TIARA mengerutkan dahi melihat suaminya mengambil barang tanpa melihat harga di mall ketika ini. Bukan main lagi si Mustaqin tu lempar barang dalam troli macam tak ada hari esok.Apa dia fikir esok kena kurung ke sampai borong banyak-banyak ni?
"Taqin.. tadi cakap nak beli yang penting je.. ni awak borong banyak makanan ni.. membazir je la.." bebel Tiara dengan dahi berkerut.
Mustaqin menjeling sahaja. Dari tadi lagi bibir mungil itu asyik membebel padanya. Itu tak kena, ini tak kena. Rasa nak luku je kepala si Tiara ni.
"Membazir apanya? Masuk dalam perut kita juga. Bukannya aku beli buat perhiasan.." Mustaqin mengambil makanan ringan lalu dimasukkan ke dalam troli.
Tiara mendengus. "Tak payah la banyak sangat. Nanti saya masak untuk awak juga.. tak payah la makan makanan tak sihat macam ni." Tiara mengambil beberapa plastik makanan ringan lalu diletakkan kembali ke rak.
Mustaqin berpeluk tubuh dihadapan Tiara. "Kau jangan risau la Tiara, aku beli ni guna duit aku. Semua keperluan dan kehendak kita ni, aku bayar guna duit aku. Tak payah nak berjimat sangat la bab makanan."
Mustaqin mengambil semula makanan ringan tadi lalu dimasukkan kembali ke dalam troli.
Tiara menjeling sahaja suaminya. "Banyak sangat ni Taqin.. tak sihat lah.. makan masakan saya je la nanti.." Tiara mengambil semula plastik itu namun Mustaqin menahan lengan isterinya. Dijeling isterinya yang sedang mengecilkan mata ke arahnya.
"Habis tu takkan la malam-malam buta nanti aku kena makan nasi juga kalau aku lapar? Lagi la tak sihat makan makanan berat pukul 9 malam keatas."
Tiara berdecit. Dia mendengus lalu memutarkan biji matanya dihadapan Mustaqin. Mustaqin menolak isian pipinya dengan lidah melihat itu.
"Aku suami kau tahu? Syurga kau ni. Elok sangat la jeling aku macam tu?"
Tiara memuncungkan bibir. "Ish asyik marah saya je.."
"Kau tak dengar cakap. Sebab tu aku marah."
"Masalahnya dari rumah lagi asyik marah saya.. lepas tu dalam kereta tadi asyik bebel saya je pasal syampu dan sabun.. dan sekarang ni marah saya lagi pasal makanan ringan.. asyik asyik marah.."
Menunduk Tiara ketika ini. Kan dah kata Tiara ni manja bila dengan orang yang dia sayang. Pandai-pandai la Mustaqin melayan sikap manja isterinya ni.
Mustaqin senyum. Diusap perlahan kepala Tiara yang ditutupi hoodie.
"Sorry la.. aku bebel sebab sayang.."
"Ye ye la tu.. taknak dah percaya awak." Tiara terus meluru ke peti sejuk. Nak beli aiskrim lah. Panas hati kita ni wakkk.
Mustaqin senyum sahaja. Perlahan-lahan ditolak troli ke arah isterinya. Dia senyum senget lalu melanggar punggung isterinya dengan troli.
"Ishh sengaja la dia ni.. sakit punggung orang.." rengek Tiara sambil mengusap punggungnya yang menjadi mangsa suaminya tadi.
"Sakit? Mana? Meh nak urut.." tangan Mustaqin mara ingin menyentuh punggung Tiara namun Tiara menepuk tangan sang suami.
"Gatal.. bab gitu laju je kan?"
Mustaqin sengih lalu menjungkit kening berulang kali ke arah isterinya. Tiara sembunyi senyum. Dia menggeleng sahaja melihat riak nakal Mustaqin.
Tak pernah berubah.. dari dulu sehingga sekarang riak wajah itu masih kekal sama..
*:・゚✧*:・゚✧
"TAQIN.. saya nak makan aiskrim dalam kereta, boleh?" Mustaqin yang sedang menyusun barang ke dalam bonet mengangguk ke arah isterinya.
