Amber POV
Aku menggosok mata berkali kali.Cahaya matahari yang masuk melalui tingkap mengganggu lena ak u.Aku melihat diri yang masih berpakaian seperti semalam.Lega kerana Emmett tidak mengambil kesempatan.
Aku menuruni katil perlahan lahan.Bulat mata aku melihat ada pakaian aku tergantung pada dinding.Yang kecil kecil pun digantung.
'Aaaarggghhh Emmettt..This is so embarassing"
Tidak jauh dari baju ada seperti sebuah bilik kecil.Kelihatan seperti bilik air.Ada sebuah baldi berisi air.Aku mencelupkan hujung jari.Air panas.Mata singgah pula ke atas meja batu.Ada berus gigi dan beberapa barang kepunyaan aku.
"Emmett sediakan untuk aku ke?"
Aku membuka sweater segera.Badan ini terasa melekit.Aku perlu membersihkan diri.
Usai membersihkan diri aku meninjau ke arah tingkap.Aku melihat Emmett sedang membelah kayu di halaman istana.Aku melihat sekitar istana pula.Banyak tugu manusia.Siapa pemilik sebenar istana ini?Kenapa terlalu banyak tugu berbentuk manusia??
Aku membawa langkah keluar dari bilik.Istana ini nampak suram.Namun begitu ianya terpelihara dan nampak bersih.
Aku menyusuri lorong untuk turun ke bawah.Dikanan dan kiri aku ada beberapa pintu kelihatan seperti bilik.Di dalam bilik bilik itu ada juga terdapat tugu manusia.Ada tugu tugu yang membongkok,ada seperti sedang berjalan dan pelbagai posisi yang mendatangkan kemusykilan didalam diri.
"Tidak mungkin istana ini terkena sumpahan.Sumpahan tu semua perkara mengarut"
Aku mengomel perlahan.Lorong istana berasa sejuk.Aku melangkah menuruni tangga.Kurang sedikit rasa takut apabila mengetahui bahawa Emmett penghuni istana lama ini.
Aku melewati beberapa ruang besar.Ada sebuah rak buku disitu.Langkah menghampiri rak buku.Aku melihat pelbagai jenis genre buku di dalam rak.Ada juga novel novel klasik berunsurkan cinta.
"Auchhh!!Emmett suka membaca buku rupanya.Good for him"
Aku meraba pula dinding.Kelihatan ada simbol yang timbul ditepi rak buku.Ianya agak terselindung dengan tugu manusia yang berada ditepi rak buku.
Aku meninggalkan rak buku.Kaki dihayun ke ruang belakang pula.Ada batu besar seakan akan meja makan yang panjang dan kerusi kerusi.Aku berpendapat itu ruangan makan.Aku berjalan lagi kali ini aku tiba di ruang seakan akan seperti dapur.
Ada cerek yang ditenggek dengan api yang menyala di atas dapur.Aku melihat persekitaran dapur.Walaupun serba kekurangan tetapi tetap kemas dan bersih.Aku mencapai mug dan paket berisi milo segera.Perut sudah berkeroncong.
Semalam aku menjamah sup yang dimasak oleh Emmett hingga habis.Rasanya seperti tidak cukup tapi malu pula ingin meminta tambah.Akhirnya aku tidur dengan perut yang masih lagi minta untuk diisi.
Aku membuka paket milo dan menuang isinya ke dalam mug.Aku menghampiri cerek.Baru ingin memegang tangkai cerek ada satu tangan yang mendahului pergerakan aku.
'Emmett'
Aku menoleh perlahan ke arah empunya tangan.Lelaki itu hanya tersenyum.
"Careful love.It's hot."
Aku melihat Emmett mengangkat cerek dengan selamba.Tidak panaskah besi pemegang cerek itu baginya?
"Emmett...tak panaske tangkai cerek tu?"
Aku bertanya kehairanan.Selamba sahaja dia memegang besi itu.Air panas dituang ke dalam mug.
"No love..come..aku ada buat sandwich untuk kau."
YOU ARE READING
THE VAMPIRE OATH
VampireEmmett Dmitri dibuang oleh bapanya King Vlad Dmitri kerana statusnya. Emmett didakwa bukan darah dagingnya.Emmett merupakan hasil curang Queen Celeste bersama Romanov iaitu panglima angkatan tentera kerajaan di bawah pemerintahan Dimitri ll. Emmett...