BAB 7❤️

2.8K 296 32
                                    



KELIHATAN 3 orang lelaki sedang merawat luka di wajah mereka ketika ini di lorong sunyi berdekatan kafe di tempat kerja Tiara.

Ting.. ting.. ting..

Tiga jejaka tersebut terus menoleh ke arah bunyian itu. Terbeliak mata mereka melihat ada seorang lelaki berbaju tshirt serta berseluar jeans disertakan pula kasut hitam datang ke arah mereka. Dan.. ada kayu besbol ditangan lelaki itu.

"Siapa?!" Tanya Hafiz dengan riak takut. Mustaqin senyum senget mendengar itu. Dia mengangkat wajahnya merenung lelaki-lelaki dihadapannya itu.

Terbeliak mata mereka tatkala mereka kenal akan wajah Mustaqin ketika ini.

"Hey brother.. nice to meet you." Sapa Mustaqin seraya kaki melangkah menghampiri mereka. Hafiz meneguk liur kesat. Dia.. kenal akan mata itu..

"K..kau?" Mustaqin senyum senget. "Hey.. rilek.. kenapa berpeluh sakan ni?" Mustaqin mengangkat kayu besbol tadi.

Automatik mata Hafiz dan rakan-rakannya terpejam. Mustaqin gelak perlahan lalu menggeleng. Dia melangkah mengelilingi 3 lelaki itu.

"Dengan perempuan, kau boleh la lawan.. tapi dengan lelaki seperti aku? Terus kecut perut? Rilex la kawan. Kau tiga orang kot.. aku seorang je. Apa yang nak takut sangat?"

Hafiz mula bernafas lelah. Rakan-rakannya juga takut melihat aura Mustaqin ketika ini. Suara Mustaqin juga.. menunjukkan bahawa Mustaqin sedang menahan marah.

"Aku tak kisah kau nak ganggu perempuan lain pun.. itu bukan hal aku. Aku tak bertanggungjawab atas mereka. Tapi masalahnya sekarang.. kau.. ganggu perempuan aku."

Hafiz menggeleng. Diangkat tinggi tangannya tanda menyerah.

"Maafkan aku.. aku.. aku tak tahu pula dia dah berpunya.. sebab tu aku--"

"Sebab tu kau cuba nak rosakkan anak dara orang? Kau lelaki ke binatang? Tugas lelaki adalah melindungi wanita. Islam memartabatkan maruah wanita. Rasulullah juga telah mengangkat darjat wanita, memberi hak sewajarnya dan meletak mereka di tempat yang tertinggi..

...tapi kau? Sewenang-wenangnya merosakkan anak dara orang hanya kerana nafsu rakus kau tu?! Bodoh!"

Mustaqin terus memukul badan Hafiz dengan kayu besbol tadi. Terjelumpuk jatuh lelaki itu ke atas tanah. Rakan-rakannya terus mengangkat semula Hafiz yang sudah lemah longlai.

Mustaqin mencerlung tajam. "Sakit?" Tanyanya tatkala melihat Hafiz bernafas tercungap-cungap. Hafiz mencerlung Mustaqin.

Mustaqin senyum senget. "Begitulah sakitnya hati aku bila aku tengok kau sentuh perempuan aku!"

Mustaqin memukul kuat badan Hafiz sekali lagi sehingga lelaki itu mengerang sakit. Rakan-rakan Hafiz mula tergandah melihat adegan itu.

Mereka berdua terus berlari ke arah lain untuk melaporkan kejadian ini kepada pihak polis sebelum Hafiz mati ditangan Mustaqin.

"Kau memang lelaki jahannam! Kerana lelaki seperti kau lah semua perempuan takut dengan lelaki! Sebab kau la sial!"

Mustaqin memukul-mukul lagi badan Hafiz. Kakinya menyepak kuat badan Hafiz sehingga Hafiz batuk. Kelihatan cecair berwarna merah keluar dari mulut Hafiz ketika ini.

MUSTAQIN : CHASING LOVE [OG]Where stories live. Discover now