SHATTERED HEART

39 2 0
                                    

Emmett POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Emmett POV

Kuntuman ros hitam aku petik beberapa tangkai.Simbolik agung untuk kaum seperti aku.Amber gemar bunga ini.Akan aku bawa bersama ketika memujuk dirinya.Aku tahu aku melakukan kesalahan besar di awal hubungan kami.Hampir seminggu aku membiarkan segala kekusutan.

Aku membiarkan Amber terkapai kapai dalam hubungan kami.Sepanjang itu juga diri ini terhukum dengan tindakan aku sendiri.Bukan itu sahaja, Bran turut menghukum aku.Si gagak hitam juga turut mogok dan tidak mahu bercakap dengan aku.

Aku terlalu ego.Amber sanggup melepaskan kehidupannya demi aku mengapa aku tidak boleh ketepikan rasa takut dan trauma untuk kembali ke tanah tumpahku?

Aku membiar dan melepaskan Amber tanpa menjelaskan sebab mengapa aku membantah permintaannya.Pasti wanita itu berkecil hati paling teruk jika dia membenci diri ini.

Aku nekad untuk berjumpa Amber hari ini.Aku nekad untuk mengikutnya.Mungkin sudah tiba masa aku memulakan kehidupan baru bersama si dia.

Ada 6 kuntum ros hitam di pegangan tangan aku.6 kuntum membawa makna ingin memiliki dan mahu dimiliki.Aku melihat penampilan di cermin besar di dalam bilik.Ringkas dengan jeans lusuh dan berhoodie.Amber suka melihat aku berpakaian begini.

Aku melangkah laju menuruni tangga.Ketika melimpasi perkarangan istana aku lihat si gagak hitam terbang rendah.

Huakkkk!!Huakkkk!!

'Emmettt!! Emmett!!'Amber!Amber!Ke rumah Jason sekarang!'

Aku memakukan langkah.Tercungap cungap si gagak menuturkan katanya.

'Kenapa?Apa yang terjadi?'

'Emmett pergi ke rumah Jason.Cepat!'

Tanpa berlengah aku berlari merentas denai kecil yang merupakan laluan kebiasaan aku ke rumah Jason.Aku memperlahankan langkah apabila melihat bumbung rumah Jason.Dari jauh aku melihat sebuah kereta polis dan agak ramai juga di hadapan rumah Jason.

Degupan jantung semakin kencang.Dapat aku merasakan ada perkara buruk telah berlaku.Tanggapan aku mengatakan ada kaitan dengan Amber.

Aku menghampiri Jason.Disebelahnya Lea yang sedang teresak esak menangis sambil memegang baju milik Amber.

"Tokk..apa dah jadi?Mana Amber?"

Jason menoleh ke arah aku.Mukanya turut kusut.Jason menggamit untuk aku hampir kepadanya.

"Emmett..Amber hilang sejak 2 hari lepas."

"Whatt??"

Dada aku terasa sendat.Kuntuman bunga terlepas dari pegangan tangan.

"Kenapa seorang pun tak maklumkan pada aku?"

Aku menggenggam penumbuk.Terasa marah kerana semua tidak memaklumkan kepada aku perihal Amber.Amber itu tanggungjawab aku.Aku berhak tahu.

THE VAMPIRE OATHWhere stories live. Discover now