12

33 2 24
                                    

"Pak cik, sampai hati pak cik tak bagitahu Misha pasal hal ni"

Pagi tadi memang aku dah berniat yang aku akan siasat pasal hal tu, pak cik aku tak boleh ingat yang dia terlepas

Pak cik aku yang sudah selesai menghirup kopinya itu meletakkan cawannya ke tepi

"Buat apa nak bagitahu? Kamu tu bukan nya tahu apa-apa pasal group tu pun"

Aku mengeluh panjang, patutlah dulu duit belanja aku bukan main banyak lagi lepastu time aku remaja dulu merayu nak minta barang tu sikit je tapi banyak yang pak cik aku bagi

~•~•~•~•~•

(Misha sewaktu berumur 14 tahun)

"Lawanya headphone ni" aku membelek perlahan headphone tersebut, keluaran terbaru patutlah lawa semacam

Lama menunggu pak cik aku membuat bayaran jadi aku belek lah sekejap headphone yang ada di sini

Aku memang suka headphone ni kalau nak dengar lagu lagi jelas kalau guna earphone cam kecil sangat audionya

"Misha" pak cik aku menepuk perlahan bahu aku

Tersentak aku, nasiblah aku tak mainkan lagu dalam model headphone ni kuat sangat kalau tak memang aku tak dapat cam langsung suara pak cik aku

Tak pasal-pasal siku aku ni naik ke belakang

"Ye?" Aku meletakkan secara berhati-hati model headphone tersebut di tempatnya

Maklumlah kalau patah nanti kena ganti rugi, dahlah mahal

"Pak cik dah dapatkan semua barang dalam list yang mak cik bagi ni, jom balik" senyum pak cik yang sedang mengangkat pelbagai jenis plastik yang berisi barangan yang dibeli di tangannya itu

"Jom" aku mengambil salah satu plastik yang kelihatan ringan dan berjalan laju ke hadapan

"Agaknya mak cik nak masak apalah dengan barang banyak ni kan pak cik?" Aku memulakan perbualan di sepanjang jalan

Namun keadaan hanya diam tiada sahutan, jarang pak cik aku berdiam diri je ni

"Pak cik?" Aku memusing memandang ke belakang, sah lah ni yang aku dari tadi berjalan seorang diri

"Pak cik?!" Aku memanggilnya lagi, kaki laju berjalan ke kedai headphone tadi

Tempat terakhir aku dengan pak cik

..........

Kan, aku dah agak dah memang pak cik aku ada lagi dekat kedai headphone ni

Aku berjalan mendekatinya, akhirnya aku boleh bernafas lega rasa tadi dah macam anak hilang ayah je

"Encik, headphone ni berapa?" Pak cik aku memegang headphone yang aku gilakan tadi

Jap, takkan pak cik aku nak belikan headphone tu kot, dahlah mahal lepastu aku takde pula minta

"500" jawap jurujual tersebut

Ternganga aku, headphone apa pula yang harga sampai RM500 ni? Buat dari emas ke apa?

Aku memegang lengan pak cik aku, menghalangnya dari melakukan kerja gila

Namun pak cik aku hanya membalasnya dengan menggusap kepala aku, menandakan tiada apa yang perlu dirisaukan

"Headphone ni boleh tahan sampai bertahun encik, warna dan hiasan headphone ni pun perbagai bukannya ada warna coklat ni je dan bukan tu je headphone ni pun merupakan keluaran terbaru jad-" pak cik aku menunjuk kan telapak tangannya menyuruh agar jurual tersebut berhenti

"Saya nak headphone keluaran baru ni 10, pastikan setiap satu berbeza warna dan hiasan" pesan pak cik aku

Jurual tersebut mengangguk sambil ternganga, aku yang berada di sebelah pak cik aku pun apatah lagi makin ternganga lah jadinya

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now