NO WAY TO GO BACK

34 3 2
                                    


Amber's POV

Hari di luar semakin kelam.Suasana dalam istana semakin gelap.Emmett menghidupkan diang api apabila melihat aku seperti kesejukan.Selimut tebal tidak mampu menghilangkan rasa sejuk yang menggigit kulit.

Ingin memeluk Emmett suhu badan lelaki itu seperti ais batu pula.Aku menoleh ke arah pasangan 2 sejoli yang berada tidak jauh dari kedudukan aku.

Kelihatan Emmanuel sedang memicit belakang badan isterinya.Pasti Cynthia keletihan.Yalah wanita itu sudah masuk ke trimester terakhir.Aku memahami sedikit ulah orang mengandung.Orang kata penat bawa perut ni.Entah macam mana pula keadaan aku pula nanti jika mengandung.Aku menoleh ke arah Emmett pula.Lelaki itu sedang asyik menyusun kayu.

Burung gagak menempatkan diri di atas selimut tebal aku.Sesekali tangan membelai kepala si gagak.

Emmett kemudian aku lihat ke dapur semula.Entah apa yang dibuatnya di dapur itu.

"Amber..are you ready for this weekend?"

Pertanyaan Cynthia membuatkan dahi aku berkerut seribu.Ada apa dengan hujung minggu ni.Aku membetulkan duduk.

"Erm ada apa dengan hujung minggu ni?"

"Owh My Goodness Emmett tak bagitahu ke?Amber..you both gonna married this weekend?"

"Hah??"

Longgar rahang dirasakan.Kenapa Emmet tak berbincang dengan aku terlebih dahulu?Aku masih belum sembuh.Satu apa persiapan pun aku tidak lakukan.

Cynthia mendekati aku.Tangan aku digenggam kuat.

"You're not forced into this marriage right?"

Bisik Cynthia perlahan membuatkan aku menggeleng laju.Aku memandang Cynthia kemudian Emmanuel akhir sekali si gagak hitam.

"I love him so much Cynthia.He is my first love.He dont forced me.Amber cuma masih belum bersedia.Macam mana nak kahwin dengan keadaan macam ni?Amber tak mahu susahkan Emmett."

Keluh aku perlahan.Walaupun berulang kali Emmett mengatakan aku tanggungjawab dia namun aku tetap merasa serba salah.

"Melalui perkahwinan ini Amber boleh sembuh.Penyatuan Amber dan Emmett akan menyembuhkan segala kecederaan Amber.We call it mate bond.Amber sudah fikir sedalamnya?"

Aku senyum kecil.Jantung berdegup dengan kuat.Aku telah fikir sedalamnya.Aku cuma anak yatim piatu.Sekarang ini aku hanya mendapat kasih sayang dari Jason dan Lea sebagai orang tua aku dan bakal suami, Emmett.

Emmett..lelaki kampung yang berjaya mengambil hati aku dalam masa yang singkat.Walaupun aku pernah menghadap sisi ngeri dan barannya aku tetap menerima dia seadanya.Apalah dengan satu kelemahan berbanding sepuluh kebaikan yang Emmett lakukan pada aku.

"Dah Cynthia.Amber terima Emmett seikhlas hati.Harapnya Emmett dapat terima kekurangan diri Amber juga."

Harapan aku cuma satu, Emmett tidak akan mensia siakan diri aku.Aku tinggalkan segalanya untuk dia.Bodoh?Mungkin,semuanya atas dasar cinta kepada Emmett.

"You're perfect love.You complete me.Cant wait to marry you Mrs Dmitri."

Aku menoleh laju ke arah Emmett.Lelaki itu berdiri sambil menyandarkan badannya ke dinding ruang tamu istana ini.Ditangannya ada segelas susu.

Emmett kemudian menghampiri aku dan Cynthia.Cynthia mula bergerak semula ke arah Emmanuel yang sedang membaringkan diri di sofabed bertentangan.

Entah bila Emmett membeli set sofabed ini.Pasti semasa aku berada di hospital 2 minggu lepas.

"Drink this love."

Aku mencapai huluran gelas berisi susu.Susu aku teguk perlahan.Semenjak keluar dari hospital Emmett akan pastikan aku mengambil susu setiap hari.

THE VAMPIRE OATHWhere stories live. Discover now