"Ikut kau lah.. jangan tumpahkan pula." Tiara senyum. Dia melompat kecil sebelum dia masuk ke dalam kereta. Mustaqin senyum melihat reaksi isterinya.
Bagi aiskrim pun dah bahagia.. kalau bagi benda lain? Hehehe.
Mustaqin menutup bonet keretanya. Dia meregangkan lehernya sebelum berpaling ke kanan. Berkerut kejap dahinya melihat ada seseorang disebalik pokok. Pakaian lelaki itu hitam. Wajah ditutup dengan mask muka.
Mustaqin mengerdip mata kejap lalu menjungkit bahu. Malas ambil tahu. Mustaqin ni malas sikit ambil tahu hal orang. Kalau ambil tahu hal Tiara tu, dialah yang paling pantas sekali..
"Nak?" Tanya Tiara seraya menghulurkan aiskrim ke arah suaminya yang sedang memandu. Mustaqin menoleh sekejap lalu mengangguk. "Suapkan.."
Tiara senyum lalu perlahan-lahan dihulurkan aiskrim ke bibir sang suami. Sesekali jemari runcingnya mengusap bibir suaminya yang comot dek aiskrim tersebut.
"Manisnya.." gumam Mustaqin dengan dahi berkerut. Tiara senyum. "Macam saya?"
Mustaqin menoleh sekilas ke arah Tiara. "Kau terlebih manis sampai aku obses teruk dekat kau.."
Tiara terkekeh ketawa. Dia menggeleng lalu kembali menjilat aiskrimnya. Mustaqin berdehem kejap.
Tangan meliar ke paha isterinya. Diusap lalu dipicit paha gebu itu. Tiara hanya membiarkan. Tak apa lah. Asalkan tak terlebih had.
Niaya je kalau tangan tu meliar ke tempat sensitifnya nanti.
"Hmm Tiara.."
"Ya?"
"Aku.. belum sempat nak ajak kau honeymoon. Duit pun belum cukup lagi. Kalau kita tangguh honeymoon kita tu, boleh ke?"
Tiara mengerdip mata lambat. "Saya okey je.. saya tak terfikir pun pasal honeymoon.. tapi kalau awak ada masa terluang, dan cukup bajet, kita boleh la pergi honeymoon.. saya taknak pergi jauh pun.. saya nak pergi Langkawi.."
"Langkawi? Kenapa nak dalam negara je?"
Tiara sengih. "Saya mabuk kapal terbang.."
Mustaqin tergelak lalu menggeleng. Dipicit lagi paha berisi sang isteri. Err geram!
"Ikut kau la.. aku ikut kau je Tiara. Aku pun malas nak ke luar negara ni.. banyak syarat pula nanti."
Tiara mengangguk. "Saya cuma nak kita berdua luang masa bersama je.. tak kisah la dekat mana pun, asalkan ada awak dan saya.."
Tiara mengusap tangan kekar suaminya yang berada di pahanya itu. Mustaqin senyum lebar mendengar itu.
"Sweet talker juga kau ni kan?"
Tiara menjungkit bahu. "Belajar dari mentor."
"Siapa mentor kau?"
"Suami saya."
Sekali lagi Mustaqin tergelak perlahan. Tiara suka menjawab.. dan jawapan dia tu selalu random dari mulutnya.
Kadang-kala dia menjawab tanpa berfikir.. itu yang Mustaqin suka tentang Tiara. Random orangnya!
TBC🤍
Ambil la bumi ni Taqin.VOTE AND COMMENT❤️
YOU ARE READING
MUSTAQIN : CHASING LOVE [OG]
Romance🦋2ND SWEET SERIES🦋 He fell first and he fell harder. Itulah Lutfan Mustaqin. Selama 3 tahun memendam rasa cinta kepada Tiara. Namun Tiara seolah-olah menjauh darinya. Gadis itu hanya menganggap Mustaqin sebagai kawan manakala Mustaqin menganggap T...