Sudah hampir 1 bulan Izzat bekerja di rumah itu. Dan dia akan membuat kerjanya seperti biasa pada setiap hari. Malik dan Maznah pula tidak henti memuji kerja Izzat sepanjang satu bulan ini.
Jam hampir menunjukkan pukul 2 petang. Seperti yang diarahkan oleh Malik, Izzat telah keluar bersama motornya untuk menjemput Adib di sekolah meninggalkan Zaki dan Maznah di rumah.
Sedang Zaki membelek helaian buku di ruang tamu, telinganya mendengar sesuatu yang sangat aneh, tidak jauh dari tempatnya duduk. Pada awalnya dia tidak mahu ambil tahu apakah itu dan akhirnya dia tersentak saat mendengar satu dentuman yang sangat kuat.
Dia mula berdiri dan akhirnya jantung berdegup kencang saat dia mendengar sesuatu yang sangat jelas di dalam master bedroom.
"T-tolong..."
Dengan pantas, Zaki berlari mendekati pintu bilik Malik dan Maznah. Dia yakin sangat itu suara Maznah. Dia menekap telinganya pada pintu bilik untuk kepastian.
"Ugh... T-tolong... Se-sesiapa... Sakit sangat..."
"Kak? Zaki ni." Kata Zaki sambil mengetuk permukaan pintu bilik itu beberapa kali.
"Z-zaki... Tolong..." Kedengaran suara Maznah semakin perlahan.
"Zaki masuk ni ye kak." Tangan terkebil-kebil membuka tombol pintu lalu dikuak sehingga separuh.
Suara erangan Maznah semakin kuat kedengaran. Zaki melangkah laju memasuki bilik itu. Dia tidak tahu di mana Maznah berada.
Panggilan meminta tolong memberi petunjuk kepada Zaki bahawa suara itu kedengaran bergema. Dia yakin Maznah sekarang berada di dalam bilik air.
Dia menghalakan kedua belah tangannya ke hadapan lalu berjalan menuju ke penjuru bilik, tempat bilik air berada.
Langkahnya hampir tersadung saat dia merasakan permukaan licin pada tapak kakinya. Dia yakin dia sedang berada di dalam bilik air sekarang dan pintu bilik air itu terbuka luas.
"Kak?" Panggil Zaki perlahan. Tiada yang menyahut. Senyap.
Zaki melangkah setapak ke hadapan dan dia merasakan jari kakinya menyentuh sesuatu yang berada di atas lantai bilik air.
"Eh kak? Akak ke ni??" Zaki terduduk dan dia meraba-raba lengan Maznah. Dia yakin Maznah tidak sedarkan diri sekarang. Tapi apa patut dia buat sekarang ni?
"SAYANG!!!"
Tersentak Zaki dibuatnya. Itu jeritan Malik. Dia bersyukur akhirnya Malik tiba dirumah pada waktu yang tepat. Awal pula dia balik harini.
"Weh! Malik! Sini tolong! Bini kau..."
Buk!
"Argh!" Tubuh Zaki hampir terlentang jatuh saat dia merasakan sesuatu hinggap tepat pada batang hidungnya.
"Kau buat apa kat bini aku ha?!" Pekik Malik.
"K...kau tendang aku Malik?" Air matanya cuba ditahan akibat menahan sakit. Tangan kanan memicit-micit batang hidung yang mula berair. Mungkin darah. Kata Zaki dalam hati.
"Aku tanya kau buat apa kat bini aku?!!!" Malik cuba mengangkat tubuh Maznah yang tidak sedarkan diri.
"Aku tak buat apa-apa."
"Blah lah kau!" Malik menolah kasar tubuh Zaki sehingga ia terduduk di atas lantai bilik air.
Malik dengan segera mendukung tubuh Maznah dan segera keluar dari bilik itu. Hospital sahajalah tempat yang boleh difikirkan oleh Malik sekarang ni.
Gegendang telinga Zaki sempat mendengar bebelan Malik sebelum enjin kereta berderum meninggalkan perkarangan rumah.
Dengan kepala yang berpinar, tangan Zaki cuba berpaut pada tombol pintu bilik air dan entah kenapa dia hampir tumbang.
![](https://img.wattpad.com/cover/355337703-288-k835312.jpg)
YOU ARE READING
Cinta OKU
RastgeleMengisahkan tentang pertemuan 2 orang lelaki OKU. Sorang bisu dan sorang lagi buta. Disebabkan masing-masing mempunyai masalah percakapan dan penglihatan, kekurangan mereka berdualah yang membuatkan mereka saling akrab kerena mereka tahu antara mere...