Bab 4

381 22 0
                                    

Izzat memimpin lembut tangan Zaki sehingga mereka berdua masuk ke dalam rumah. Izzat mempelawa Zaki untuk duduk di sofa lama miliknya. Walaupun sofa itu sudah terasa nipis, masih lagi selesa untuk diduduk oleh Zaki.

Beberapa minit kemudian, Izzat datang bersama segelas air teh lalu dia mengambil tangan Zaki dan menyentuh gelas yang berada di tangannya, tanda untuk Zaki mengambilnya.

"Terima kasih." Zaki tersenyum. Jari jemarinya bermain dengan gelas yang agak panas itu.

Berdasarkan naluri Zaki, dia merasakan kehadiran Izzat telah duduk di sebelahnya. Izzat memandang wajah Zaki dari sisi. Kecantikan pada wajah Zaki menusuk sehingga ke dalam hati Izzat. Ada juga eh lelaki yang cantik macam ni? Ujar Izzat sendirian.

"Izzat duduk sorang ke?" Zaki memalingkan wajahnya ke kanan memandangkan dia tahu sekarang Izzat sedang berada di sebelah kanannya.

Pertanyaan Zaki membuatkan Izzat garu kepala. Bagaimana dia ingin menjawab pertanyaan Zaki itu? Nak tulis kat atas kertas pun, Zaki tidak dapat melihat. Keluhan Izzat membuatkan Zaki mula perasan dengan bunyi seseorang yang sedang menggaru kasar kulit kepala.

Zaki gelak lalu dia menghulurkan tapak tangannya ke arah Izzat.

"Type perkataan pakai jari Izzat dekat tapak tangan ni. Abang masih boleh kenal huruf dan nombor." Kata Zaki. Tidak berkelip mata Izzat memandang Zaki, dia semakin keliru bagaimana orang buta sepertinya masih boleh kenal huruf?

Izzat mencuba nasib. Tangan kirinya menadah lembut tangan Zaki manakala tangan kanannya cuba menulis sesuatu pada tapak tangan itu dengan menggunakan jari telunjuk.

"Saya tinggal sorang je bang." Izzat menaip.

"Ohh tinggal sorang je." Balas Zaki. Tersentak Izzat dibuatnya.

"Macam mana abang boleh kenal huruf?" Tanya Izzat.

"Sebab abang bukanlah buta sejak lahir." Zaki tersenyum, jari jemarinya menyentuh pergelangan tangan Izzat.

Perbualan mereka semakin rancak walaupun yang bersuara hanyalah Zaki sahaja. Izzat pula semakin teruja. Jari jemarinya semakin gemar bermain pada tapak tangan Zaki.

"Maksudnya abang dulu tak buta lah?" Tanya Izzat kepada Zaki.

"Tak. Ada sesuatu yang terjadi pada abang. Sebab tu abang macam ni." Zaki tersenyum lebar. Izzat berfikir mungkin Zaki pernah ada penyakit di bahagian matanya yang menyebabkan penglihatannya boleh hilang. Tapi tidak mengapa, semua orang akan mengalami pelbagai ujian dan cabaran dalam hidup.

Kalau diikutkan sifat Izzat, dia mahu mengetahui lagi apa yang terjadi pada Zaki, tapi dia takut jika pertanyaannya menyentuh sensitiviti Zaki. Jadi niatnya terbatal. Kalau Zaki bersedia, Zaki sendiri akan memberitahu sendiri kepada dia.

"Dah makan?" Akhirnya Izzat menukar topik perbualan mereka dengan menaip beberapa huruf pada tapak tangan Zaki.

"Belum." Kata Zaki.

Izzat menggosok bahu Zaki menandakan agar Zaki tunggu sebentar. Izzat segera bangun lalu dia menuju ke arah dapur kecilnya. Dia membuka periuk nasinya yang berisikan bubur nasi. Dia mencedok beberapa senduk ke dalam mangkuk kecil. Dan kemudian dia kembali bersama Zaki.

Mangkuk kecil itu sengaja diletakkan menyentuh lengan Zaki. Zaki perasan lalu menyambut mangkuk itu.

"Thank you. Baiknya Izzat. Bertuah sape jadi bini Izzat nanti." Seperti biasa Zaki akan senyum di hadapan sedangkan Izzat berada di sebelah.

Izzat merapati Zaki, dia menyentuh lengan Zaki ingin menaip sesuatu menggunakan jarinya. Memandangkan kedua tapak tangan Zaki sedang sibuk memegang mangkuk dan juga sudu, Izzat mencari peluang ini dengan menggunakan lengan Zaki yang agak terdedah.

