4

47 8 33
                                    

"Misha" pak cik aku memanggil aku dari belakang

"Ye pak cik, ada apa"

"Nak duit belanja ke?"

Mulut aku ternganga sedikit, aku ni dah besar, dah ada duit sendiri dah kerja dah pun

Takkan lah kena ada duit belanja lagi

"Pak cik, anak buah pak cik ni dah umur 25 dah takkan lah kena ada duit belanja lagi" protes aku

Kalau masa belajar dulu yes, aku suka dapat duit belanja lebih ni tapi sekarang aku rasa macam dah tak perlu je

"Takpelah, pak cik bagi duit emergency ni kalau hari ni takde emergency apa-apa pun simpan je duit ni"

Pak cik aku meletakkan duit RM500 secara paksa ke telapak tangan aku

Aku hanya mampu mengeluarkan keluhan, kalau nak diikutkan dengan duit yang pak cik aku bagi time aku sekolah dulu dengan campur duit sekarang ni dah...

Dekat RM 9000 juga lah, duit simpanan aku kalau dikumpul lagi 2-3 tahun dan masuk belas ribu mungkin

"Oklah, kalau macam tu Misha pergi dulu ya" aku menyalami tangan Pak cik aku

Lantas aku melihat sekeliling, mana pula mak cik aku ni?

"Misha tak nak makan nasi ke buat sarapan? Makan roti telur ke cukup ke?" Secara tiba-tiba mak cik aku muncul dari tepi

Terlompat aku pergi ke tepi jadinya, kenapalah mak cik dengan pak cik aku ni? Suka sangat keluar mengejut

Lantas aku menggurut dada aku perlahan

"Takpelah mak cik, nanti Misha makan dekat luar" aku menyalami tangan mak cik aku pula

"Yelah, pergi kerja baik-baik tumpang kereta kawan ni jangan buat sepah pula"

Aku hanya mampu tersengih, aku tak cerita lagi dekat mak cik aku tentang kes aku termuntah dekat kereta Zaquan tu

Ter ye ter...

Kalau mak cik aku tahu memang dibantai nya aku guna senduk nasi,kuali,periuk,papan pemotong dan segala benda yang ada dekat dapur

Kecuali yang tajam, tahu juga mak cik aku takut kalau aku tiada nanti

"Dahlah Misha pergi kerja dulu, Assalamualaikum" kata aku dengan loghat arab sebagai gurauan apabila memberi salam itu

"Waalaikummussalam" jawab mak cik dan pak cik aku serentak

~•~•~•~•~•

"Assalamualaikum Zaquan" ucap aku sebelum masuk ke dalam kereta

"Waalaikummussalam Misha, lama tunggu?"

Aku menggeleng perlahan

"Dah sarapan?" Tanya Zaquan lagi

"Dah, aku makan roti telur tadi ni pun kalau nak makan berat-berat aku ingat nak tunggu kau dulu" senyum aku

Zaquan hanya tertawa kecil di situ, lantas dia memulakan pemanduannya

Baiklah, ini boleh dijadikan salah satu momen yang aku kurang suka. Senyap sunyi sahaja dari tadi

Lantas mata aku melihat keadaan dalam kereta, nampak Zaquan tukar kereta lain berbanding semalam

Ni mesti kes aku termuntah tu, tak pasal-pasal dia tukar kereta lain makinlah aku rasa serba-salah

Aku melilau lagi mencari benda lain, rasanya macam ada benda yang biasa jelah, pewangi, kunci pun ada mungkin kunci rumah dia kot lepastu ada rokok

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now