Aku mula membersihkan barang-barang bedah itu. Sebenarnya barang-barang ni memang dah bersih dah cuma aku nak bersihkan lagi sekali
Nasiblah ada flight yang menyuruh Amani agar bertugas sebagai pramugari seperti biasa, kalau tak memang melalak jelah kerja dia
Selesai membersihkan alatan aku mula mengambil alat mendektesi suhu pula, nak periksa peti mayat kenalah pastikan peti tu sejuk ke tidak
"Ooh, Misha..."
Azwani mula bernyanyi di belakang aku. Dia memang suka buat kemunculan macam ni
Tak bagi salam dulu
"Ye Azwani?"
"Haslam suruh kita periksa peti mayat"
Berkerut dahi aku. Aku tengah buat macam ni baru nak bagitahu ke?
"Pergilah pakai mask kau, lepastu tolong catat ni"
Dengan laju azwani berlari mengambil masknya dan berjalan mendekati aku sambil membawa fail
Aku mula membuka satu persatu peti mayat yang berada di situ. Takdelah banyak mana peti mayat yang ada
Keseluruhan semua peti mayat dekat sini cuma ada 53 je. Kalau nak dibandingkan dengan hospital yang lain rasanya tak banyak
"Misha, kau tak boring ke buat kerja yang sama je?"
"Maksud?"
"Yelah, kau hari-hari asyik buka tutup peti mayat tu je hari ada mayat pun kau buat macam ni hari takde mayat pun kau buat macam ni"
Terhenti tindakan aku dari memeriksa setiap peti mayat yang ada. Kadang-kadang aku tak terfikir pun persoalan macam tu pasal diri aku
Tapi kalau dah di mention macam ni baru aku start terfikir
"Entahlah, aku rasa mungkin sebab aku dah minat kerja ni jadi aku tak kisah buat benda sama berulang kali"
Azwani hanya mengganguk. Well sebenarnya kalau Azwani betul-betul mengenali aku rasanya baru dia tahu yang aku ni jenis orang yang membosankan
"Kau pula kenapa, bosan ke kerja dekat sini Az?" Aku pula yang bertanya
Azwani hanya mengangkat kedua-dua belah bahunya "aku pun tak tahulah, rasa cam biasa je"
Selesai sahaja memeriksa semua peti mayat tu, aku menyimpan semula barangan tersebut ke tempatnya.
"Korang!" Jeritan Yusof tersebut mampu membuatkan aku dan Azwani terkejut
Azwani pula sudah meraban melatah perkataan yang bukan-bukan. Nasib bukan carutan yang aku dengar
"Korang dah lunch, jom pergi makan" ajak Yusof sambil tersenyum-senyum
Aku hanya mengganguk, perut aku ni pun memang sudah sedari tadi berbunyi minta diisi
Azwani tersengih "aku dah ada janji dengan Haslam nak lunch sama-sama"
"Oo yeke.. takpelah kalau macam tu" aku perasan yang senyuman Yusof mulai kendur
Well, aku tak tahu apa-apa tapi kenapa aku rasa janggal kat tengah-tengah diorang ni? Ada apa-apa ke ni?
"Haa, apa kata kalau kau pergi lunch dengan Misha" ditepuknya kedua-dua belah bahu aku
Terperanjat aku jadinya, tapi bukan dengan tindakan Azwani yang menepuk kedua-dua belah bahu aku tu tapi sebab perkataan yang keluar dari mulut dia tu
"Boleh lah macam tu? Kau ok kan Misha?" Yusof memandang ke arah aku
Dah pulak dah. Aku dahlah memang tengah lapar tapi kalau keluar dengan Yusof berduaan macam tu dahlah aku memang tak rapat sangat dengan dia jadi boleh ke?
YOU ARE READING
Our Story (Completed ❤️)
RomantikMisha seorang gadis yang baru sahaja pulih dari trauma akibat kehilangan abangnya iaitu Fateh dalam sebuah kes pembunuhan menjumpai Zaquan seorang jejaka yang sudi hadir dan menemani dirinya Terima kasihlah sebab sudi pelawa diri kau untuk aku, kita...