BROKEN HEART

35 2 0
                                    

Amber POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Amber POV

Aku menghalakan pandangan pada kaki pergunungan di belakang rumah Jason.Sudah 3 hari kejadian aku ditolak oleh Emmett.Bukan sahaja tubuh badan aku ditolak,hati dan perasaan aku turut ditolak mentah mentah.

Entah apa kena dengan lelaki itu.Dia seakan benci yang teramat pada aku.Aku merasakan itu bukan Emmett yang aku cinta.Ya.Cinta.Sesingkat itu aku jatuh cinta dan semudah itu juga aku dikecewakan.Marah?Aku memarahi diri sendiri kerana gagal mengawal hati dan perasaan untuk seorang lelaki seperti dia.

Aku sanggup berkorban nyawa dan meninggalkan kehidupan aku sebagai manusia untuk dia.Banyak kali aku bertanya apa kesalahan aku dan lelaki itu memilih untuk membisu.

Aku mengocak air di dalam mug.Terbayang sikap Emmett yang melayani aku persis seorang puteri.Apa yang lelaki itu mahukan dari aku sebenarnya?

"Amber..kamu okay?"

Sapaan dari Lea membuatkan aku senyum kecil.Aku mengangguk kepala perlahan.Walhal hati aku masih lagi rawan.

"Amber..apa yang berlaku sebenarnya?Jason kata dia menemui kamu di kaki bukit."

Lea membelai rambut aku perlahan.Hubungan aku dan Lea agak rapat.Wanita itu penyayang dan bersikap seperti seorang ibu.

"Emmett..Emmett rejected me as his mate"

Perlahan aku bersuara.Air mata aku jatuh laju.Aku gagal mengawal sebak dihati.Sampai hati Emmett.

Aku merasakan belakang badan digosok mesra.Lea cuba menenangkan aku.

"Amber terima?"

Aku menggeleng laju.Selagi aku tidak mendengar perkara sebenar dari Emmett aku tidak akan menerima keputusan dia menolak aku.

"Amber..kaum seperti aunty dan Emmett tidak boleh menolak jodoh yang ditetapkan.Jika salah seorang pihak sahaja menolak, ikatan itu tidak terbatal.Jika ada mutual atau persetujuan bersama maka ikatan itu akan terputus selamanya.Aunty pun tidak faham kenapa Emmett begitu tapi pasti ada salah faham.Lama Emmett tunggu kamu nak.Emmett lelaki yang baik."

Lea kembali membelai rambut aku.Mungkin dia faham isi hati aku ketika ini.Aku tidak pernah bercinta.Aku membesar sebagai anak yatim piatu yang kuat.Rasa dibuang oleh Mr Bala dahulu pun tidak sekecewa ini.

"Kenapa Emmett buat Amber macam ni?Apa salah Amber?Mungkin Amber banyak susahkan dia sepanjang berada disini.Aunty..Amber minta maaf kerana banyak susahkan aunty dan Tok Ketua.Amber akan selesaikan semua perkara secepatnya ya"

Tangan Lea digenggam kuat seolah olah aku ingin dia tahu betapa sakitnya hati aku sekarang.

Selepas Emmett mengatakan dia menolak aku.Aku cuba mengejar dia ke dalam hutan.Mungkin melihat aku tidak  berputus asa Emmett bertukar menjadi drakula dan menunjukkan sisi ngeri dia kepada aku.Aku ketakutan dan berlari pulang ke rumah Jason.

THE VAMPIRE OATHWhere stories live. Discover now