43

38 2 27
                                    

Aku membelek shawl berwarna baby blue yang aku pakai itu di hadapan cermin

Hari ini adalah hari dimana kenduri Azwani dan Haslam akan berlangsung. Kahwin juga diorang, dah lama aku menunggu

Handbag yang berada di atas katil aku ambil. Kena periksa dulu dalamnya mana tahu ada barang yang tertinggal

Telefon ada, Powerbank ada lagipun manalah tahu nak tangkap gambar banyak-banyak kat pelamin orang nanti, sapu tangan pun ada

Sebenarnya aku tak tahulah kenapa aku bawa tisu mungkin sebab badan aku dah bagi hint yang aku ni nak selesema kot. Dan last sekali ada liptint.

Gelang yang berada di atas katil itu juga aku pakai. Aku merenung lama gelang tersebut

Bila aku pakai sahaja gelang ni itu sudah bermaksud aku terima pinangan anieq. Dan aku bersedia dengan pelbagai benda yang berlaku lepas ni

Lantas aku membelek lagi sekali diri aku di dalam cermin, periksa lagi sekali diri aku ni

Setelah memastikan semuanya ok lantas aku keluar dari bilik tersebut.

"Misha, tak nak makan dulu ke?" Keluar sahaja dari bilik mak cik terus menegur

Aku menggeleng "takpelah, nanti kat kenduri tu banyak makanan"

"Kalau banyak makanan nanti tapau lah sikit bawa balik" gurau mak cik sambil tergelak kecil

"Nanti Misha masukkan dalam handbag ni" aku pun sambung jugalah bergurau tu

"Siapa hantar?" Pak cik mencelah perbualan aku dan mak cik

"Anieq"

~•~•~•~•~•

"Terima kasih tau anieq sebab sanggup hantar aku" aku tersenyum

"Tak perlu pun nak cakap terima kasih" senyum Anieq

"Kenapa pula?" Aku berkerut kecil

Kalau ada orang dah buat baik dengan kita jadi kenalah kita ucap terima kasih

"Yelah kan.." anieq memandang aku lama

"Kau kan bakal isteri aku jadi sepatutnya kau kenalah terbiasa naik kereta aku" terang anieq

Aku tersenyum mendengar penerangan nya itu. Yelah, kan aku dah terima pinangan dia

Gelang yang anieq bagi pun dah selamat berada di pergelangan tangan aku

"Terima kasih Misha sebab terima"

Aku mengganguk "iya sama-sama, berapa banyak kali kau nak cakap ni?" Aku tergelak

Dari awal-awal lagi aku masuk kereta anieq ni memang perkataan terima kasih tak lepas dari mulutnya itu

Anieq ikut sama tergelak "and sorry tau sebab tak dapat teman kau pergi kenduri ni, aku ada kerja pula last minit"

Aku menggeleng, kalau sekadar tak ikut pergi kenduri ni apalah sangat. Bukannya aku kisah sangat pun sebenarnya

Dan anieq ni sepatutnya sejam tadi kena gerak pergi kerja tapi sebab dia berkeras nak hantar aku jadi dia masuk kerja terlambat pula

"Dahlah, asyik bercakap je dari tadi bila aku boleh pergi kenduri nya ni" baru aku ingat kitaorang asyik dah beberapa minit dah dalam kereta ni padahal dah sampai destinasi

"Oh yelah, bye Misha Assalamualaikum"

Aku turun dari keretanya "Waalaikummussalam"

"Kali ni kalau mak cik-mak cik tanya kau bila nak kahwin cakap kau sebenarnya dah ada calon tau" sempat anieq berpesan sebelum aku menutup pintu kereta

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now