EMMETT POV
2018, TRANSYLVANIA ROMANIA
Aku memerhatikan pembalak yang sakan menebang pokok pine tidak jauh di hadapan aku.Satu persatu pokok yang tinggi menjulang rebah menyembah bumi.Kawasan pergunungan sedikit demi sedikit semakin lapang.Ada juga jentera jentera besi dengan bunyi yang membingitkan.
Dahulu pokok pokok tinggi itulah menjadi tempat aku bermain.Aku berlatih memanjat, melompat dari satu dahan ke satu dahan dengan pokok pokok itu.Satu per satu musnah dek kerana tamaknya sikap manusia.Banyak yang aku belajar ketika bergaul dengan manusia.Manusia ini unik.Mereka makan apa sahaja.Berlainan pula dengan aku.Aku cuma perlukan darah sepanjang hidup.
Dahulu kawasan pergunungan ini aman damai.Hanya kaum manusia terawal yang membentuk perkampungan orang asli di kaki gunung.Semasa King Vlad meninggalkan aku di istana lama, penduduk kampung itu telah wujud, malah Aunty Mathilda selalu mencuri makanan dan susu untuk aku dari orang kampung sebelum aku bertukar sepenuhnya menjadi seorang penghisap darah.Kasihan Aunty Mathilda.Sering kali aku mendengar orang kampung menyumpah seranah penampilan Aunty Mathilda sebagai seekor gagak hitam.
"Bad bird!!!"
"Cursed bird!!"
Tidak dapat dibayangkan jika Aunty Mathilda ditangkap.Seronok orang kampung menikmati daging burung yang agak besar dari gagak kebiasaan.Al maklumlah sebelum disumpah, Aunty Mathilda punya badan yang agak gempal.King Vlad ini pun satu, kalau nak sumpah, sumpahla menjadi satu binatang yang bukan boleh dimakan.Contohnya siput babi ke.Hmmmm..
Pembalakan semakin menghampiri kawasan kampung.Orang kampung mula mengadu beberapa siri kejadian tanah runtuh di perkampungan.Aku perlu menghentikan kegilaan ini.Tapi bagaimana?
Dari puncak pohon pine yang berketinggian 100 meter hidung aku seperti menghidu sesuatu.Kembang kempis hidung menandakan bauan tersebut semakin hampir.Aku melihat ke bawah.Tidak jauh dari pokok pine aku melihat seekor rusa jantan yang agak besar.Aku meneguk liur dengan payah.Tangan menyapu mulut yang mula mengeluarkan lendiran yang menandakan makanan enak dihadapan mata.
Food glorious food!!!
We're anxious to try it
Just picture of a blood of a roe deer ,
Oh, food, wonderful food, marvelous food, glorious food!
"Stop singing Bran.!!!"
Aku menepis suara yang mengganggu konsentrasi untuk memburu.Perlahan aku melompat turun dari satu dahan ke satu dahan.
Food!!! Glorious food!!!"
"Shut up Bran!!"
Jerit aku kuat.Kadang aku menyesal pula dikurniakan kelebihan dengan punya semangat pendamping seperti Bran.Jika Bran adalah susuk fizikal seperti aku atau manusia sudah lama aku ikat dia di pohon pine kemudian aku letakkan lelabah tarantula di badannya.Biar dia tahu erti penyesalan.
Jeritan aku mengejutkan si rusa jantan katang.Rusa itu berlari ke arah kawasan pembalakan haram.Itu tidak boleh terjadi.Jika rusa tersebut terlepas ke kawasan pembalakan pasti ia akan mati ditembak lalu dagingnya menjadi santapan kepada pembalak pembalak durjana.
Selaju kilat melompat dari satu dahan ke satu dahan dan akhirnya dapat bertenggek di belakang rusa jantan.
Aku dengan pantas menggigit lama leher rusa jantan tersebut lama.Rusa jantan yang sedang berlari ketika itu rebah dan aku bergelut seketika dengan rusa besar.Rusa besar semakin lemah dan akhirnya mati.
Aku bersandar pada akar pokok yang agak besar.Kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata kata.Seminggu sekali aku akan memburu untuk mendapatkan darah haiwan yang berkeliaran di dalam hutan.Aku hanya memburu haiwan haiwan yang matang seperti rusa dihadapan aku ini.
YOU ARE READING
THE VAMPIRE OATH
VampireEmmett Dmitri dibuang oleh bapanya King Vlad Dmitri kerana statusnya. Emmett didakwa bukan darah dagingnya.Emmett merupakan hasil curang Queen Celeste bersama Romanov iaitu panglima angkatan tentera kerajaan di bawah pemerintahan Dimitri ll. Emmett...