Author's POV
Suasana laman rumah Jason kelihatan meriah dengan kehadiran orang kampung.Mereka semua kelihatan teruja dengan perkahwinan antara Amber Louis dan Emmett Dmitri.Rasanya perkahwinan pasangan itu diraikan gilang gemilang di kampung itu. Sepanjang jalan untuk ke kampung dihiasi ros hitam dan putih.
Dekorasi hitam dan putih menghiasi laman rumah Jason.Segalanya kelihatan sempurna.Di altar kelihatan Emmett berdiri segak dengan persalinan pengantinnya.Disebelahnya berdiri Emmanuel dan Cynthia sebagai keluarga terdekat dan paderi yang bakal menyatukan mereka.
"Amber sayang..sebentar lagi kamu akan disatukan dengan Emmett.Aunty doakan kebahagiaan kamu dan Emmett ya nak.Aunty tiada apa untuk dihadiahkan kepada kamu cuma ini.Jika kamu ditimpa kesusahan buka loket ini serulah nama aunty.Maka aunty akan datang membantu kamu.Berjanjilah pada aunty yang kamu akan membuka loket ini disaat saat kamu kesusahan."
Lea mengkalungkan rantai mutiara yang punya loket berbentuk hati.
"Aunty..Ini terlalu berharga buat Amber.Amber tak layak terima pemberian aunty ini."
Lea mengusap belakang badan Amber.Dia tidak punya anak perempuan.Kepada Amber juga dia menumpahkan kasih sayangnya sebagai ibu.
"Aunty dan uncle sudah menganggap Amber seperti anak kami.Terimalah hadiah yang tidak seberapa ini.Semoga bahagia mengiringi hidupmu anakku"
Lea mengerling ke arah suaminya.Jason hanya senyum kecil.Dia memahami naluri keibuan Lea.
Amber mendepakan tangannya.Dia menggamit kedua dua orang tua itu kedalam pelukannya.Mereka berpelukan agak lama.Amber benar benar melempiaskan rasa rindu kepada kedua orang tuanya.
"Dont cry my child.Kami sentiasa ada untuk Amber.Jika ada apa apa yang terjadi, rumah ini sentiasa terbuka untuk kamu."
Bisik Jason perlahan. Lea menganggukkan kepalanya.Dia turut bersetuju dengan kata kata suaminya.
"It's time Amber."
Sapaan suara lelaki menyentak perhatian keluarga kecil yang saling berpelukan.Angelo tersenyum melihat kemesraan dan keakraban Amber dan pasangan tua tersebut.Perlahan lahan pelukan dirungkai.Jason dan Lea bergilir gilir melabuhkan ciuman pada pipi dan dahi Amber.Amber merasa sebak yang teramat.Dia berusaha menahan air matanya sedari tadi.
Dalam waktu yang singkat hubungan kekeluargaan antara dia dan keluarga Jason terbina.Buat seketika, Amber benar benar merasakan dia masih punya ibu bapa yang menghadiri hari bersejarahnya.
Amber menarik nafasnya perlahan lahan.Amber kelihatan seperti Dewi Greek.Persalinan dan solekannya benar benar menaikkan seri wajahnya.
"You look like Goddess"
Puji Angelo.Dia tumpang gembira dengan perkahwinan Amber dan Emmett sebentar lagi.
"You're devillish handsome too Angelo."
Angelo menghampiri Amber.Veil ditarik menutupi muka Amber. Dia kemudian mencempung tubuh Amber berhati hati menuju ke halaman rumah.Langkah Angelo diekori oleh Jason dan Lea.
Muzik mula kedengaran.Pemain muzik melantunkan irama buat pengantin baru.Suasana bertukar menjadi romantis.
"Smile sweetheart."
Teguran dari Angelo membuatkan Amber tersipu sipu malu.Dia mula mengukir senyum lebar.Matanya menghala ke arah altar.Kelihatan Emmett menanti dengan senyuman dan matanya kelihatan berkaca.
Angelo semakin menghampiri Emmet.Tiba di altar, Angelo menyerahkan Amber kepada Emmett.Amber bertukar tangan.Giliran Emmett yang mencempung Amber ke hadapan paderi.Tubuh Amber diturunkan berhati hati.Emmett menggenggam erat tangan Amber.Mereka berdiri beriringan menghadap Paderi Ronald, paderi besar kampung Celtic Boii.
YOU ARE READING
THE VAMPIRE OATH
VampirgeschichtenEmmett Dmitri dibuang oleh bapanya King Vlad Dmitri kerana statusnya. Emmett didakwa bukan darah dagingnya.Emmett merupakan hasil curang Queen Celeste bersama Romanov iaitu panglima angkatan tentera kerajaan di bawah pemerintahan Dimitri ll. Emmett...