lawak dengan riak serius.

Dan kerana itulah Tiara rasa selesa dengan Mustaqin.. Mustaqin.. pandai membuatnya ceria dan ketawa tanpa malu-malu seperti sekarang.

TBC🤍
Ceyceyy Taqin ceyy

VOTE AND COMMENT❤️

MUSTAQIN : CHASING LOVE [OG]Where stories live. Discover now