"I... Iskandar?" Aku berbisik apabila mendengar Nicholas memanggil anieq dengan nama Iskandar
Wajah Nicholas dan anieq aku pandang silih berganti, tak tahulah nak stay situ ke lari ke ataupun menyorok bawah meja ni ke
"Why Iskandar?" Nicholas tergelak di situ, air yang berada di dalam gelasnya di minum sehingga titisan yang terakhir
Nicholas ni macam nervous tapi sebunyikan nervous dia tu dengan air minuman dia
Maklumlah aku dah terer bab-bab baca gerakan badan orang ni, tengok kaki lah
"This woman with me this night" arah anieq
Entah kenapa anieq yang sedang mendekati Nicholas tapi aku yang melangkah ke belakang
Well, takut juga lah kan
Sambil itu mata aku melilau melihat kawasan sekeliling, ada sesetengah orang yang perasan akan kegelutan yang berlaku di sini dan ada yang sibuk dengan pasangan masing-masing
"Do you understand me?" Tanya anieq lagi dengan suaranya yang garau dan serak itu menjadikan aku pula yang ketakutan
Well aku ni memang cepat takut, lagi-lagi kalau kena tengking memang aku melalak dekat situ juga lah
Tapi ada ke wanita yang boleh tahan kalau kena tengking, kalau tak nangis depan orang yang tengking dia mesti dekat belakang tabir nangis juga
Lagi-lagi kalau orang tu adalah orang yang dia sayang
Lantas aku menggeleng kepala perlahan, apa benda pula yang aku tengah fikir sekarang ni
Aku fokus kembali kepada anieq dan Nicholas yang berada di hadapan aku
"Now go Nicholas, you know what will happen if you violate my order, didn't you?"
Lantas Nicholas laju bergerak pergi dari situ, aku mula menarik nafas lega walaupun Nicholas tak tanya soalan yang bukan-bukan ataupun buat yang bukan-bukan tapi aku masih lagi rasa tak berapa nak selesa
Namun aku baru teringat yang aku masih ada lagi seorang untuk diuruskan
"Misha" panggil anieq
See, kan aku dah cakap ada seorang lagi
"Iskandar" balas aku, well aku nampak orang kat sini panggil dia Iskandar jadi aku ikut jelah
Anieq hanya tersenyum tipis mendengar jawapan aku itu, dah kenapa pula salah ke ni?
Maaflah saya overthinking
"Anieq, you can call me anieq"
"Well, it was supposed to be your name right?" Akhirnya terkeluar juga persoalan yang dari tadi hendak aku tanyakan
Anieq tersenyum lagi dan melihat sekeliling untuk beberapa waktu, dibongkokkan sedikit badannya kepada aku lantas berbisik
"Aku tahu tempat makan tak jauh dari sini, nak join tak?"
Tanpa menunggu masa yang sama lantas aku berbisik kembali
"Kenapa tak borak dekat sini je?"
Anieq menggeleng, seakan mengatakan bahawa tempat tersebut tidak sesuai untuk berkata soalan tentang zaman diorang bersekolah dulu
"Kalau kawan aku cari aku nanti macam mana?" Baru aku teringat akan Amani
Member ni pergi mana dengan Musa sampai lama sekali ni?
"Nanti kau text lah dia, jomlah" ajak anieq lagi
Aku berfikir buat sementara waktu, anieq ni adalah someone yang aku kenal dan tak salah rasanya
YOU ARE READING
Our Story (Completed ❤️)
RomanceMisha seorang gadis yang baru sahaja pulih dari trauma akibat kehilangan abangnya iaitu Fateh dalam sebuah kes pembunuhan menjumpai Zaquan seorang jejaka yang sudi hadir dan menemani dirinya Terima kasihlah sebab sudi pelawa diri kau untuk aku, kita...