"Zaki! Sini pun kau! Merata aku cari." Kedengaran suara garau tidak jauh dari tempat mereka berdua. Seorang lelaki tinggi lampai, berpakaian kemas baju kemeja putih dan tali leher. Lelaki itu berlari anak mendekati Izzat dan lelaki buta itu.
"Sorry do. Aku hantar Adib tadi gi sekolah." Kata lelaki buta itu. Izzat hanya memerhati gelagat mereka berdua.
"Ya Allah dia ni kan. Dah tahu diri tu tak boleh nampak, janganlah membahayakan diri kau. Dah ah jom balik." Bebel lelaki itu.
"Haha alang-alang nak morning walk. Nasib baik ada orang tolong aku ni ha." Lelaki buta itu menggerakkan jari jemarinya mencari tangan Izzat.
"Terima kasih banyak ye... Sorry susahkan. Dia ni memang degil sikit." Lelaki tinggi lampai itu menundukkan kepalanya beberapa kali. Izzat membalas dengan senyuman dangan tangan kanannya dinaikkan.
"Perkenalkan nama saya Malik dan ini kawan saya, Zaki." Malik memperkenalkan dirinya bersama Zaki, lelaki buta itu.
Seperti biasa Izzat akan membalas dengan senyuman. Dia menggerakkan kedua belah tangannya memberi isyarat ke arah tengkuknya. Menandakan bahawa dia tidak boleh berbicara. Namun, Malik masih tidak dapat memahaminya.
Izzat segera mengeluarkan buku nota dan pen yang disimpan di dalam poketnya. Tangan kanan bergerak menulis sesuatu di dalam nota itu lalu menghulurkan kepada Malik.
"Maafkan saya ye. Tapi saya bisu."
"Ohh sorry sorry saya tak tahu." Malik mengangkat kedua belah tangannya tanda menghormati Izzat.
"Kenapa lik?" Tanya Zaki. Matanya memadang ke hadapan.
"Dia bisu." Kata Malik pada Zaki.
"Ohh... Nama apa ye?" Tanya Zaki tersenyum. Meskipun dirinya sedang bertanya tentang Izzat, matanya seperti biasa sekejap ke hadapan dan sekejap ke bawah.
Izzat menyelak helaian lain lalu menulis di dalam buku notanya. Dia tunjuk kepada Malik.
"Dia kata nama dia Izzat." Kata Malik.
"Ohh Izzat... Terima kasih tau tolong tadi." Zaki melambaikan tangannya. Izzat mengangguk laju, meskipun dia tahu Zaki tidak dapat melihat reaksinya, dia tetap juga beriak sedemikian rupa.
"Izzat jemputlah datang rumah." Jemput Malik. Izzat mengangkat kedua belah tangannya lalu kepala digeleng beberapa kali.
"Disebabkan Izzat tolong Zaki harini, marilah datang rumah. Sekali sekala boleh datang makan ke hehe." Malik masih memperlawa Izzat. Dia seorang yang sangat peramah dan dia rasa sangat terhutang budi apabila ada orang lain selain dirinya yang mengambil berat tentang Zaki.
Izzat tersenyum lalu mengangguk. Mungkin bukan harini, tapi hari lain dia mungkin akan datang ke rumah Malik. Fikir Izzat.
"Terima kasih Izzat. Kalau terserempak tegurlah ye." Kata Zaki, tangannya cuba menggapai untuk mendekati Izzat. Izzat menghulurkan tangannya lalu bersalaman dengan Zaki dan seterusnya dengan Malik.
"Weh Zaki. Macam mana tongkat kau boleh patah ni?" Malik mengambil tongkat putih yang patah dari tangan Zaki.
"Tak tahulah weh. Ada orang patahkan tadi. Rasanya budak2 tadi." Kata Zaki.
"Tulah aku cakap. Jangan jalan merata. Orang kat sini bukannya kesian kat kau pun. Lagi sedap dorang nak buli ade lah." Bebelan Malik mula menghilang dari gegendang telinga Izzat apabila dia berlalu pergi bersama motornya.
Izzat merasakan bukan dia sahaja yang tidak sempurna. Dia tahu ada je orang kurang upaya seperti dirinya, tapi untuk bertemu sedekat ini tidak pernah lagi dia jumpa.
Malam tiba, Izzat merasakan dirinya telah kekurangan barang dapur. Izzat cuba membuka peti ais dan melihat makanan basah sudah tiada. Hanya bahan untuk menyediakan nasi lemak pada pagi esok sahaja yang ada.
