Emmett's POV
SPITALUL TRANSILVANIA,ROMANIA
Aku menunggu di deretan kerusi pelawat dihadapan pintu kecemasan.Dari tadi aku cuba membaca minda minda petugas kesihatan yang merawat Amber.Entah mengapa aku gagal berbuat demikian di tempat asing ini.
Ini kali pertama aku menjejakkan diri di bandar Transilvania.Semua kerana Amber.Memang semuanya kelihatan janggal dimata aku.Selalunya aku hanya melihat kehidupan orang kampung.Hari ini aku melihat kehidupan orang di bandar.Ada bangunan tinggi tinggi.Ada kereta mewah kecil dan besar.Mereka memakai pakaian cantik cantik.
Aku melihat diri aku yang berpakaian seadanya.Itu pun ehsan dari Jason dan Lea.Mereka tidak mahu aku ketinggalan zaman.
Ruang hospital juga begitu asing untuk aku.Sesekali telinga disapa bunyi mesin yang canggih.Keadaan hospital juga agak sibuk.
Lampu pada pintu kecemasan malap tiba tiba dan kelihatan Joshua keluar dengan memakai pakaian berwarna biru.Ada fail ditangannya.Mujur Jason membawa Amber di hospital tempat Joshua bekerja.Mudah sedikit urusannya.
Aku,Lea dan Jason bergegas menghampiri Joshua.Lelaki itu mencekak pinggang apabila melihat aku.
" Puas hati kau Emmett?Kau mahu Amber mati kan sebenarnya??"
Tuduhan dari Joshua menyakitkan hati aku.Mujur kami berada di hospital.Kalau tidak mahu juga penumbuk ini melayang ke mulut celuparnya.
"Enough Joshua.Sekarang Amber macam mana.Kami risaukan Amber."
Lea menggenggam tangan Jason kuat.Nampak pasangan itu begitu prihatin ke atas Amber.Mungkin mereka merasa terhutang budi dengan Amber atas usaha wanita itu menyelamatkan kampung mereka.
"She lost a lot of blood.Currently shes unconcious.Tapi jangan risau.di stabil.Erm..melalui xray kami melihat tulang bahagian peha Amber patah.Kami telah berbincang dengan pakar ortopedik.Kita tunggu pakar turun sekejap lagi."
Penjelasan Joshua menyebabkan aku lega teramat.Sekurang kurangnya Amber stabil.Bertimpa timpa dugaan yang Amber hadapi.Semuanya memberikan kesakitan pada tubuhnya.Alangkah baiknya jika semya kesakitan itu dapat dipindahkan kepada aku.
"Joshua..bila boleh kami melawat Amber?"
"Waktu melawat nanti Tok Ketua.Pukul 5 hingga 9 malam.Aku minta diri dulu tok"
Jason mengangguk kepalanya.Bahu Joshua ditepuk mesra.
Aku melihat jam pada dinding.Pukul 4 petang.Sekejap lagi baru dibenarkan untuk melawat.Pergerakan di dalam beg sandang membuatkan aku tersentak.
'Ada apa di dalam beg ini?'
Seingat aku, cuma ada barangan peribadi Amber sahaja.Aku melangkah ke arah tempat tersorok.Bag sandang aku buka perlahan.Mahu terkeluar biji mata apabila melihat si gagak hitam berada di dalam beg.Gagak itu elok duduk beralaskan tuala gebu berwarna merah jambu.
YOU ARE READING
THE VAMPIRE OATH
VampireEmmett Dmitri dibuang oleh bapanya King Vlad Dmitri kerana statusnya. Emmett didakwa bukan darah dagingnya.Emmett merupakan hasil curang Queen Celeste bersama Romanov iaitu panglima angkatan tentera kerajaan di bawah pemerintahan Dimitri ll. Emmett...