"Malam ni abang tido dalam bilik saya tau." Terjelir lidah Izzat menulis sesuatu pada lengan Zaki dengan jari telunjuknya.

"Sorry susahkan Izzat. Izzat tido mana malam ni?" Tanya Zaki.

"Saya boleh tido kat luar je bang."

"Eh tak bolehlah macam tu! Izzat tuan rumah kena tido kat dalam. Biar abang tido kat luar ni je." Zaki meletakkan mangkuk di atas meja berdekatan lalu menepuk-nepuk bahu Izzat yang dia sangkakan  itu adalah lengan Izzat.

"Abang kan tetamu, tido je kat dalam bilik." Izzat menyambung taip pada tapak tangan Zaki.

Agak lama Zaki berdiam diri. Dia kemudian menggunakan kedua tapak tangannya untuk memegang tangan kanan Izzat yang tidak lepas dari tangannya.

"Kalau camtu kita tidur sama-sama dalam bilik nak?" Pelawa Zaki, walaupun ini bukan rumahnya. Dia mempelawa seakan-akan dia yang menjadi tuan rumah sekarang.

Izzat memutarkan bebola mata ke atas, berfikir. Dia tidak pernah tidur sebilik dengan lelaki. Dengan perempuan pun dia tidak pernah, dengan lelaki lagilah dia tidak pernah. Sepanjang hidupnya hanya menginap seorang diri sahaja.

Bila difikirkan balik olehnya, tidak menjadi isu pun jika dia tidur sebilik dengan lelaki. Ia menjadi isu jika dia tidur dengan anak dara orang.

Memandangkan katil miliknya bersaiz queen, untuk dua orang lelaki mungkin tak muat sebab badan dia agak besar. Tapi bila melihat tubuh badan Zaki yang agak kecil berbanding dirinya mungkin tidak menjadi masalah untuk mereka berkongsi katil pada malam ini.

Izzat mencapai tangan Zaki lalu menulis sesuatu di tapak tangan itu menggunakan jari telunjuknya.

"OK."

Zaki tersenyum

Setelah beberapa minit Zaki berkongsi cerita dengan Izzat, akhirnya mereka berdua membuat keputusan untuk tidur memandangkan esok pagi Izzat kena bangun awal untuk persiapan nasi lemak. Zaki mula untuk bangun, Izzat memimpin tangannya masuk ke dalam bilik. Walaupun biliknya agak sempit, tetapi ia tetap kemas berbanding bilik-bilik budak bujang yang lain.

Zaki perlahan-lahan duduk di birai katil dan tubuhnya ditolak lembut oleh Izzat untuk segera baring.

Izzat mendekati almari dan mencari selimut yang lebih besar berbanding yang dia selalu gunakan. Selimut yang lama dia sudah meletakkan ke tempat pakaian kotor di dapur. Jadi terpaksa dia mencari selimut yang baru.

Dia mengeluarkan lipatan selimut yang nipis dan membuka lipatan itu. Selimut itu dikibas beberapa kali sebelum ia mendarat pada tubuh Zaki dari hujung kaki ke pangkal lehernya.

"Thank you, Izzat." Balas Zaki.

Izzat memanjat katil dan duduk bersebelahan tubuh Zaki. Sudah menjadi tabiatnya untuk membuka baju sebelum tidur. Walaupun kesudahannya dia akan berselimut juga, dia tetap akan membuka baju dan hanya memakai seluar short pants ataupun kain pelikat.

Dia cuba untuk menarik selimut, tapi melihatkan selimut itu agak kecil untuk berkongsi dua orang, jadi dia hanya berbaring dan mengiring bertentangan dengan Zaki.

Selang 5 saat sebelum dia terlelap, dia merasakan Zaki mula merapatinya dari belakang. Perlahan-lahan tangan itu mula menutupi tubuhnya dengan selimut.

Dia berpaling ke belakang melihat Zaki sedang menyelimuti dirinya. Rupanya dia perlu tidur menempel dengan Zaki malam ni barulah mereka berdua dapat berkongsi selimut yang sama.

"Rasanya kita kena tidur rapat-rapat baru boleh selimut." Kata Zaki perlahan.

Izzat memalingkan tubuhnya mengiring ke arah Zaki. Dia merenung kelopak mata Zaki yang lama kelamaan semakin tertutup.

Izzat tersenyum kecil sebelum mereka berdua dibuai mimpi bersama.

Cinta OKUWhere stories live. Discover now