"Misha!" Jerit Yusoff gembira apabila melihat aku
Azwani, Haslam dan Aliff juga ada. Cuma Yusoff ni yang terlebih bersemangat sikit orangnya
Aku tersenyum, rindu pula rasanya dengan mereka semua ni walaupun ada diantara mereka yang aku tak rapat sangat tapi takpelah
"Misha" Azwani memeluk aku
"Kau tengah sakit macam ni pun cantik lagi ye" Azwani mula memuji aku
Aku menggerutkan muka, nak tenangkan hati aku ni pun agak-agaklah. Sakit-sakit macam ni janganlah cakap pasal rupa
Sebab aku rasa aku tengah dalam keadaan yang asal boleh je ni
"Nah Misha, hadiah dari kitaorang" Aliff meletakkan sebakul buah di atas meja kecil yang disediakan di situ
"Banyak nya, beragaklah korang pun" senyum aku, rasa terharu pula yang kawan-kawan aku ni sayangkan aku rupanya
"Ni semua idea Yusoff dengan Azwani" Haslam mencelah
Aku baru nak rasa terharu, kacau daun betul lah Haslam ni
"Ooo yeke, terima kasih korang" senyum sahajalah aku nak buat macam mana lagi
"Macam mana kau boleh kemalangan ni? Sebelum kau balik dari tempat kerja aku nampak kau elok je" komen Aliff
"Elok?!" Aku nak terjerit dekat situ, rasanya Aliff ni orang yang nampak aku macam orang mabuk, terhuyung-hayang jalannya
Terkejut Aliff mendengar reaksi aku "yelah, aku nampak kau ok je"
Aku mula termenung, betul ke yang aku ni nampak elok je? Aku rasa muka aku macam dah pucat lesi je time tu
"Tapi time tu aku nampak Misha macam pucat je" aku menepuk tangan perlahan sebagai tanda aku menyokong kata-kata dari Yusof itu
"Eh, mana ada Misha nampak elok lah" Aliff seakan tidak berpuas hati di situ
Dah gaduh pula, diorang dua ni kalau tak gaduh tak sah sebenarnya. Yang suka cari gaduh memang Aliff dulu lah Yusof ni dia jenis yang tenang sikit
"Takpelah lantak lah aku jadi apa pun time tu" aku menghentikan perbalahan mereka itu
Dahlah dalam hospital. Bergaduh buat bising memang kena halau nanti dengan nurse jadinya
"Tapi nasib baik kau selamat Misha, kalau tak mayat kau yang terpaksa aku buat atopsi nanti" gurau Azwani
Aku hanya tersenyum kelat memandangnya, nak gelak tapi masalahnya dia buat dark joke
Dahlah dark joke nya tu tak sesuai dengan keadaan aku yang patah riuk sekarang ni
"Sayang ni nak buat lawak pun berpada lah" Haslam mula untuk menegur Azwani
Aku melirik kan mata kepada Yusof yang berada di sebelah aku. Secara tidak sedar Yusof pun membalas lirikan mata aku
"Tahniah lah Azwani, Haslam" aliff dengan nada acuh tak acuhnya memberikan tanda selamat
"Terima kasihlah Aliff, tapi kalau tak ikhlas tak perlu ucap rasanya" komen Haslam
Aku dah mula mengambil buah yang mereka bawa tadi dan muka memakannya. Tiada popcorn untuk menyaksikan pergaduhan mereka ni tapi kalau dapat buah pun jadilah
"Ikhlas tu mana boleh nampak yang kau komen macam kau nampak ni dah kenapa? Banyak sangat ke pahala kau?" Aliff mula berdiri tanda tidak puas hati namun segera ditahan oleh Yusof
"Kau ingat aku pekak ke? Tak tahu beza nada orang ikhlas atau tak?" Haslam juga turut berdiri namun ditahan oleh Azwani
"Aku ni memang tak puas hati dengan kau tau" Aliff mula memandang ke arah Azwani "lelaki baran macam ni yang kau nak jadikan suami?"
YOU ARE READING
Our Story (Completed ❤️)
RomantikMisha seorang gadis yang baru sahaja pulih dari trauma akibat kehilangan abangnya iaitu Fateh dalam sebuah kes pembunuhan menjumpai Zaquan seorang jejaka yang sudi hadir dan menemani dirinya Terima kasihlah sebab sudi pelawa diri kau untuk aku, kita...