46

34 2 15
                                    

Setahun kemudian:

"Aku terima nikahnya Nur Misha Safiyyah binti Abdullah dengan mas kahwinya RM6000 tunai" ucap anieq sekali lafaz

Tok kadi memandang orang-orang yang berada di kiri dan kanan nya. Mereka mengganguk perlahan

"Sah" ucap tok kadi tersebut dan lantas membacakan doa

Mendengar sahaja perkataan sah tersebut lantas aku menyedari bahawa pada detik dan saat ini aku sudah bergelar isteri kepada anieq Iskandar

Rasa seakan sekejap sahaja setahun yang berlalu itu, segala memori yang terjadi semua itu masih segar dalam ingatan

Sekarang tanggungjawab aku sudah bertukar. Tanggungjawab aku akan jadi lebih sukar lagi

Puan Suriati yang berada di sebelah aku mula membelai belakang badan aku perlahan. Atau aku boleh cakap mak mertua aku

"Sekarang Misha dah sah jadi menantu mama tau" senyum mama kepada aku

Aku hanya mengganguk sambil tersenyum memandangnya. Masa mula-mula aku kenal mama aku ingat mama tak terima aku

Sebab mukanya memang garang. Kalau untuk tuan Emeric, atau papa mertua aku dia memang dah kenal pak cik aku

Jadi bermakna dia memang dah tahu latar belakang aku

Anieq mula duduk bersimpuh di hadapan aku. Dibukanya kotak cincin itu dan mengambilnya

Aku memberikan tangan kanan aku kepadanya. Cincin tersebut akhirnya sah menjadi perhiasan di jari manis aku

~•~•~•~•~•

"Selamat pengantin baru Misha" Amani memeluk aku sambil mengendong anaknya itu

"Terima kasih Amani" aku membalas pelukan nya

"Lepas ni kau dah pindah ke?" Matanya mula berkaca-kaca

"Nak buat macam mana, aku kena ikut husband aku je dah sekarang" gelak aku

"Alaa" Amani menggeluh lemah "lepas ni aku dah tiada geng"

"Ehh siapa cakap? ni Insyirah ada ni, boleh teman ibu dia" aku pula mengambil Insyirah dan mendukungnya

"Insyirah ni pun kadang-kadang tak nak teman ibu dia" Amani memuncungkan bibirnya di situ

"Eleh kau ni, dah anak seorang pun nak merajuk lagi"

"Biarlah"

"Misha" panggil seseorang dari belakang

"Eh Yusoff"

"Dahlah misha, nampak macam kau ada tetamu je lagi nak layan tu. Aku balik dulu tau lagipun ni time Insyirah dating dengan botol susu dia"

Aku tergelak, lantas aku memberikan Insyirah yang berada di dalam dukungan aku ini kepadanya

"Bye" sengih aku kepada Insyirah

Lantas aku memandang ke arah Yusoff yang sedari tadi berada di belakang aku

"Yusoff" panggil aku lagi

"Lepas ni kau dah tak kerja dekat tempat tu lagi ke?"

Aku menggeleng. Aku dah buat keputusan lepas kahwin ni aku rasa aku nak jadi suri rumah sepenuh masa je

Aku pun sayang betul nak tinggalkan kerja ni tapi apalah daya. Nak jadi isteri lagi jadi pekerja lagi

Belum lagi tanggungjawab aku jadi seorang mak nanti.

"Takde siapa aku nak ajak gosip lepas ni" Yusoff menggeluh

Aku tergelak di situ "boleh je chat tapi ni, aku pun nak ucapkan tahniah dekat kau sebab dah tunang"

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now