TIARA menekan-nekan kalkulator di kaunter kafenya. Sekarang sudah masuk pukul 3 petang. Agak sunyi keadaan kafenya sekarang kerana ketiadaan pelanggan. Lagi pula pekerja kafe juga telah keluar rehat waktu begini. Tinggallah Tiara seorang diri disini.Memuncung bibir Tiara ketika ini. Dagu ditongkatkan ke meja sambil mengetuk perlahan bibirnya dengan jari.
"Kurang pelanggan la bulan ni.. kena buat resepi lain ni.." gumamnya seorang diri. Kebiasaannya dia akan membuat resepi lain jika kekurangan pelanggan. Dia akan buat secepat mungkin agar kafenya tidak jatuh merudum.
Ye la. Dia akan adik kepada pemilik kafe. Jadi dia harus bertanggungjawab atas segalanya.
Ting!
Tiara panggung kepala dengan senyuman mendengar bunyi loceng di kafenya. "Ya. Sela--" terhenti percakapannya melihat gerangan yang baru sahaja masuk ke dalam kafenya. Mati senyuman Tiara. Liur diteguk kesat. Tangan mula bergetar. Sudahlah tiada orang ketika ini..
"Hey baby.. kenapa berdebar sangat tu? Hahahahah." Ujar salah seorang dari mereka. Tiara hanya menayangkan senyuman kekok. Mana mungkin dia tidak kenal gerangan itu.
Mereka adalah sekumpulan lelaki yang selalu mengganggu kehidupan Tiara. Macam tahu-tahu sahaja Tiara keseorangan sekarang. Kerana itulah mereka datang mengganggu.
"Ya, encik.. nak beli apa?" Tanyanya gugup. Salah seorang dari mereka mendekati kaunter lalu menyandarkan badan ke kaunter. Senyuman sinis diukir.
"Nak awak je lah. Boleh?" Tanyanya dengan riak gatal sambil perhatikan Tiara dari atas ke bawah. Tiara meneguk liur kesat. Ini yang dia takut ni. Setiap bulan pasti lelaki itu akan mengganggunya dengan sexual harrasment begini.
"Maaf encik, tolong jangan ganggu saya begini. Jika encik tidak mahu memesan apa-apa, tolong keluar dari sini. Terima kasih."
"Woww. Halau pelanggan nampak? Tak elok la baby.." ujar lelaki itu lalu kaki melangkah memasuki ruang kaunter. Tiara mula berdebar. Digeleng kepalanya seraya mengundur ke belakang. Silap dia juga kerana tidak mengunci laluan masuk ke kaunter tadi.
Hafiz senyum senget. Dia memerhatikan Tiara dari atas kebawah dengan riak miangnya. Bibir dijilat berulang kali dengan riak nakal.
"To..tolong keluar sebelum saya panggil polis!" Gertak Tiara dengan suara tenggelam timbul. Lelaki-lelaki yang berada disitu gelak kuat.
"Polis? Aww takut sangat." Ujar Hafiz lalu mendekati Tiara lalu tangan menyentuh tangan Tiara. Ditarik perlahan tangan Tiara mendekatinya. "Tolong jangan!" Jerit Tiara seraya bergelut ingin melepaskan diri.
Hafiz senyum senget. "Rilek. Jangan gelabah.. takde customer juga sekarang kan? Apa salahnya berikan masa cik adik pada abang.."
Tiara menggeleng laju. Hampir menangis dia apabila dilayan begini. Tangan kiri menolak-nolak tangan Hafiz yang sedang menariknya merapatinya.
"Tolong!!!!!!" Jerit Tiara dengan airmata ditubir mata. Itu sahaja cara untuk dia melepaskan diri dari semua ini. Hafiz dan rakannya hanya gelak melihat usaha sia-sia Tiara.
Menitis air mata Tiara. "Mustaqin.. tolong saya.." gumamnya dengan linangan air mata. Sungguh dia tiada sesiapa sekarang ini.
Hanya nama Mustaqin sahaja yang tertera dibibirnya. Hanya wajah Mustaqin sahaja yang terbayang-bayang dalam fikirannya.
Hafiz senyum senget. Ditarik kasar Tiara agar mengikutinya. Tiara menggeleng. "Taknak.. please!" Marah Tiara seraya menolak-nolak tangan Hafiz namun Hafiz masih lagi menarik Tiara agar mengikutinya ke ruang dapur.
Ting!
"Tiara.. aku dahaga gila.. ak-- Tiara!" Jerit Mustaqin yang baru sahaja masuk ke dalam kafe apabila melihat Tiara yang sedang diheret lelaki lain.
Tiara menoleh ke arah Mustaqin. "Taqin! Tolong saya! Dia.. nak rogol saya!" Jerit Tiara. Membuntang luas mata Mustaqin mendengar itu.
