Penglihatan kabur, kepala masih berpusing. Alarm telefon masih kuat berbunyi di tepi bantal. Dengan mata yang masih berat, Izzat mencapai henfon nokia nya yang bergetar.
Dia cuba untuk bangun, namun dia merasakan lengan kirinya terasa berat. Dia melihat kepala Zaki sedang lena tidur di atas lengannya. Entah kenapa dia tidak rasa kebas pun tidur macam tu dengan Zaki.
Refleks jari jemarinya membelai rambut Zaki dan menyentuh pipi lelaki itu, terasa sangat lembut.
Pagi ni dia perlu menyediakan menu nasi lemak untuk dijual pada hari ini. Dengan perlahan-lahan, tangan kanannya lembut memaut leher Zaki untuk diangkat sedikit lalu lengan kirinya segera dialihkan dan dengan perlahan-lahan kepala Zaki dilabuhkan di atas bantal yang empuk.
Malas untuk membuang masa, Izzat bingkas bangun dari katil dan dia mencapai tuala berwarna biru laut yang digantung di belakang pintu.
Setelah selesai dia membersihkan tubuh, dia seperti biasa akan bergerak ke arah dapur untuk membuat persediaan untuk jualan nasi lemak.
Setelah satu jam dia berada di dapur, kedengaran tapak kaki seseorang diseret di ruang tamu. Matanya tidak berkelip memandang Zaki yang sedang berjalan terhuyung-hayang ke arah dapur sambil kedua belah tangan memaut dinding.
"Morning." Kata Zaki.
Kakinya menuruni beberapa anak tangga untuk ke arah dapur dan kedua belah tangannya berpaut pada meja makan. Rongga hidungnya menangkap bauan yang sangat enak.
"Izzat masak nasi lemak ke?" Tanyanya.
Izzat menghampiri Zaki lalu menyentuh lengan Zaki yang terdedah dengan jari telunjuknya.
"Iya. Nak jual depan sekolah kejap lagi. Marilah kalau abang nak makan dulu."
"Eh takpe takpe. Abang nak tolong boleh?" Tanya Zaki.
Izzat menggaru kepala, kepala melilau mencari sesuatu di atas meja dan di atas dapur. Berfikir kerja apa yang boleh dilakukan oleh Zaki.
Matanya tertacap pada sebesen telur rebus yang telah dikopek kulitnya. Izzat mengambil besen tersebut lalu meletakkannya di atas meja berhadapan Zaki bersama sebilah pisau.
"Abang boleh potong telur rebus ni?"
"Boleh boleh." Zaki tersenyum gembira lalu dia memaut meja untuk bergerak ke arah singki.
Kedua belah tangan dicuci dengan bersih sebelum dia kembali ke meja makan. Mengambil tempat duduk lalu mula melakukan kerjanya.
Tangan kirinya memegang sebutir telur, jari jemari meraba untuk mengetahui kebesaran telur rebus itu dan tangan kanannya memegang pemegang pisau dengan berhati-hati.
Izzat tersenyum melihat gelagat Zaki. Rasanya tidak perlu lagilah dia memimpin Zaki ke mana-mana di dalam rumahnya. Walaupun hanya satu malam sahaja Zaki berada di dalam rumahnya, Zaki sudah dapat mengingati setiap sudut ruang di dalam rumahnya.
"Izzat, boleh tak kalau abang nak pinjam baju?" Pertanyaan Zaki memecah kesunyian.
Seperti biasa, Izzat mendekati Zaki untuk menyentuh lengan lelaki itu. Tergelak kecil Zaki dibuatnya apabila dia merasakan bahagian lengannya terasa geli.
"Boleh bang."
"Thank you." Zaki mempamerkan senyumannya, kelihatan barisan gigi yang tersusun rapi.
Izzat menggaru dagu lalu dia menyambung semula menulis pada lengan Zaki dengan jari telunjuknya.
"Ijat."

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta OKU
RandomMengisahkan tentang pertemuan 2 orang lelaki OKU. Sorang bisu dan sorang lagi buta. Disebabkan masing-masing mempunyai masalah percakapan dan penglihatan, kekurangan mereka berdualah yang membuatkan mereka saling akrab kerena mereka tahu antara mere...