Amber's POV
2018,Chicago U.S.A
Jam menunjukkan hampir pukul 6 petang.Hati ini melonjak lonjak kegembiraan.Sudah seharian aku menghadap Macbook.Mahu tepu kepala otak menyunting artikel dari pagi tadi.
Satu persatu teman seangkatan meninggalkan ruang pejabat.Masing masing melalui hadapan meja dan menepuk bahu aku mesra.
'Apahal tepuk..tepuk..bukan nak tolong aku edit!'
Walaupun di dalam hati ada rasukan ablasasaja aku masih gigih mengukir senyum plastik grade AAA buat mereka.
Ketika ingin menghabiskan barisan terakhir,meja aku ditepuk kuat.Aku mengurut dada perlahan.Terkejut yang teramat.Ketika ini aku berharap ada hazelnut latte di dalam mulut kemudian tersembur ke arah baju sang pencari dosa.
'Hahhhh bala...bala...'
Aku menoleh kearah lelaki yang sedang berdiri disisi meja.Entah apa mahunya pada waktu petang begini.
"I need to see you..in my office now!"
"Yes sir!"
Aku mengekori langkah Mr Bala ke arah pejabatnya.Macam tiada hari esok!Mungkin aku boleh menulis artikel berkenaan akta waktu bekerja selepas ini.Biar para majikan seperti Mr.Bala menghormati waktu pekerja seperti aku.
"Congratulations!Your last article went kebaboommm!!!"
Puji Mr.Bala.Aku hanya tersenyum.Artikel berkaitan lombong permata di Congo.Aku menaruhkan nyawa untuk menulis kebenaran.Kebenaran bagaimana rakyat Congo dimanipulasi oleh pihak ketiga hingga tanah tergadai.Bagaimana sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi menjadi negara termiskin.Hairan bukan?Liputan yang aku buat mendapat perhatian dunia.Pembongkaran tentang sikap tamak manusia uang menjarah hak orang lain demi kepentingan diri.
"Thanks boss"
Dari tadi senyuman tidak lekang dari bibir munggil aku.Jarang majikan aku ini memuji pekerja bawahannya .
"Stop smiling fucker.I want you to drop that article"
Kata Mr.Bala sambil berpeluk tubuh.Badan berlemaknya disandarkan pada kerusi empuk.Senyuman aku mati tiba tiba.
'What the hell?'
"No way sir!"
"Why?"
"I was telling the truth!!Aku bongkarkan kebenaran, biar orang semua buka mata.So ..no..I wont take out that article!"
Mr.Bala mengeluh.Dia tahu perangai seorang Amber Louis bagaimana.Keras kepala!.
"Amber listen,I am trying to protect you."
"From what?"
Mr.Bala terdiam seketika.Dia menerima ugutan sebentar tadi.Jika Amber tidak menarik artikel berkenaan lombong permata di Congo,syarikat penerbitannya akan ada masalah.Bukan itu sahaja,keselamatan dia dan penulis artikel itu akan terjejas.
"Amber please ini untuk kebaikan semua.Tarik balik artikel itu."
Gesa Mr.Bala.Dia sudah tiada masa.Panggilan telefon tadi mengatakan jika penulis artikel gagal berbuat demikian dalam masa 24 jam, hidupnya akan musnah.
"BAMMMM!!"
Aku bangun dan menepuk kuat meja.Terasa mengelegak kepala dengan permintaan si pencetus bala dihadapan mata.
Tidak tahukah dia aku merisikokan nyawa setiap hari ketika berada di Congo?Lelaki itu juga membenarkan aku membuat liputan ke atas negara tersebut.Ini tiba tiba mahu ditarik kembali.
YOU ARE READING
THE VAMPIRE OATH
VampiroEmmett Dmitri dibuang oleh bapanya King Vlad Dmitri kerana statusnya. Emmett didakwa bukan darah dagingnya.Emmett merupakan hasil curang Queen Celeste bersama Romanov iaitu panglima angkatan tentera kerajaan di bawah pemerintahan Dimitri ll. Emmett...