BAB 18❤️

2.3K 264 24
                                    



TIARA menangkap gambar tangannya yang dipenuhi inai dengan senyuman di dalam kereta. Sekarang mereka dalam perjalanan ingin pulang ke rumah Tiara. Penat jadi raja sehari ni.

Serasa ingin tidur sahaja selepas selesai bergambar segala ni..

Mustaqin menoleh ke kirinya. Tersenyum dia melihat isterinya yang sedang melihat gambar dengan senyuman. Mustaqin berdehem. Dihulur tangannya ke arah sang isteri.

Tiara menoleh ke kanan. Terkedip-kedip matanya melihat tangan kekar suaminya yang sedang berada amat dekat dengannya.

"Awak nak apa, Taqin?" Mustaqin senyum. "You." Terbeliak mata Tiara. "Hah?"

"Tangan.. tangan kau baby."

Tiara mengangguk perlahan. Diletak telefon ke atas ribanya lalu tangan kanan perlahan-lahan dihulurkan kepada Mustaqin.

Mustaqin senyum. Disisip jemari mereka berdua lalu Taqin menarik tangan Tiara ke bibirnya. Dicium lama tangan gebu yang dipenuhi corak inai itu.

Tersungging senyuman di bibir Tiara tatkala Mustaqin melayannya begini.

"I love you so much..." luah Mustaqin perlahan. Tiara kemam bibir. Alamak.. dia main sesi luah pula dalam kereta. Berdebar Tiara dibuatnya sekarang ni..

Mustaqin bermain-main dengan cincin di jemari Tiara. Cantik sahaja cincin itu tersarung di jari kekasih hatinya. Nampak sesuai di tangan Tiara..

"Taqin.. saya nak tangkap gambar tangan kita berdua, boleh?"

Mustaqin senyum. "Boleh. Send pada aku nanti. Aku nak buat wallpaper." Tiara tergelak. Dia mengangguk lalu mengambil telefonnya. Dibuka kamera lalu ditarik genggaman mereka berdua menghala ke arahnya.

Tiara menangkap gambar tangannya yang digenggam tangan kasar Mustaqin. Tersenyum Mustaqin melihat isterinya yang sedang tersenyum.

Mustaqin menarik kembali tangan mereka berdua lalu dicium tangan Tiara kembali. Tiara sengih. Perlahan-lahan dia menaikkan kamera telefon lalu ditangkap gambar Mustaqin yang sedang mencium tangannya.

Hehe nak buat kenangan.. nak update di laman sosial hashtag dah ada suami hehehe.

"Err Taqin.."

"Ya?"

"Kalau.. saya nak tanya sesuatu, boleh? Tapi.. awak jangan fikir bukan-bukan tau.." berkerut dahi Mustaqin. Sempat dia menoleh sekilas ke arah isterinya.

"Kenapa cakap macam tu?" Tiara kemam bibir. "Sepatutnya.. soalan ni saya tanya sebelum kita kahwin sebab soalan ni berkait dengan kehidupan kita selepas berkahwin.."

Mustaqin mengangguk. "Tanya lah.." Tiara menarik nafas dan hembus perlahan.

"Nanti.. kita.. akan menetap di rumah abi awak ke?"

"Abi kita." Mustaqin memperbetulkan ayat isterinya. Dia yakin Tiara masih tidak biasa dengan cara panggilan terhadap bapanya.

Tiara kemam bibir kejap lalu mengangguk. "Ya.. abi.." Mustaqin senyum. "Kau nak duduk dengan abi ke?"

"Kenapa tanya saya? Saya isteri awak.. sepatutnya saya yang kena ikut awak kemana sahaja.. bukannya awak yang ikut saya.."

Mustaqin senyum. Jemari kanan mengetuk stereng kereta. "Okey.. jadi kau nak duduk serumah dengan abi dan umi ke? Aku okey je."

Tiara menunduk. "Boleh ke.. abi terima saya sebagai menantu dia?" Perlahan sahaja nada suara Tiara ketika ini. Terkedip-kedip mata Mustaqin.

"Kenapa tanya macam tu?" Tiara senyum tipis. "Saya bukan menantu pilihan abi.. abi terima saya pun sebab awak.. bukan sebab saya."

MUSTAQIN : CHASING LOVE [OG]Where stories live. Discover now