31

15 2 32
                                    

⚠️perhatian, bab ni kemungkinan besar sensitif untuk sesetengah pihak, korang boleh skip bab ni kalau korang dah start rasa tak selesa, sekian pesanan khidmat author kepada readers tersayang⚠️

~•~•~•~•~•

"Ting"

Aku yang melangkah untuk pergi ke kereta mula terhenti untuk membuka telefon dan melihat isi kandungan di dalamnya

"Siapa pula chat ni?"

Aku berbisik sendiri

Zaquan 🙊

Hari ni aku ambil kau. Nanti kau tunggu je

Senyuman mula terukir di bibir. Rasanya kalau aku nak tanya dia pasal kereta aku ni tak payah kot

Dia dah biasa handle kereta aku. Kadang-kadang rasa macam uruskan kereta aku ni kerja tetap dia pula

Misha:

Ok, aku tunggu

Namun mesej aku hanya dibaca sahaja olehnya. Takpelah lagipun aku chat macam tu sahaja

Lantas aku berjalan mendekat ke arah kereta aku. Rasanya aku tunggu berdekatan dengan kereta aku sahaja cukuplah tak perlu jauh-jauh

Aku melihat keadaan langit sekarang ini. Pukul 7:55 petang tapi keadaan langit dah gelap macam sekarang ni pukul 10 malam pula

Mungkin sebab atas faktor nak hujan kot, jadi keadaan langit memang gelap pada waktu petang

Aku sebenarnya kurang suka lalu jalan ni lagi-lagi bila waktu gelap macam ni. Ada satu lorong gelap yang dia punya gelap tu memang menyeramkan

Selalunya aku ditemani Azwani untuk lalu jalan tu tapi disebabkan dia dah balik dengan Haslam aku pun terpaksalah hadap ketakutan aku ni seorang diri

Tapi dah berhari-hari aku lalu jalan ni, takde apa pun jadi aku jalan sahajalah. Apa yang boleh berlaku kan?

Aku berjalan melintasi kawasan lorong gelap tersebut

"Miaw" langkah aku terhenti. Memang pantang aku dengar bunyi kucing ni

Aku mula tercari-cari sumber suara, mana pula ni? Mana pula bunyi kucing tu?

"Ehh miaw" jumpa sahaja kucing tu aku mula memanggilnya agar berjalan mendekati aku

Dan yang lebih tepatnya aku nak kucing ni keluar dari lorong gelap tu, walaupun aku pantang dengan kucing tapi aku masih takut untuk masuk dalam lorong gelap tu

Tapi dari tadi aku panggil, kucing tu tak datang-datang pun jadi aku mula rasa berputus asa

"Takpelah cing, lain kali jelahh!" Aku terjerit apabila aku rasakan sesuatu menarik aku agar masuk ke dalam lorong itu

Tubuh aku dipeluk oleh seseorang dari belakang, mulut aku ditekap olehnya sehinggakan aku bernafas juga susah

Tangan kanannya memegang sebilah pisau, aku rasa kalau aku bergerak sedikit pun secara sedar tak sedar leher aku boleh terluka

Aku dapat rasakan setiap helaian nafasnya, dia betul-betul dekat dengan diri aku

"Hei, cik Misha"

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now