Emmett's POV
2 minggu kemudian
Aku merenung satu persatu cincin di atas meja.Harganya mencecah puluh ribuan.Aku menjeling ke arah Cynthia.Cynthia merupakan teman sepermainan aku ketika kecil dan sekarang ini dia adalah isteri kepada Emmanuel.Cynthia anak kepada salah seorang menteri di Bulgaria dan berketurunan bangsawan
Cynthia membebaskan Emmanuel dari kurungan.Mereka melarikan diri dari Bulgaria 10 tahun selepas aku di tinggalkan di istana lama.Mereka menukar nama sebagai Samuel dan Cecelia.Mereka berdua merantau bersama sama dan hidup aman dengan manusia.Mereka berpindah dari satu tempat ke satu tempat bagi mengelakkan keraguan tentang umur mereka.
Aku mengeluarkan karung berisi duit di dalam beg sandang.Cynthia membulatkan matanya.Dia menggeleng kepalanya laju.
"It's on us Emmett"
Aku menayangkan riak bingung.Aku yang mahu kahwin,takkan Emmanuel dan Cynthia yang kena keluarkan belanja?
"Mahal sangat ni Cynthia.Aku tak mampu."
Belakang leher aku urut kasar.Malu rasanya kerana aku serba kekurangan.
"Emmett..kau adalah adik kami.Lagi pun apalah sangat berbanding ikatan saudara yang kita baru sahaja bina.Mesti Amber happy.Kau pilih je yang mana satu berkenan di hati."
Aku mendiamkan diri.Terasa segan dengan kakak ipar sendiri.Akhirnya aku memilih cincin yang bertahtakan berlian biru.Potongannya tidak terlalu sarat.Sesuai dengan perwatakan Amber.Untuk perkahwinan aku bercadang untuk memberi cincin milik mendiang Queen Celeste.
Hari ini seharian aku meluangkan masa dengan Cynthia.Entah berapa banyak wang yang wanita itu habiskan untuk aku.Usai membeli cincin kami ke butik pakaian ternama.Penampilan aku diubah oleh Cynthia.Barulah nampak seperti putera raja kata Cynthia.Dari pakaian,produk penjagaan diri dan banyak lagi.
Kami sempat singgah di kedai bunga.Cynthia memilih beberapa kuntum bunga lily dan sekotak coklat.
"This is how you treat your human mate brother"
Sekali lagi aku merasa malu.Tidak pernah aku terfikir untuk memberi kejutan begini kepada Amber.Aku selalu membaca novel cinta tetapi tidak mempraktikkan cara cara memikat dengan kebendaan begini.Bagi aku perhatian dan sikap ambil berat kepada Amber cukup melambangkan yang aku cintakan dia.Mungkin aku perlu mengubah cara aku mencintai dirinya.
Usai membayar harga bunga dan coklat aku mengekori langkah Cynthia ke kereta mewah.Kiri dan kanan tangan penuh dengan beg kertas.
"Emmett..kita ambil Emmanuel dahulu di hospital kemudian kami hantar kau balik ya."
Aku senyum kecil.Aku telah pun berbincang sebaiknya dengan Emmanuel perihal Amber.Aku minta dia menerima Amber di dalam keluarga kami.Amber pula sudah keluar dari hospital.Namun begitu dia masih dalam keadaan lemah.Atas saranan Emmanuel, Amber tinggal dirumah Jason.Mudah lagi untuk Amber kerana rumah Jason lengkap dengan keperluan asas.
YOU ARE READING
THE VAMPIRE OATH
VampireEmmett Dmitri dibuang oleh bapanya King Vlad Dmitri kerana statusnya. Emmett didakwa bukan darah dagingnya.Emmett merupakan hasil curang Queen Celeste bersama Romanov iaitu panglima angkatan tentera kerajaan di bawah pemerintahan Dimitri ll. Emmett...