"Dulu waktu Malik masih bujang, abang dan dia berkongsi duit untuk menyewa rumah ni."
"Rumah yang sekarang ni ke?" Tanya Izzat hairan, kepala didongak ke atas.
"Ya. Lepas Malik dah kahwin, dia beli sepenuhnya rumah ni guna duit dia sendiri."
"Maknanya abang dah lama tinggal dengan abang Malik sebelum dia kahwin lagi?"
"Tepat sekali!" Senyuman Zaki mengendur dan perbualan mereka mula terhenti seketika.
Izzat menguis-nguis jarinya pada tapak tangan Zaki.
"Abang okay?"
"Okay je. Dah jom tido. Lewat dah ni." Kata Zaki sebelum dia mengalihkan tubuhnya mengadap ke arah yang bertentangan.
Entah kenapa Izzat rasa menyesal menerima pelawaan Zaki untuk berborak tadi. Jika tidak, tak menjadi macam ni. Dia boleh nampak yang Zaki mula tidak suka dengan perbualan seperti ini. Celah mana yang salah pun dia tak tahu.
___________________________________________
Terasa berat kelopak matanya untuk dibuka. Namun, kedengaran perbualan orang di ruang tamu mengganggu tidur Zaki. Dia yakin itu suara Malik.
Dia memusingkan tubuh dan menggapai-gapai di sebelah. Hairan, kenapa tiada orang? Izzat pergi mana?
Malas untuk berlengah, Zaki bingkas duduk di birai katil. Kulit kepala digaru kasar. Mungkin sudah pagi, hari ni dia bangun lambat.
Dia segera mendekati pintu dan memulas tombol. Suara Malik semakin jelas kedengaran. Memandangkan bilik Zaki bersebelahan dengan ruang tamu, sudah pasti dia akan mendengar dengan jelas aktiviti yang dilakukan oleh orang rumah ini di ruang tamu.
Zaki menggosok mata, suara Malik akhirnya berhenti. Mungkin lebih tertumpu pada Zaki yang baru bangun.
"Baru bangun?" Tanya Malik.
"Ijat mana?"
"Ada ni dengan aku. Tengah borak."
"Oh kau borak dengan Ijat ke dari tadi?" Tangan Zaki memaut sofa berdekatan lalu melabuhkan punggungnya.
Dia merasakan ada kehadiran seseorang di sebelahnya. Mungkin itu Izzat.
"Bising ke? Sorry do."
"Eh tak tak. Kalau tak, tak terbangun aku." Zaki senyum kecil, masih mengantuk barangkali.
Zaki membetulkan punggungnya dan tangan kanannya menyentuh peha Izzat di sebelah. Izzat serta-merta memegang tangannya. Hairan Zaki dibuatnya.
"Korang borak apa je?" Tanya Zaki memecah kesunyian.
"Aku nak ajak Izzat kerja dengan aku."
Zaki dipenuhi rama-rama terbang sekililing, dia tersenyum lebar. Gembira dengan pelawaan itu.
"Betul ke??"
"Ye."
"Wah! Ini memang rezeki Ijat lah." Zaki menepuk-nepuk lengan Izzat tanda gembira dengan berita itu.
Apa yang dia tahu, Izzat akan mendapat gaji yang lumayan jika bekerja dengan Malik. Tidak perlulah jika Izzat berfikir tentang wang.
"So Izzat. Saya akan bagi gaji awak around 600 ke 700 sebulan."
Izzat mengangguk laju. Bagi dia, jumlah itu sangatlah banyak. Jika dia mendapat lebih, boleh menyimpan untuk masa depan.
"Kerja sebagai apa Malik?" Tanya Zaki untuk kepastian.
"Pelbagai kerja dia boleh buat kat rumah ni. Especially kerja-kerja berat."
"Maksud kau? Ada kerja berat ke dalam rumah ni?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta OKU
SonstigesMengisahkan tentang pertemuan 2 orang lelaki OKU. Sorang bisu dan sorang lagi buta. Disebabkan masing-masing mempunyai masalah percakapan dan penglihatan, kekurangan mereka berdualah yang membuatkan mereka saling akrab kerena mereka tahu antara mere...