BERDESIS Mustaqin tatkala Laith menolaknya duduk di sofa."Sakitlah!" Laith menjeling. "Eleh, setakat aku tolak macam tu pun nak merengek sakit." Laith duduk dihadapan Mustaqin.
Mustaqin mengeluh. "Kenapa kau ada dekat sini? Pergi la balik rumah kau sana.."
"Dah adik aku macam nak mampus je aku tengok. Sebab tu aku lawat kau."
Mustaqin melempar bantal ke arah Laith. Tercetus tawa Laith melihat jelingan Mustaqin.
"By the way, kau nampak Tiara tak? Tadi dia kata dia nak beli makanan untuk aku, tapi dia menghilang pula.."
Laith berdehem kejap. "Ouh.. Tiara? Dia ada kata dia ada emergency tadi.. sebab tu dia kena balik. Aku lupa beritahu kau."
Berkerut dahi Mustaqin. "Emergency? Apa dia?"
Laith menjungkit bahu. "Aku tak tahu. Aku tak sempat tanya sebab dia terburu-buru tadi.."
Mustaqin mengangguk. "Takpelah. Malam nanti aku call dia.." ujar Mustaqin lalu mengurut kejap lengannya.
Laith mengangguk. Ditenung sahaja Mustaqin yang sedang menahan sakit. Laith memejam mata kejap.
Kalau la Mustaqin tahu bahawa Laith telah melarang Tiara berkawan dengannya, agak-agak apa reaksi Mustaqin? Mengamuk? Marah?
Entah. Laith tidak pasti. Yang pasti, Mustaqin akan memberontak jika mengetahui hal itu.
Datin Mariana yang perhatikan anak-anaknya dari dapur menggeleng kepala kepada Dato Laatif.
"Apa ni abang? Kenapa buat macam tu pada Tiara? Tiara tak bersalah dalam hal ni.. anak awak tu yang sering memberontak dan baran.. jangan salahkan orang luar pula."
Dato Laatif mengeluh. Inilah penyebab dia tidak mahu menceritakan hal ini kepada Datin Mariana. Kerana Datin Mariana sangat menyayangi Tiara malah wanita itu sudah menganggap Tiara seperti anaknya.
"Abang terpaksa.. ya, abang tahu Taqin tu baran. Tapi dia boleh menahan sabarnya.. dia tak lah sebaran yang disangka.. tapi disebabkan Tiara, dia langsung tak boleh menahan kemarahannya. Kerana itu--"
"Tetap juga salah, abang. Kesian la Tiara tu.. sudahlah dia terkejut dengan sikap Taqin.. abang pula? Larang dia berkawan dengan Taqin? Kenapa? Takut Taqin pukul Tiara?"
"Tak sayang.. abang tak maksudkan macam tu.. abang kenal Taqin. Dia takkan pukul orang yang dia sayang.. abang bukannya salahkan Tiara.. abang cuma cuba jarakkan diri Taqin dari Tiara supaya Taqin tak obses pada Tiara.. bahaya kalau dia obses.."
Berkaca mata Datin Mariana mendengar itu. Dia menggeleng perlahan.
"Abang keterlaluan. Tiara tu kebahagiaan Taqin. Sewaktu dia bergaduh dengan abang, Tiara la yang dia cari. Dan setelah dia bertemu Tiara, dia kembali layan abang seperti tiada masalah yang berlaku..
...kalau Tiara dah tak ada, siapa yang nak pujuk dia lepas ni? Hm? Siapa, abang? Sanggup abang pisahkan Taqin dengan orang yang dia sayang?"
Dato Laatif memejam mata kejap. Dipicit batang hidungnya seketika. Datin Mariana menggeleng melihat reaksi suaminya.
"Taqin buat macam tu kerana dia pertahankan maruah perempuan.. dia rasa marah kerana lelaki tadi hampir menyentuh perempuan yang dia sayang. Kalau saya jadi Taqin, saya juga akan lakukan perkara yang sama..
...saya takkan lepaskan orang yang menyakiti orang yang saya sayang.. cukuplah abang.. cukup abang control anak-anak saya.. tolonglah.. bagi mereka kebebasan untuk kehidupan mereka sendiri..
...abang tak serik ke? Hm? Abang dah halang Laith lalui zaman kanak-kanak dan remaja dia.. abang sentiasa paksa Laith melakukan kerja sehingga Laith sudah sebati dengan itu..
...dia tiada kenangan remaja dia hanya kerana abang. Dan sekarang, abang nak kawal Taqin pula? Maaf abang, mungkin abang lupa satu perkara.. bahawa Taqin adalah saya versi lelaki..
