2

46 9 38
                                    

Aku hanya berdiri tegak di dalam kereta Zaquan itu, walaupun kitaorang dulu satu kampung, classmate lepastu duduk sebelah-menyebelah pula tu

Tapi masih lagi awkward, maklumlah dah setahun aku tak borak dengan dia ni

Amani ni pun satu, dia sebenarnya saja je suruh aku naik dengan Zaquan ni aku tak tahulah apa niat dia mungkin untuk merapatkan kembali kawan lama

Aku hanya melihat Zaquan dari ekor mata dan Zaquan pula sedang fokus dengan pemanduan

Otak aku pula tengah stress cuba untuk mencari topik, takkan aku nak tanya dia yang dia kerja apa memanglah nampak kebodohannya tu

Sebab dia dah bagitahu aku sendiri

Tanpa sengaja satu keluhan kecil aku lepaskan, nak mencari topik pun susah dahlah aku ni jenis pendiam

"Penat ke?"

Terkejut aku, Zaquan dengar ke keluhan aku tadi?

Aku mengganguk perlahan, tipu jelah asalkan selamat

"Kau balik kerja je mesti Amani main ambil je kau kan?"

"Wow, kau ni tahu je kan" senyum aku, Zaquan memang pandai meneka perangai cousin dia yang seorang itu

"Mestilah dia kan cousin aku macam manalah dia nak jadi isteri dengan perangai dia yang tak berubah lagi tu?"

Aku tergelak kecil, memang huru-hara lah nanti jadinya kan

"Macam mana kerja jadi pensyarah, best?"

"Bolehlah, best juga lepastu ada pelajar aku yang dah nak kahwin dah siap aku bagi kad kahwin lagi"

"Gempak betul, lepastu takde ke yang nak try kau ke apa ke" aku melihat Zaquan atas bawah

Memang tak boleh dinafikan, Zaquan makin handsome berbanding masa study dulu

Zaquan tergelak kecil "ada juga sebenarnya, tapi sorry lah ni bukannya novel dr.alpha male"

Aku tergelak mendengar kata-kata Zaquan itu, dia ingat dia popular macam hero anjell ke?

"Sudahlah tu, kau kalau nak lawan dengan hero-hero novel memang tak dapatlah"

Zaquan pula tergelak mendengar ayat yang keluar dari mulut aku

"Dahlah tu, ni kau macam mana pula? Seronok kerja jadi ahli forensik?"

Aku berfikir sebentar, kalau nak cakap seronok tu takdelah sangat sebab kerja aku buat atopsi dekat mayat

"Boleh lah, lagipun kerja aku boleh dikatakan tolong pihak polis juga kan" aku tersenyum kecil

"Tak sangka aku, masa sekolah dulu kau yang paling banyak tiru homework aku tapi sekarang? Berjaya" senyum Zaquan ke arah aku

Aku hanya tersenyum, walaupun hidung tengah kembang semacam dengan pujian Zaquan tu tapi aku cuba untuk control ayu

"Macam mana Zahirah?" Dah lama rasanya aku tak nampak adik perempuan dia mungkin dalam 1-2 tahun lepas lagipun adik dia masuk asrama

"Macam tu lah, sekarang dia tengah berehat je dekat rumah lagipun dia tu baru je habis SPM kalau nak suruh kerja rasa macam sayanglah pula tapi demi pengalaman rasanya tak salah"

Tiba-tiba aku terimbau kembali kenangan aku waktu habis SPM dulu, pada mulanya pak cik aku melarang aku untuk bekerja sambilan tapi disebabkan aku bosan dekat rumah jadi aku pun kerjalah jadi cashier dekat kedai runcit

Kira oklah tu, lagipun kerja tu untuk sementara sahaja

Lantas aku melihat jam di tangan, dah pukul 4:24 petang dah ni tapi kenapa aku rasa macam ada benda yang tak kena dengan badan aku ni?

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now