28

20 2 20
                                    

"Misha!" Masuk sahaja aku di dalam bilik itu langsung aku terdengar jeritan Yusoff menjerit nama aku

"Iya!" Aku menjerit kembali

Rindu juga aku dengan Yusoff ni, dia lah kawan aku yang setakat ni paling elok dengan aku

"Lama wei rasanya tak nampak kau, kau dah ok?" Yusoff mula mendekati aku yang sedang ralit membersihkan meja kerja aku itu

"Mestilah aku ok kalau tak kenapa kerja balik" senyum aku

Aku mula memandang sekeliling. Orang yang aku tak nampak sekarang ni ialah Aliff, Haslam dengan Azwani. Diorang dekat mana pula ni

"Haslam dengan Azwani cuti, diorang kan lagi beberapa minggu je nak kahwin" seakan tahu apa yang aku cari Yussof mulai menjawab

Aku memandang ke arah Yusoff. Tabah juga Yusoff ni untuk menerima keadaan sekarang

"Janganlah pandang aku macam tu, aku dah redha lah" senyum Yusoff

Aku tersenyum kembali sambil mencari kelibat Aliff. "Aliff mana? Dah lama aku tak nampak dia"

Last aku nampak dia pun waktu dia lawat aku dekat hospital. Kenapa lah ramai sangat cuti ni takkan tinggal aku dengan Yusoff je nak handle semua benda

"Aliff kata nak datang tapi pagi tadi dia call aku dia cakap dia tak boleh datang, dengar suara dia dekat phone pun macam mengah je"

Aku mengganguk "jadi kita dua jelah yang handle semua benda?"

"Haaa ni yang aku nak story dekat kau ni" Yusoff menarik kerusinya agar dekat dengan meja kerja aku

"Haaa apa dia" aku mendekatkan diri sedikit kepada Zaquan, maklumlah benda macam panas je ni

"Encik Khalil ambil pekerja baru, nama dia Iqbal"

"Alaaa" aku menggeluh

"Dah kenapa kau ni? Tak suka ke kalau ada pekerja baru? Kan senang kerja kita nanti"

"Tapi aku nak pekerja perempuan" aku menggeluh, asyik menghadap lelaki je kerja aku ni

Aku takut aku ni di cop sebagai perempuan gedik pula kalau asyik dengan lelaki je. Padahal memang tempat kerja aku yang ramai lelaki

Aku nak buat macam mana kan

"Takpelah, lain kali adalah rezeki kita ni nak dapat pekerja perempuan" pujuk Yusoff

"Misha" panggil encik Khalil di sebalik pintu

Bila mengetahui sahaja encik Khalil yang memanggil, laju Yusoff kembali semua ke tempatnya

Tahu takut

"Ye encik?"

"Datang pejabat saya sekejap"

~•~•~•~•~•

"Macam mana Misha? Lengan kamu dah membaik?"

Aku mengganguk. Rasanya hari ni dah beratus orang tanya aku perkara yang sama sampai aku pun naik muak dengar

Namun aku angguk jelah sebagai jawapan

"Rindu tak nak autopsi mayat balik?"

Allah, soalan nya pun. Kali ni aku lagi suka bila orang tanya aku pasal tangan aku berbanding soalan macam tu

Tapi kalau dah kerja aku memang macam ni memang patutlah encik Khalil tanya aku soalan yang sebegitu rupa

Redha jelah

"Saya sebenarnya ada kerja untuk awak, mesti awak rindu nak autopsi mayat lagi kan"

Aku sudah mula tersenyum, kelat. Kadang-kadang aku rasa aku macam salah pilih pekerjaan lah

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now