BAB 12❤️

2.3K 279 27
                                    



MUSTAQIN menyandarkan badannya ke pintu rumah seseorang. Sedari tadi dia hanya bersandar di pintu rumah ini sahaja.

Dia sudah tiada tempat lagi untuk mengadu.. hanya disini sahaja.. tempatnya mengadu dan.. bermanja.

"Taqin.. dah lewat malam ni.. awak balik la. Nanti abi awak risau." Ujar Tiara disebalik pintu rumahnya.

Ya. Mustaqin pergi ke rumah Tiara.

Namun dia tidak mengganggu Tiara. Dia hanya duduk bersandar di pintu rumah Tiara. Manakala Tiara pula elok sahaja duduk bersila disebalik pintu itu.

Nak buka pintu, tapi Mustaqin menghalang. Katanya takut fitnah pula. Ceh. Nampak sangat Mustaqin memerlinya.

Mustaqin menggeleng dengan mata terpejam.

"Abi tak pernah risaukan aku.. ada aku atau tak ada aku pun, sama sahaja bagi dia.." jawab Mustaqin sambil mendongak memandang bulan bintang di langit sana.

Tiara mengeluh. "Awak bergaduh dengan keluarga awak? Sebab saya ke?"

Mustaqin menggeleng. "No. Aku bergaduh dengan mereka kerana aku tak suka dengan cara hidup mereka.. terlalu control.. selalu paksa aku mendengar kata-kata mereka.. salah ke aku nak lakukan sesuatu dengan keinginan aku sendiri?"

Tiara menghela nafas perlahan. Dia menunduk memandang telefonnya yang bercahaya.

Ada nama 'Bunga' di skrin telefon itu.

Ia bermakna.. Tiara menelefon Bunga supaya Laith mendengar luahan hati Mustaqin ketika ini.

Sengaja Tiara melakukan itu agar abang Mustaqin itu lebih mendengar luahan hati Mustaqin dari mulut Mustaqin sendiri.

"Awak tak salah Taqin.. awak perjuangkan hak awak.."

Mustaqin mengangguk. Dibiarkan air mata mengalir di pipi. Ya, dia tidak teresak. Namun dia hanya menangis.

Dia sehabis baik menahan esakan dari kedengaran kerana tidak mahu Tiara tahu bahawa dia sedang menangis.

"Kenapa.. kenapa orang luar seperti kau boleh faham aku sedangkan keluarga aku? Langsung tak faham aku.. yang mereka tahu hanya memaksa dan mengawal aku je.."

Tiara hanya diam mendengar itu. Dijeling telefonnya yang masih bercahaya. Tahu bahawa Laith sedang mendengar.

Mustaqin gelak sinis. Diseka kasar air mata di pipinya.

"Come on la.. aku bukan budak-budak. Dah umur 26 dah pun.. kenapa kena kawal aku? Bila aku tak dengar cakap serta arahan mereka, mula lah mereka kata aku degil.. kuat memberontak.. apa mereka ingat aku ni budak-budak ke?...

...dulu boleh lah abi kawal aku sewaktu aku belajar. Tapi sekarang aku dah dewasa.. aku berhak pilih jalan hidup aku sendiri. Dengan siapa aku nak bekerja, dengan siapa aku nak berkawan dan dengan siapa aku nak bercinta, itu hak aku.. bukan mereka.."

Tiara mengangguk mendengar itu. Jarang sekali dia mendengar luahan Mustaqin kerana sebelum ini lelaki itu jarang meluah padanya.

Mustaqin hanya menunjukkan riak bahagia sahaja kepadanya. Jarang sekali Mustaqin bersedih seperti ini.

Tiara menunduk tatkala ada mesej yang masuk ke dalam inboxnya.

'Tanya dia, apa yang dia nak dalam hidup dia.'

Mesej itu merupakan mesej dari nombor Bunga. Dan Tiara pasti Laith yang menghantar pesanan ini.

"Taqin.. apa yang.. awak nak dalam hidup awak?"

Mustaqin mengeluh. Ditarik nafas dan hembus perlahan.