"Apa?! Sial punya jantan!" Marah Mustaqin lalu melangkah menghampiri 3 lelaki itu. Hafiz menunjukkan isyarat agar kedua rakannya menghadapi Mustaqin manakala dia terus menarik Tiara mengikutinya.
"Taqin! Tolong saya!" Jerit Tiara seraya bergelut ingin melepaskan diri. Mustaqin mengetap rahang melihat itu. Dia mendekati kedua lelaki itu lalu mula bergaduh dengan mereka. Dimata Mustaqin hanyalah Tiara yang sedang bergelut ingin melepaskan diri.
"Ffuckk! Lepaskan perempuan aku la sial!" Jerit Mustaqin dengan mata memerah. Hafiz ketawa kuat mendengar itu. Dia terus mengunci pintu dapur. Terbeliak besar mata Mustaqin.
Dia mula berkasar dengan rakan-rakan Hafiz. Disepak dan diterajang habis-habisan. Dia sudah tiada masa lagi. Dia tidak kisah dipukul sekalipun. Dia hanya ingin menyelamatkan Tiara sahaja ketika ini.
Buk buk buk!!
Tumbukan demi tumbukan hinggap di muka Mustaqin begitu juga dengan rakan-rakan Hafiz. Setelah lama bertumbuk, rakan-rakan Hafiz sudah lemah jatuh diatas lantai. Mustaqin meludah darah ke atas lantai. Disentuh kejap rahangnya yang sedikit pedih.
Dia melangkah laju ke pintu lalu diketuk kuat. "Tiara!" Jeritnya lalu menyepak-nyepak pintu itu. Dikuak kasar rambutnya ke belakang apabila Tiara hanya diam tak bersuara.
Dia mengambil lajak dari belakang lalu menyepak kuat pintu itu sehingga pintu itu pecah. "Taqin!" Jerit Tiara sambil menolak-nolak badan Hafiz yang sedang menindihnya.
Makin berombak kasar dada Mustaqin ketika ini. Darah mula menggelegak melihat aksi itu. "Tak guna punya jantan! Dasar bernafsu kuda!"
Mustaqin mendekati Hafiz lalu dicekak kolar leher lelaki itu. Dia menarik Hafiz dari menindih Tiara lalu dicekik leher lelaki itu. Hafiz mula terbatuk-batuk. Terbeliak matanya melihat mata serta wajah memerah Mustaqin ketika ini.
"Kau memang sial. Lelaki sepatutnya menjaga maruah perempuan, bukannya merosakkan nilai harga diri mereka! Disebabkan lelaki macam kau la, perempuan takut dengan semua lelaki!" Jerit Mustaqin lalu menumbuk kuat rahang Hafiz.
Tiara menangis melihat itu. Dipeluk erat lututnya diatas lantai. Kadang-kadang dia menutup muka dengan kedua tangannya kerana tidak sanggup melihat Mustaqin memukul Hafiz.
"Dan perempuan yang kau nak rogol tu adalah perempuan aku! Milik aku! Silap besar kau cari pasal dengan lelaki macam aku!" Jerit Mustaqin lalu menumbuk wajah serta badan Hafiz berkali-kali.
Dan kini dia tahu sebab mengapa Laith, abangnya itu mengajarnya mempertahankan diri. Dia lelaki. Dia harus jadi pelindung dirinya sendiri.. dan juga.. pelindung untuk perempuan..
"Taqin.." panggil Tiara dengan esakan. Mustaqin bernafas tercungap-cungap. Dia mengerling sekilas ke arah Tiara sebelum dia menoleh semula ke arah Hafiz yang sudah tidak bermaya.
"Sekali lagi aku nampak kau kacau Tiara, nahas kau aku kerjakan. Kalau aku jumpa kau diluar sana, aku akan kerjakan kau cukup-cukup. Jadi, jangan munculkan diri depan aku lagi lepas ni. Faham?!"
Hafiz hanya bernafas tercungap-cungap ketika ini. Mustaqin berdecit. Dicekik kuat leher Hafiz. "FAHAM?!!"
"Fa..faham.." jawab Hafiz gagap. Mustaqin mengangguk. Dilepaskan cekikan di leher Hafiz. "Blah!"
Hafiz berjalan terhuyung-hayang keluar dari dapur. Mustaqin hanya perhatikan sahaja sambil mencekak pinggang. Diperhatikan sahaja Hafiz serta rakan-rakannya berlari terhuyung-hayang seperti orang mabuk.
TBC🤍
Kuss semangat. Ni mesti ajaran Laith ni.VOTE AND COMMENT❤️
YOU ARE READING
MUSTAQIN : CHASING LOVE [OG]
Romance🦋2ND SWEET SERIES🦋 He fell first and he fell harder. Itulah Lutfan Mustaqin. Selama 3 tahun memendam rasa cinta kepada Tiara. Namun Tiara seolah-olah menjauh darinya. Gadis itu hanya menganggap Mustaqin sebagai kawan manakala Mustaqin menganggap T...