Pada waktu pagi seperti biasa, Malik akan bersiap untuk pergi ke tempat kerja. Tali leher dibetulkan lalu blazer hitam disarungkan dengan kemas. Tidak lupa dengan minyak wangi disembur pada leher.
Dia keluar dari bilik lalu mendapati Adib sudah menunggunya di meja makan bersama beg ultraman nya. Malik tersenyum, mendekati anak lelakinya sedang mengunyah kepingan roti bakar.
"Papa, mama mana? Adib rindu mama." Tanya Adib pilu.
Malik menggosok lembut kepala Adib sebelum dia menunduk memandang wajah mulus itu.
"Petang nanti mama balik ye."
"Betul ni?"
"Betul."
"Dah jom kita gi sekolah. Dah lewat."
"Okay!" Adib turun dari kerusinya lalu berlari menuju ke pintu rumah.
Malik melilau mencari seseorang. Dia kemudian berjalan menuju ke arah satu bilik lalu dibukanya perlahan. Lampu masih gelap dan kipas pun tidak dibuka langsung.
"Zaki bangun! Breakfast!" Malik membuka suiz lampu dan alangkah terkejutnya dia tiada sesiapa di dalam bilik.
Hatinya pilu. Dia mula teringatkan kejadian malam semalam. Lupa pula yang dia sendiri tidak mahu Zaki tidur di dalam rumah ini semalam.
Banyak kali dia dengan Zaki bergaduh dan banyak kali itu jugalah Zaki membawa diri meninggalkan rumah. Pernah sampai Zaki tidak pulang ke rumah untuk beberapa minggu. Dan perkara itu disedari oleh Malik sendiri apabila jirannya membawa Zaki pulang ke rumah. Katanya Zaki sering menumpang tidur di rumah orang lain.
Tapi semalam ego telah memakan dirinya. Mungkin dia rasakan yang Zaki telah membawa diri seperti yang sering dilakukannya.
Malik kemudian kembali ke arah dapur dan melihat Izzat sedang membasuh beberapa pinggan di sink.
"Izzat, ada nampak Zaki tak?"
Izzat berpaling ke belakang dan menggelengkan kepalanya beberapa kali. Malik mengeluh dan kulit kepalanya digaru kasar.
"Nanti Izzat tolong cari dia tau. Bawak dia balik ke sini balik." Kata Malik. Izzat tersenyum kecil lalu mengangguk perlahan.
Kelibat Malik akhirnya menghilang bersama Adib. Izzat mengelap kedua belah tanggannya yang basah pada sisi seluarnya lalu mengambil mangkuk kecil berisi bubur dan segera dia menuruni anak tangga berdekatan dengan dapur.
Dia terus menuju ke bawah di mana tempat biliknya berada. Dia membuka bilik itu perlahan dan dia masuk mendekati satu jasad berbaring di atas katil bersama selimut yang ditutupi sehingga ke paras hidung.
Dia meletakkan bubur itu di tepi katil lalu dia menggoncang lembut tubuh itu. Tiada sahutan. Dia kemudian mengambil telefon bimbitnya untuk menaip sesuatu.
"Abang, ni ada bubur untuk abang."
Masih tiada jawapan dari Zaki yang mengiringkan tubuhnya bertentangan dengan Izzat.
Izzat kemudian menggosok lembut tubuh itu. Tapak tangannya meliar sehingga ke dahi Zaki. Panas.
Hatinya mula risau. Dia perlahan-lahan membetulkan tubuh Zaki dari mengiring ke baring. Dia memandang wajah itu lama. Pucat. Bahagian bibir itu membengkak dan pipinya ada kesan lebam. Dia rasa mahu menangis mengingati kejadian malam semalam.
___________________________________________
Waktu hampir menjelang maghrib. Suhu badan Zaki tidak menurun dan dia enggan untuk makan. Izzat menggantikan kain basah yang baru lalu diletakkan di atas dahi Zaki. Ubat pun Zaki tak boleh telan. Dia mula muntah-muntah tengah hari tadi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta OKU
RandomMengisahkan tentang pertemuan 2 orang lelaki OKU. Sorang bisu dan sorang lagi buta. Disebabkan masing-masing mempunyai masalah percakapan dan penglihatan, kekurangan mereka berdualah yang membuatkan mereka saling akrab kerena mereka tahu antara mere...