"Kebebasan.. kebebasan dalam memilih sesuatu yang kita ingini.. kebebasan untuk aku pilih kerjaya serta cinta aku sendiri.. aku nak lakukan semuanya sendiri.. tanpa persoalan.. dan tanpa halangan.. itu je Tiara.. banyak ke permintaan aku? Susah sangat ke permintaan aku ni?"

Tiara menggeleng. "Tak susah.. bagi saya permintaan awak tu mudah.."

Mustaqin mengangguk. "Ya, mudah. Tapi kenapa kau susahkan urusan aku?"

Berkerut dahi Tiara. "Saya? Kenapa saya?"

"Kau selalu tolak cinta aku.. kau memang tak suka aku ke? Aku nak juga rasa dicintai sepertimana aku mencintai kau.."

Tiara meneguk liur. "Cinta tak boleh dipaksa, Taqin.."

"Ya. Tapi boleh dipupuk, kan? Kau boleh je cuba cintakan aku Tiara.. tapi kau seumpama takut untuk masuk ke dalam dunia cinta.."

"Saya tak bersedia.."

"Kalau nak tunggu bersedia, sampai bila-bila pun kau takkan bersedia kerana kau sudah terbiasa hidup bersendirian.. apa salahnya kalau kau cuba cari cinta bermula dari sekarang?"

Tiara mengeluh. "Kalau saya cintakan.. orang lain? Awak boleh terima ke?"

Terpejam mata Mustaqin ketika ini. "Kau memang dah ada orang lain ke?"

Tiara menggigit bibir. "Saya cakap kalau.."

Mustaqin mengangguk. "Macam yang aku cakap, aku takkan putus asa pada kau.. aku akan cuba sedaya upaya agar kau mencintai aku.."

Tiara mengemam bibir. Ditunduk melihat mesej yang baru sahaja sampai ke inboxnya.

'Tanya dia, kalau kau dah berpunya dan sudah jadi milik orang, adakah Mustaqin akan putus asa?'

Tiara berdecit. Aduhh. Kenapa la Laith suruh tanya soalan begitu? Kalau.. Mustaqin mengamuk macam mana?

"Taqin.. kalau saya dah jadi kepunyaan orang atau saya jadi tunang orang, adakah awak akan putus asa?"

Mustaqin senyum kelat. Diraup kasar wajahnya.

"Apa boleh buat? Senakal-nakal aku, aku takkan rampas hak orang.. kau cubalah cari seorang lelaki dan bertunang dengan dia. Selepas sahaja kau lakukan itu, automatik kau akan kehilangan aku.."

Tiara menggigit bibir. Rasa bersalah menerpa diri tatkala mendengar suara Mustaqin yang bergetar tadi.

Mustaqin bangun dari duduknya. Dikebas seluarnya yang kotor dengan debu.

"Kalau kau rimas sangat dengan aku, cubalah cari pengganti aku. Selepas kau dah jadi milik orang, aku takkan kejar kau lagi.. kau akan kehilangan cinta.. serta persahabatan kita. Itu janji aku pada kau, Tiara."

Seusai mengatakan itu, Mustaqin terus meluru ke motornya lalu diambil helmet sebelum dipakai ke kepalanya. Dia terus menghidupkan enjin motor.

Tiara yang mendengar akan itu bingkas bangun lalu dibuka pintu rumahnya. Namun keluhan dilepaskan tatkala melihat Mustaqin sudah keluar dari kawasan rumahnya.

"Apa nak buat ni.. dia dah merajuk.." gumam Tiara perlahan.

'Jangan risaulah Tiara..' jawab Bunga dalam talian. Tiara berdecit. Dilekapkan telefon ke telinganya.

"Jangan risau? Kau tahu tak? Dia tak pernah putus asa pada aku tau? Tapi selepas aku beritahu tentang tadi, dia terus blah macam tu. Nampak sangat dia tengah sakit hati sebab aku.."

Bunga tergelak. 'Nahh don't worry. Suami aku dah bijak aturkan segalanya.'

Berkerut dahi Tiara. "Apa maksud kau?"

'Just wait and see.'

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

MUSTAQIN : CHASING LOVE [OG]Where stories live. Discover now