22

20 3 10
                                    

Beg zip baju yang masih terbuka luas itu cepat-cepat aku tutup. Tak sabar rasanya nak balik dan berjumpa lagi dengan Mika, Oyen, brownies dengan Fanta

Apalah jadi dengan cucu aku tu ya? Tak sabar rasanya nak balik ke rumah macam ni

Aku memegang telefon aku kemas di genggaman. Aku berdiri membelakangi pintu dan melihat kawasan persekitaran di sebalik tingkap wad

Sekarang ni aku hanya perlu tunggu sahaja pak cik aku datang dan mengambil aku

Sambil-sambil tu aku boleh juga cuci mata dengan melihat kawasan di persekitaran hospital ini

Banyak juga bunga dekat hospital ni rupanya, rasa macam dekat Cameron highland pula dahlah bilik wad aku berada di tingkat atas

Dengan angin yang mendayu lagi memang makin sejuklah aku jadinya, kalau time pagi macam ni memang rasa best tapi kalau malam rasa macam aku berada di kutub utara pula

Tok, tok, tok

Aku hanya berdiam sahaja apabila mendengar ketukan pintu itu. Mesti pak cik aku lah tu siapa lagi

"Misha"

Berkerut muka aku jadinya, lantas aku berpusing ke belakang

"Zaquan?" Terkedu aku disitu nak sebut nama dia tadi pun rasa macam dengar tak dengar sahaja

"Kau buat apa dekat sini?" Aku mengalihkan pandangan aku dari terus memandangnya

"Aku pergi rumah kau tadi lepastu jumpa pak cik kau bila aku tanya kau dekat mana pak cik kau jawab kau dekat hospital jadi terus aku datang sini"

"Tapi macam mana kau tahu bilik aku kat mana?" Tanya aku, masih lagi musykil dengan kehadiran dirinya di sini

"Tanya orang kerja kaunter tu" jawab Zaquan laju

Aku mengganguk perlahan, tanpa mempedulikan dirinya aku sambung semula melihat pemandangan hospital itu

"Misha" aku mendengar Zaquan memanggil nama aku lagi

Namun aku hanya mendiamkan diri, kenapa pula dia ada di sini? Aku dahlah masih lagi nak lari dari dia ni

Namun aku buat tak endah sahaja dengan dirinya dan duduk pula di hujung katil aku, masih lagi membelakangi nya

Namun dari sisi mata aku. Dapat aku lihat Zaquan yang menarik kerusi dan duduk bersebelahan dengan aku

"Siapa yang uruskan kereta kau?" Pertanyaan Zaquan itu membuatkan aku mengimbau kisah lama

Dulu kan dia yang suka uruskan hal tentang kereta aku ni. Tapi sekarang hal tu orang lain yang tolong uruskan

"Anieq" aku melihat ke arahnya, cuba untuk melihat sama ada Zaquan mempunyai reaksi ataupun tidak

Zaquan memberikan reaksi terkejutnya. Aku boleh agak juga dia akan bagi reaksi tu kalau secara tiba-tiba je anieq yang tolong aku

Tapi apa masalahnya? Bukankah dia yang nak sangat aku dengan anieq ni rapat jadi kenapa nak kena pasang reaksi macam tu

"Kenapa kau nak terkejut? Bukan ke kau yang sibuk sangat ship kan aku dengan anieq tu" aku mula mengangkat beg baju aku itu

Kalau susah sangat, baik aku tunggu dekat luar jelah. Senang jadinya

Namun tindakan aku terhenti apabila Zaquan mula memegang beg baju aku, menghalang aku dari pergi

"Kau merajuk dekat aku apa semua ni sebab kau marah aku ship kan kau dengan anieq ke?"

Akhirnya, dia baru nak sedar kenapa aku jadi macam ni

"Kau rasa?"

"Aku minta maaflah Misha, janganlah buat aku macam ni lama-lama" rayu Zaquan

Mula luluh hati aku mendengar respon nya itu, lagipun buat apa nak merajuk dari dia lama-lama kan senang kalau maafkan je dia

"Tengoklah macam mana" senyum aku kepada Zaquan, seronok pula mengusik dia macam ni

Tahu, perangai aku ni macam budak-budak tapi entah kenapa rasa macam seronok je

"Betul-betul lah Misha" gesa Zaquan 

"Iya, aku maafkan tapi kalau lain kali kau shipkan aku dengan anieq lagi memang takde maaf bagimu"

Zaquan mengganguk laju "ok, aku janji tapi kalau bukan dengan anieq apa kata aku shipkan kau dengan Bangla jual karpet tu"

"Kau ni sekali aku bagi" aku mengangkat pasu bunga kecil yang berada di atas meja itu dan membuat gaya seakan ingin baling ke arahnya

"Gurau jelah, kau ni tak padan dengan tangan patah"

"Yang patah tangan kiri je, tangan kanan elok lagi ni" aku membuat gaya tidak mahu mengalah

"Sudah lah tu, ok aku minta maaf ye wahai cik Misha" Zaquan membuat gaya memohon maaf nya berkali-kali

"Jadi... kau balik dengan siapa?"

Aku mula tersenyum faham apa yang Zaquan nak maksudkan

"Dengan pak cik akulah, siapa lagi"

"Aku hantar"

"Jom, aku pun rindu nak muntah dekat kereta kau"

"Ha,ah memang kereta aku ada banyak pun"

~•~•~•~•~•

"Aku suruh buat biar sampai dia mampus, yang kau buat dia patah tangan je kenapa?!" Menjerit Fasha di situ

Habis semua orang di cafe tersebut memandang ke arahnya, lelaki yang bersama dengan Fasha itu pun hanya memandang sekeliling sambil tersenyum

Namun susah untuk melihat senyuman lelaki tersebut apabila dia memakai topi dan face mask. Seakan rahsia sangat kewujudan nya itu

"Aku nak buat macam mana lagi? Dah nyawa dia panjang lagi nak buat macam mana" lelaki bertopi tersebut seakan tidak mengendahkan pandangan Fasha yang sudah mencerlungnya tajam

"Kau dah letak ubat tidur belum dalam minuman dia?"

"Dah"

"Jadi kenapa dia boleh tak mati? Dia dah minum ubat tidur lepastu kau dah potong wayar brek kereta dia jadi kenapa dia tak mati lagi?!" Fasha mengetuk kuat permukaan meja itu

"Kan aku dah cakap, ajal dia belum sampai lagi" jawab lelaki bertopi tersebut

Mukanya seakan penat melayan kerenah Fasha yang mahukan Misha mati itu. Dari mula berjumpa dengan Fasha memang itu sahajalah permintaannya

"Kalau kau tak boleh buat apa yang aku nak memang aku tak bayar kau" ugut Fasha lantas berlalu keluar dari cafe itu

Lelaki bertopi tersebut mengeluh lemah, apa lagi cara yang dia perlu buat agar Fasha dapat apa yang dia minta?

"Misha, kenapalah liat sangat nyawa kau ni?" Bisik lelaki tersebut

Stay tuned tau ❤️💌

Terima kasih sebab baca vote dan komen 💌

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now