30

19 2 24
                                    

"Mengantuknya" aku menggeluh perlahan, mata aku yang dah mula layu itu aku gosok perlahan

Aku yang rindu sangat kerja jadi sampai ke rumah aku bawa kerja aku ni. Tapi masalahnya banyak sangat ni

"Misha" panggil mak cik aku di muka pintu

"Hmm" tu je yang aku mampu jawab, kepala aku lentokkan di atas meja

Tak tahulah nak siapkan kerja ni hari ni ke atau tunggu esok sahaja

"Dah penat sangat dah tu, tidurlah" mak cik aku datang mendekat dan membelai belakang badan aku

Aku lemah kalau pasal belai-belai ni. Kalau belai je auto aku akan tertidur itulah kelemahan aku

"Tapi kerja banyak lagi" balas aku, lemah

Tapi dalam hati aku nak tidur, kucing aku semuanya dah tidur tinggal tuan nya sahaja yang belum lagi

"Tapi macam mana nak siapkan kalau mengantuk macam ni?"

Dibelai pula rambut aku. Lagilah tak bermaya aku jadinya rasanya memang aku dah tak boleh buat apalah sekarang ni

Tidur jelah

Aku mengganguk, dahlah malam ni hujan lebat lagilah membuatkan aku tidur lena malam ni

"Oklah" aku mengganguk setuju dengan kata-kata mak cik aku itu

"Tapi mak cik jomlah tidur sekali dengan Misha" aku tersengih

Biasalah nak tunjuk manja lagipun sekarang ni mak cik aku jarang pula nak bercakap dengan aku

Mungkin sebab mak cik aku sekarang tengah panas dengan pak cik aku jadi dia takde mood nak cakap dengan orang lain?

Mungkinlah

Namun tanpa menjawab pertanyaan aku itu mak cik aku terus berjalan dan berbaring di atas katil aku

Yess, ini yang best ni

Tak perlu cara sopan lagi, lantas aku melompat ke atas katil dan memeluk mak cik aku

"Misha"

"Selamat malam mak cik"

~•~•~•~•~•

"Bum, bum!"

Bunyi kuat itu membuatkan aku dan mak cik aku terbangun. Kalau nak cakap petir rasanya macam bukan

Aku dan mak cik saling berpandangan, apa kejadian pula ni? Bunyi tu kuat sangat sampaikan kucing aku pun terbangun sekali

Mak cik aku yang pertama bangun dari katil dan menunju ke tingkat bawah, aku hanya mengikuti nya dari belakang

"Abang" mak cik aku memanggil pak cik yang terlebih dahulu berada di ruang tamu

"Suraya"

"Pak cik, bunyi apa tu?" Mata aku merayau melihat keadaan sekeliling

Terlihat pintu dan tingkap rumah yang seakan berlubang sana sini, kenapa ni? Kenapa macam bekas kena tembak je ni?

"Ada orang" mak cik aku tidak dapat menghabiskan kata-katanya, dia hanya mampu menutup mulut

Aku hanya mendiamkan diri, apa yang jadi sebenarnya ni? Kenapa tiba-tiba je rumah aku jadi tunggang-langgang macam ni sekali

~"kau tak takut ke? Kau kan buat hal dengan orang kaya?"~

Kata-kata Yusoff seakan bermain kembali di fikiran aku, ini ke sebabnya kenapa rumah aku jadi porak peranda macam ni?

"Apa kata kalau semua orang tidur dekat ruang tamu malam ni?"

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now