Aku merenung lama jam di dinding itu, jam menunjukkan pukul 9:32 malam dan aku sudah bersiap-siap untuk tidur
Aku memang tidur awal, kalau yang paling lambat sekalipun aku akan tido pukul 10:30 malam
Hehe..
Keychain Shin Chan yang aku gantung di lampu belajar itu aku tenung lama, lantas keluhan kecil aku lepaskan
Kalaulah abang aku masih lagi hidup, kalaulah ayah aku tak berhutang dengan ah long mesti sekarang ni aku ada teman untuk berbual
Rindunya dengan abang Fateh, rasa sekejap sangat dia jadi hantu kalaulah boleh diputar balik masa...
Aku menggeleng perlahan, janganlah aku ni berfikir jauh sangat takut nanti macam melanggar aturan takdir Allah pula
Jadi sekarang ni aku nak borak dengan siapa?
Mak cik dengan pak cik aku tengah tengok movie dekat ruang tamu, oyen pula tengah sedap tidur atas katil aku
Mika sekarang ni dah takde, pak cik dah hantar dia pergi klinik haiwan dah sebab tak lama lagi bakal melahirkan
Takpelah, dapat cucu dari binatang pun kira jadilah
"Ting" terdengar bunyi pesan masuk dari telefon aku
Bergegas aku mencari semula kat mana aku letak phone aku, habis berselerak katil jadinya
"Mana phone aku ni"
Aku melihat di bawah lantai pula
"Lahh" aku menggeleng perlahan, patutlah cari atas katil tak jumpa rupanya dekat lantai
Ni mesti masa oyen menggeliat nak tidur ditendangnya phone aku ni
Nasib sayang
Lantas aku membuka phone dan melihat nama Zaquan di skrin telefon
Laju aku menekan tombol whatsapp
Zaquan:
"Dah tidur ke?"
Akhirnya, ada juga aku kawan nak berbual malam ni tapi dia ni free ke tidak ke saja je nak check
Misha:
"Dah tidur dah 🛌"
Aku tersenyum saja buat lawak malam-malam macam ni
Zaquan:
"Haha"
Aku menggeluh, dry betul mamat seorang ni tapi kalau jumpa depan-depan bukan main lagi bisingnya
Misha:
"Kenapa Zaquan?"
Terpaksalah aku kembali kepada topik yang asal, kalau tak memang sampai ke sudah text ni dry je jadinya nanti
Zaquan:
"Saja, nak check keadaan kau"
Wow, ada perkara baru yang aku belajar dari Zaquan ni rupanya kalau dalam text dia memang seorang yang dry dan tiberr ye
Misha:
"Kalau macam tu sekarang ni aku nak buat report yang aku nak masuk tidur dulu"
Aku mula berbaring, takpelah Zaquan kau teman aku belum sampai 5 minit pun aku dah ngantuk dah
Zaquan:
YOU ARE READING
Our Story (Completed ❤️)
RomanceMisha seorang gadis yang baru sahaja pulih dari trauma akibat kehilangan abangnya iaitu Fateh dalam sebuah kes pembunuhan menjumpai Zaquan seorang jejaka yang sudi hadir dan menemani dirinya Terima kasihlah sebab sudi pelawa diri kau untuk aku, kita...