Kisah ini merupakan sebuah kisah percintaan yang tidak mungkin ada di dunia nyata. Menyayangi antara satu sama lain, saling memahami dan itu semua hanyalah khayalan Izzat semata2. Dari dulu sampai sekarang, dia sering berfikir ada ke suatu hari nanti akan ada yang mencintainya? Adakah dia dapat menjalani hidup normal seperti manusia biasa?
Baginya, setiap hari adalah cabaran bagi hidup dia. Kritikan orang, pandangan orang dan layanan orang sekeliling terhadap dirinya. Itulah Izzat, hidup menjadi seorang bisu sejak lahir. Walaupun hidup dia tidak normal, dia tetap juga perlu meneruskan kehidupan dia seperti manusia normal.
Sebelum subuh lagi dia telah bangun untuk menyediakan nasi lemak. Satu persatu bungkusan nasi lemak disusun rapi di dalam bekas besar untuk dijual. Entah berapa kali dia telah mencuba nasib dalam keuntungan ini. Selalunya tidak membuahkan hasil dan kadangkala rezekinya tidak dapat langsung dari segala titik peluh yang dia usahakan.
Izzat kalini membuat keputusan untuk menjual nasi lemak di hadapan sekolah rendah. Dia membuka gerai kecil disitu. Ini adalah pertama kali dia mencuba nasib disini. Dia berharap sangat agar hari ini dapat membuahkan hasil yang lumayan.
Daripada seorang pelajar, menjadi ramai yang datang berpusu-pusu masuk ke dalam pagar sekolah. Kereta dan motor juga banyak diletakkan di tepi jalan. Izzat setia menunggu jikalau ada yang ingin datang membeli.
"Uncle uncle! Tengok tu! Ada orang jual nasi lemak!" Tiba2 datang seorang budak lelaki darjah 1 berpakaian sekolah datang bersama beg ultramannya. Budak lelaki itu nenarik seorang lelaki berbaju melayu, berkain pelikat dan berkopiah putih.
"Adib nak ke? Boleh buat bekal makan waktu rehat nanti." Kata lelaki itu. Izzat memerhati lelaki itu yang semakin mendekat ke gerai dia. Lelaki itu memegang tongkat berwarna putih dengan pemegang diatasnya berwarna hitam.
Lelaki itu mengetuk beberapa kali di lantai dengan tongkatnya sebelum berhadapan dengan gerai Izzat. Lelaki itu memandang tepat ke arah leher Izzat memandangkan ketinggian lelaki itu berparaskan leher Izzat sahaja.
"Berapa harga ye?" Tanya lelaki itu.
Izzat tidak menjawab malah dia memberi isyarat tangan dengan mengeluarkan jari telunjuknya. Ingin memberitahu bahawa harga nasi lemak itu adalah RM1.
"Bang ke kak ni? Berapa harga ye?" Panggil lelaki itu.
"Dia tulis kat sini harga dia seringgit lah uncle." Budak lelaki yang berumur darjah 1 itu tadi berkata saat dia memandang kertas A4 yang Izzat tulis 'RM1'.
Matanya ralit memandang tingkah laku lelaki itu yang mencari sesuatu di dalam kocek baju melayunya. Mata lelaki itu tetap memandang ke depan. Izzat memandang wajah lelaki itu. Lelaki itu mempunyai rupa paras yang tampan dengan kulitnya yang putih kemerahan dengan hidungnya yang mancung.
Tetapi, Izzat mula tertarik dengan mata lelaki itu. Anak mata lelaki itu berwarna kelabu seakan2 seperti warna putih pun ada. Lelaki itu mengeluarkan 2 keping duit Malaysia, RM1 dan juga RM5. Lelaki itu menyentuh duit itu beberapa kali sebelum dia menghulurkan RM1 kepada Izzat.
"Nah seringgit." Kata lelaki itu. Matanya tidak berganjak memandang ke depan.
Izzat menyambung dengan senyuman sambil kepalanya ditundukkan. Memandangkan dia tidak dapat bersuara, jadi dia hanya memberi isyarat tubuh badan sahaja. Tidak pasti sama ada lelaki itu faham atau tidak.
"Terima kasih uncle! Adib gi kelas dulu ye! Babai!" Budak lelaki yang membahasakan dirinya Adib bersalaman dengan lelaki itu sebelum dia masuk ke dalam pagar sekolah.
"Babai.. belajar elok2 tau." Kata lelaki itu. Tanganya dilambaikan walaupun posisinya tidak nampak seperti dia melambai ke arah budak lelaki yang bernama Adib itu, Izzat pasti lelaki itu melambai ke arah budak lelaki itu.
