Aku berjalan mendekati kereta aku yang terpakir di hujung jalan itu, biasalah kalau datang kerja lambat itulah jadinya
"Bye Misha jumpa esok!" Jerit Azwani lantas berlari ke keretanya
"Bye!" Aku mula menjerit kembali
Apabila melihat Azwani mula bergerak pergi aku meneruskan perjalanan ke kereta aku
Namun langkah aku terhenti apabila melihat kertas putih yang berada di hadapan kereta aku
"Dah kenapa pula ni?" Aku mengambil kertas tersebut, dah kenapa pula ni? Aku buat salah ke?
"Aku kena saman ke? Takkanlah" aku melihat sekeliling rasanya memang tak mungkin aku kena saman
Lantas aku mengambil kertas tersebut, perasaan ingin tahu aku jadi melonjak naik pula
Assalamualaikum wahai cik Misha
Kalau cik Misha mendapat surat ini ketahuilah bahawa saya disini iaitu Zaquan Adha ingin mengajak cik Misha keluar makan petang ini
Kalau cik Misha sudilah
Lantas aku tersenyum, tak sangka pula ni kerja Zaquan rupanya
"Misha" aku menoleh ke belakang apabila nama aku dipanggil
"Zaquan" senyum aku, sejak bila dia ada dekat belakang aku ni memang aku tak sedar
"Terkejut aku tau, aku ingatkan aku kena saman ke apa"
Zaquan hanya tergelak kecil, lantas dia mengeluarkan sekuntum bunga mawar kecil dari belakang badannya
"Jadi adakah cik Misha sudi keluar makan dengan saya?" Tanya Zaquan lagi sekali
"Sudilah, lagi-lagi kalau dapat makan free ni" senyum aku lantas mengganguk laju bunga mawar yang dihulurkan kepada aku itu, aku ambil
"Jom" Zaquan berlari anak menuju ke kereta yang terparkir tidak berapa jauh dari kereta aku
"Sekarang ke?" Aku berlari anak juga
Dengan angin yang bertiup agak kencang ini menyebabkan aku juga bersemangat berlari anak mengikuti Zaquan juga
"Yelah jom"
"Kereta aku?"
"Tinggal je nanti aku handle kan untuk kau" Zaquan membuka pintu kereta nya untuk aku sebelum zaquan masuk ke dalam kereta
~•~•~•~•~•
"Zaquan, kenapa t-shirt kau basah?" Aku menunjuk ke arah t-shirt nya yang mempunya noda air itu
Macam kena simbah dengan air manis je Zaquan ni
Tersedak Zaquan yang sedang makan itu, lantas aku memberikan air kepadanya
Aku hanya menunggu jawapan dari Zaquan, salah cakap ke aku ni?
"Ada air manis tertumpah atas baju aku, tu yang nampak ada noda air tu" senyum Zaquan lantas menyambung semula pemakanan nya
"Kenapa tak tukar baju?"
"Sebab aku takut aku tak sempat nak jumpa kau" senyum Zaquan
YOU ARE READING
Our Story (Completed ❤️)
Storie d'amoreMisha seorang gadis yang baru sahaja pulih dari trauma akibat kehilangan abangnya iaitu Fateh dalam sebuah kes pembunuhan menjumpai Zaquan seorang jejaka yang sudi hadir dan menemani dirinya Terima kasihlah sebab sudi pelawa diri kau untuk aku, kita...