Izzat akhirnya membuat keputusan untuk keluar ke pasar raya untuk membeli barang dapur. Motor sahaja yang dia ada untuk kesana dan kemari. Saat dia membeli barang dapur, dia tidak perlu runsing tentang duit kalini kerana dia dapat duit tambahan hasil daripada jualan nasi lemak pagi tadi. Selalunya dia sering berfikir perlu ke tidak dia keluar beli barang keperluan untuk makan dengan duit yang sedikit dia ada.
Selepas selesai membuat bayaran, dia menunggang motosikalnya untuk pulang ke rumah. Secara tidak sengaja, dia telah bertemu dengan satu jasad yang dia baru sahaja bertemu pada pagi tadi. Dia melihat Zaki sedang duduk di pinggir jalan sambil memeluk lutut. Dia hairan lalu dia memberhentikan motornya.
Dia mendekati Zaki lalu berlutut menghadap wajah Zaki yang ditunduk ke bawah. Dia nampak mata Zaki berair.
"Siapa tu?" Teguran Zaki membuatkan Izzat tersedar dari lamunannya. Dia menyentuh lembut lengan Zaki tapi Zaki seperti tidak takut. Memandangkan dia mempunyai masalah penglihatan, sepatutnya dia tahu bahaya mendatang ke arahnya pada bila2 masa sahaja.
"Izzat ke?" Tanya Zaki, dia tersenyum. Izzat agak kaget macam mana Zaki boleh tahu kehadiran dirinya.
"Mesti Izzat pelik kan kenapa abang duduk kat sini sorang2."
Ye memang pelik. Kalau boleh Izzat nak je cakap macam tu. Tapi apakan daya masing2 tak boleh nak diungkapkan. Dia memerhati wajah Zaki. Dia tahu Zaki lebih tua dari dirinya memandangkan Zaki kelihatan lebih matang berbanding dirinya.
Izzat memaut lembut tangan Zaki. Dia memberikan isyarat tangannya menandakan dia mahu menghantarkan Zaki pulang ke rumah. Tapi tulah, dah jadi kebiasaannya untuk berbicara menggunakan bahasa isyarat. Walau bagaimanapun, Zaki tetap tidak dapat melihat apa yang Izzat cuba sampaikan kepadanya.
"Kita nak pergi mana?" Tanya Zaki. Dia tahu Izzat cuba untuk membawa dia ke suatu tempat dengan menarik tangannya.
Bila difikiran balik oleh Zaki, dia sedar kemungkinan besar Izzat ingin membawanya pulang ke rumah. Tapi dia merasakan ini bukan waktu yang sesuai untuk pulang ke rumah rakan karibnya, Malik. Jadi, dimanakah harus dia pulang?
"Izzat. Boleh ke abang tumpang tidur kat rumah Izzat malam ni?" Tanya Zaki. Izzat terpinga2.
"Boleh kan?" Tanya Zaki lagi. Tangan kanannya tergapai2 mencari Izzat.
Izzat menggaru kepala. Patut ke dia membawa Zaki pulang ke rumahnya? Lagipun rumahnya biasa sahaja. Rumah banglo kecil. Lagipun rumah itu sudah lama. Kalau orang tengok pun dapat tahu rumah tu dah lama sangat. Rumah lama biasalah tu.
Izzat memandang tepat ke arah wajah Zaki. Izzat menyentuh jari jemari Zaki. Sejuk. Sangat sejuk. Kat luar ni memang sejuk kalau duduk lama2. Izzat tiada pilihan. Kalau dia nak bawa Zaki pulang ke rumah pun dia tak tahu kat mana. Kalau dia tanya pun Zaki takkan faham. Ataupun sama ada Zaki enggan untuk memberitahu. Melihat keadaan Zaki, berkemungkinan besar Zaki ada masalah di rumah.
Orang buta macam ni tak patut dibiarkan seorang diri diluar. Akhirnya Izzat membuat keputusan untuk membawa Zaki pulang ke rumah bersamanya. Izzat menarik tangan Zaki untuk memimpinnya sampai ke motor.
Izzat naik di atas moto bersama Zaki. Tangan kiri Izzat mencari2 tangan Zaki lalu dia memautkan tangan Zaki di pinggangnya. Dia tidak mahu Zaki hilang imbangan apabila membonceng bersamanya.
Sepanjang perjalanan mereka, Zaki sekali sekala menyandarkan kepalanya pada belakang Izzat. Kedua belah tangannya juga masih melingkari pinggang Izzat dari belakang. Dia pun sendiri risau jika berlaku kemalangan yang tak terduga pada dirinya yang sedang dalam masalah penglihatan.
YOU ARE READING
Cinta OKU
RandomMengisahkan tentang pertemuan 2 orang lelaki OKU. Sorang bisu dan sorang lagi buta. Disebabkan masing-masing mempunyai masalah percakapan dan penglihatan, kekurangan mereka berdualah yang membuatkan mereka saling akrab kerena mereka tahu antara mere...