PLEASE DONT LEAVE ME

76 2 0
                                    


1901, BULGARIA

Bergema dengan jeritan dan raungan Queen Celeste di laluan untuk ke dewan hukuman.

"Kring..kring!"

Bunyi geselan rantai pada kaki Queen  Celeste. Wajah wanita itu sudah tidak bermaya.Sudah berapa lama dia tidak diberi makan.

King Vlad menyeret tubuh isterinya tanpa belas ke hadapan barisan drakula pemerintah beraja Eropah.Matanya kelihatan memerah dan berkaca.Dia tidak membenarkan isterinya disentuh oleh para pengawal.Hukuman mati dijatuhkan kepada isterinya kerana curang dengan manusia dan melahirkan anak dwidunia.Satu pantang larang terbesar bagi kaum itu.Demi menjaga keturunan mereka, Queen Celeste harus dibunuh bersama anaknya.Untung bagi Emmett Dmitri kerana umurnya baru mencecah 5 tahun dan ciri ciri seorang drakula tidak dapat dipastikan sehingga kanak kanak tersebut berumur 6 tahun.

"Vlad..please dont do this to me.I love you Vlad.We've been together for 300 years.I will never cheated on you.Please trust me Vlad."

Rayu Queen Celeste dengan gigilan pada badannya.King Vlad hanya mendiamkan diri.Cuma disudut matanya saja air mata mengalir laju.Separuh hatinya mengatakan tidak mungkin Queen Celeste menduakan dirinya.Mereka pasangan bahagia.Mereka saling melengkapi.

King Vlad dan Queen Celeste bertemu di medan perang.King Vlad menyelamatkan Queen  Celeste yang ketika itu merupakan mangsa peperangan.Queen Celeste dibawa pulang ke istana,dirawat dan diberi layanan yang baik.Hubungan mereka sangat rapat dan wujud benih benih cinta dihati King Vlad dan Queen Celeste.Mereka akhirnya berkahwin dan punya seorang putera yang pertama yang bernama Emanuel.Emanuel kini berumur 50 tahun.

Queen Celeste punya hubungan baik dengan manusia.Manusia menerima kaum mereka dengan hati terbuka pada waktu itu.Mereka hidup aman dan damai malah kebanyakan pemerintah tertinggi di Eropah pada ketika itu adalah di kalangan bangsa penghisap darah.

Untuk beratus tahun sebelum ini, bangsa drakula belajar untuk hidup dengan menikmati darah pada haiwan buruan sahaja.Maka dengan itulah mereka boleh berdamai dengan manusia.Kelahiran bayi dwidunia boleh mengancam keselamatan dua bangsa ini.

Ini kerana bayi dwidunia cenderung untuk menghisap darah manusia sebagai makanan mereka.Itu bukan sahaja mengancam hidup manusia malah mengancam populasi drakula juga.

"Kill her with this silver sword.Pierce it right on her heart."

Constantine, drakula paling senior dikalangan mereka memberi arahan.Kelihatan pengawal menghulurkan pedang berwarna perak.

Queen Celeste hanya tunduk merenung lantai.Tidak guna dia merayu lagi.Dia yang sedang melutut dilantai tidak menyangka nyawanya akan berakhir di tangan suaminya sendiri.

"Father..please.....dont..!!! Please father!!!"

Jerit Emmanuel.Dia dipegang kuat oleh para pengawal.Emmett pula dipegang erat oleh Mathilda, pengasuh Emmett sedari bayi lagi.

"Mother...!!! Mother!!!"

Jerit Emmett.Dia masih belum mengerti apa apa tetapi dia dapat merasakan ada perkara buruk yang akan berlaku ke atas ibunya apabila melihat pedang panjang berwarna perak pada tangan bapanya.

"My sons..I love you both.Please live your life happily.Mother always pray for you.I swear with the Moon Goddess, the truth will prevail"

Sebak Queen Celeste menuturkan kata katanya.Dia dihukum atas kesalahan yang dia tidak lakukan.Hatinya remuk mengenangkan suaminya sendiri yang mengheret dirinya ke muka pengadilan.Suaminya sendiri yang melaporkan tentang dosa kononnya dilakukan oleh dia kepada kesatuan pemerintah Drakula Eropah.

Tangan King Vlad menggigil hebat.Mulutnya kelu.Dia tidak mampu berkata apa apa ketika ini.Hanya matanya yang meluahkan rasa sayu dan kesal yang berbuku di dada.Air mata disudut matanya mengalir semakin laju.Hukuman paling berat untuk dia laksanakan ialah mencabut nyawa isterinya sendiri.Selama ini dia adalah pemerintah yang akan mengepalai angkatan tenteranya.Membunuh di medan perang adalah satu perkara biasa baginya.Namun tidak dengan kali ini.Dia tidak mampu mencabut nyawa cintanya.

THE VAMPIRE OATHWhere stories live. Discover now