Emmet's POVAmber membersihkan badan lelaki yang penuh dengan cakaran.Cakaran sang serigala.Biasanya jika manusia yang terkena cakaran sebegini pasti nyawanya berakhir.
Bagi kaum seperti aku pula,jika tidak dirawat segera cakaran tersebut akan menyebabkan kami lumpuh sepenuhnya.Bisanya mampu menggugat fungsi setiap sendi kami.
Terbit bibit cemburu melihat tangan Amber menyentuh tubuh lelaki itu.Tidak aku ketahui apakah punca lelaki itu dicakar.Apa yang aku pasti lelaki itu bukan berasal dari sini.Sekali imbas aku tahu dia adalah golongan penghisap darah.
Emmanuel dan Cynthia masih berburu.Mereka mencari penawar untuk lelaki asing.Jika manusia terkena cakaran serigala penawarnya daun oak hitam,kaum kami pula ialah debu yang diperoleh dari hasil pembakaran tanduk rusa jantan yang bercabang tiga.Mungkin Emmanuel dan Cynthia terpaksa berburu jauh ke dalam hutan untuk mencari rusa jantan yang katang.Hanya rusa jantan yang matang akan punya tanduk bercabang tiga.
Lelaki asing masih tidak sedarkan diri.Mungkin cakaran yang terlalu banyak sedikit demi sedikit melumpuhkan sistem saraf lelaki itu.
"Hey mister.Wake up please.."
Amber menepuk nepuk perlahan pipi lelaki tersebut.Suara manjanya membuatkan aku tidak senang duduk.Aku mengetap rahang kuat.Cuba menahan api cemburu yang mulai marak.
'Hold your horses Emmett..she' s helping him.Cant you see that?You should proud of your mate'
Kata kata Bran aku biarkan seperti angin lalu.Entah mengapa aku merasakan lelaki itu bakal mengancam hubungan aku dan Amber.
'Huakkkk !!! Huakkkk!!'
'Emmett!!Emmett siapa ni?'
Kelihatan burung gagak menghampiri.Kibasan sayapnya berhenti dan dia bertenggek berhampiran lelaki asing.
Aku hanya mengangkat bahu dan menggelengkan kepala berkali kali.Memang aku tidak kenal dirinya.
Aku lihat sang gagak ralit memerhatikan figura lelaki asing.Sang gagak berjalan merapati wajah lelaki itu.
'Cannot be'
Gumaman burung itu menarik perhatian aku.Mata yang ralit memerhati tingkah Amber kini beralih ke arah Aunty Mathilda.
'Amber..May..may I see his left arm?'
Pinta Aunty Mathilda dengan agak gugup.Intonasi suaranya berubah.
"Sure aunty"
Amber menyelak lengan baju hingga ke pangkal bahu kiri.Terdapat tatu seperti cop mohor di lengan kirinya.Cop mohor yang terbentuk dari cucuhan besi panas ke atas kulit. Aku yang turut memerhatikan logo tersebut membulatkan mata.Aku kenal logo tersebut.Aku berpandangan seketika dengan sang gagak hitam.
'Dmitri's Army'
Bisik aku di dalam hati.Aku kembali melihat wajah lelaki asing.Sebolehnya cuba berfikir tentang lelaki itu.
YOU ARE READING
THE VAMPIRE OATH
VampireEmmett Dmitri dibuang oleh bapanya King Vlad Dmitri kerana statusnya. Emmett didakwa bukan darah dagingnya.Emmett merupakan hasil curang Queen Celeste bersama Romanov iaitu panglima angkatan tentera kerajaan di bawah pemerintahan Dimitri ll. Emmett...