...iaitu degil. Dan kuat memberontak. Jangan sampai Taqin tunjukkan sikap dia yang itu pada abang. Ingat apa yang saya pesan ni."
Datin Mariana menjeling suaminya sebelum dia melangkah menaiki anak tangga.
Dato Laatif berdecit. Keluhan berat dilepaskan. Benar apa yang dikatakan isterinya itu.
Dia.. terlalu mengawal kehidupan anak-anaknya sehingga anak-anaknya tertekan.
Laith tertekan dengan kerjanya.. manakala Mustaqin tertekan dengan kawalan Dato Laatif.
Dato Laatif menoleh ke arah anak-anak lelakinya yang sedang bersuka ria di sofa.
Laith.. walaupun dia garang, namun dia ada sikap sabarnya.. dia mendengar kata orang tua..
Tetapi Mustaqin pula..
..bukanlah seorang yang penyabar.. dan.. jejaka muda itu langsung tidak mendengar nasihat serta kata-kata dari ibubapanya. Dia hanya ikut kepalanya sendiri sahaja..
*:・゚✧*:・゚✧
MUSTAQIN berdecit tatkala dia tidak boleh menelefon Tiara ketika ini.
Punggung dihenyak ke atas katil sambil tangan kanan mengetik telefon. Tangan kiri pula mengesat rambutnya yang basah.
Sesekali dia berdesis tatkala lengan kirinya yang masih berbalut itu berasa pedih..
"Mana kau ni Tiara.. kenapa tak jawab call aku? Mesej pun tak reply.." bisik Mustaqin sambil menaip mesej untuk dihantar kepada Tiara.
Belum pernah lagi Tiara tidak menjawab panggilan atau tidak membalas mesejnya. Walaupun Tiara sering menolak Mustaqin, namun gadis itu sentiasa melayan jika Mustaqin menelefonnya.
Mustaqin mendengus. Diraup kasar wajahnya. "Fine. Kau nak diamkan diri kan? Alright then."
Jari laju menaip diatas skrin telefonnya. Mustaqin senyum senget lalu menghantar pesanan itu kepada Tiara.
'Kalau kau tak jawab mesej aku, 5 minit aku sampai ke rumah kau.'
Sememangnya Mustaqin seorang yang suka memaksa. Dan dia yakin dengan cara ini, pasti Tiara akan membalas sekejap lagi.
Ting!
Mustaqin senyum. See? Senang je nak provoke si Tiara ni.
FROM : My Tiara👩🏻❤️💋👨🏼
-Maaf.. saya tidur..Terjungkit kening Mustaqin. Dilihat sekejap jam di dalam telefonnya.
"What? Pukul 9 malam dah tidur?" Bisiknya sendirian kemudian dia menekan call. Namun dia berdecit tatkala Tiara menolak panggilannya.
TO : My Tiara👩🏻❤️💋👨🏼
-Kenapa reject call?FROM : My Tiara👩🏻❤️💋👨🏼
-Saya mengantuk sangat..Mustaqin mengeluh.
TO : My Tiara👩🏻❤️💋👨🏼
-Okay then. Esok aku jumpa kau dekat kafe.FROM : My Tiara👩🏻❤️💋👨🏼
-Err tak payah.. awak kena rehat kan? Tak perlu datang la..Berkerut dahi Mustaqin. "Aik? Tak pernah-pernah dia perangai macam ni. Kenapa tiba-tiba halang aku pergi kafe dia?"
TO : My Tiara👩🏻❤️💋👨🏼
-Aku tak nazak lagi, my intan permata.
-Setakat tunggang motor ke sana tu, aku boleh lagi la..
-Call jom. Sekejap pun jadi la.FROM : My Tiara👩🏻❤️💋👨🏼
-Saya mengantuk..TO : My Tiara👩🏻❤️💋👨🏼
-Kejap je..
-Aku nak dengar suara kau..Tercengang Mustaqin tatkala mesejnya tadi hanya bertanda satu tick yang bermaksud mesej itu tidak sampai kepada Tiara.
Mustaqin mendengus. Dihempas kasar badannya ke atas katil dengan mata terpejam.
"Tunggu kau Mutiara.. esok aku datang pada kau.." gumamnya dengan senyuman senget.
TBC🤍
Kejap intan permata, kejap mutiara, lepas ni apa pula? Hmm.VOTE AND COMMENT❤️
YOU ARE READING
MUSTAQIN : CHASING LOVE [OG]
Romans🦋2ND SWEET SERIES🦋 He fell first and he fell harder. Itulah Lutfan Mustaqin. Selama 3 tahun memendam rasa cinta kepada Tiara. Namun Tiara seolah-olah menjauh darinya. Gadis itu hanya menganggap Mustaqin sebagai kawan manakala Mustaqin menganggap T...