Lelaki itu pula berjalan dengan tongkatnya di ketuk beberapa kali di permukaan lantai. Bahagian hujung tongkatnya bergerak ke kiri dan ke kanan untuk mengesan sama ada terdapat objek ke tidak berdekatan dengannya.
Izzat memang tidak lekang memandang lelaki itu. Dia baru perasan yang lelaki tu buta. Tak sampai 5 saat, datang beberapa pelajar sekolah rendah menyerbu gerainya bersama ibu bapa masing2. Izzat gembira. Banyak keuntungan dia dapat harini. Matanya mencari lelaki buta itu yang masih berjalan perlahan di pinggir jalan. Gerainya menjadi meriah setelah lelaki itu mengunjungi kedainya. Dia merasakan bahawa lelaki itu adalah pembawa berkat pada dirinya.
Akhirnya, jam menunjukkan tepat pukul 10 pagi dan nasi lemak yang dijualnya telah habis. Izzat tersenyum lebar. Dia gembira sangat. Dia boleh menjual lagi disini pada esok hari. Izzat mengemas barangannya dan dia menaiki motornya yang sudah usang.
Semasa perjalanan dia pulang, dia ternampak lelaki buta itu tadi sedang berpaut pada pagar rumah seseorang. Wajahnya sedang gelisah. Tanpa berfikir panjang, Izzat memberhentikan motornya di pinggir jalan. Dia mendapatkan lelaki buta itu.
Lelaki itu seperti hilang imbangan dan serta merta Izzat menyambut tubuhnya dengan memegang bahu lelaki itu manakala tangannya satu lagi memegang lembut pergelangan tangan lelaki buta itu.
"Terima kasih..." Kata lelaki buta itu. Izzat tersenyum. Dia perasan yang lelaki buta itu tidak membawa tongkatnya bersama. Dia hairan. Dia mencari ke kiri dan ke kanan. Dia berpaling ke belakang dan melihat tongkat itu telah menjadi dua. Izzat mengambil tongkat itu lalu diberikan kepada lelaki buta itu.
Tangan lelaki itu tergapai2 ketika mengambilnya. Matanya ke kiri dan ke kanan mencari siapakah gerangan yang membantu dirinya.
"Dah patah." Kata lelaki buta itu saat menyambut tongkat itu dari tangan Izzat. Wajahnya kelihatan sayu.
Kalau boleh Izzat nak berkata pada lelaki itu bahawa dia boleh bawa lelaki itu pulang ke rumah. Ketiadaan tongkat bagi orang buta sangat sukar untuk berjalan. Lebih2 lagi bila berada di luar rumah. Tapi apakan daya dia pun ada kekurangan untuk berbicara.
Kebiasaannya, jika dia ingin berbicara dengan orang, dia akan menggunakan bahasa isyarat. Tapi kadangkala ada yang tidak mengerti bahasa isyarat. Jadi Izzat sentiasa bersiap sedia nota kecil dan pen di dalam poket seluarnya untuk menulis di situ.
Cuma situasi sekarang amatlah sukar kerana lelaki ini buta. Apa patut dia buat sekarang? Dia nak membantu. Tapi macam mana nak bagitahu?
Lelaki buta itu kelihatan takut. Mungkin kerana dia tidak bisa melihat, macam2 bahaya dia boleh hadapi sekarang. Kadangkala ramai juga yang memandang rendah terhadap orang sepertinya. Ada yang mengejek, ada yang membuli dirinya kerana dia buta.
Lelaki itu berpaling ke kiri dan ke kanan. Izzat hanya memerhatikan tindak tanduk lelaki itu. Dari tadi otak dia berfikir macam mana dia nak berinteraksi dengan lelaki ini.
Kepala lelaki itu tiba2 mengadap ke arahnya dan kepala itu didongak. Izzat melihat tepat pada mata lelaki itu. Dia merasakan bahawa mereka berdua seperti sedang bertentang mata buat seketika.
Izzat ingin berkata pada ketika itu bahawa mata lelaki itu sangatlah cantik. Walaupun anak mata itu tidak berfungsi, tapi baginya mata itu sangatlah cantik untuk ditatap.
To be continued...

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta OKU
RandomMengisahkan tentang pertemuan 2 orang lelaki OKU. Sorang bisu dan sorang lagi buta. Disebabkan masing-masing mempunyai masalah percakapan dan penglihatan, kekurangan mereka berdualah yang membuatkan mereka saling akrab kerena mereka tahu antara mere...